DSPC : 57

21.4K 1.2K 23
                                    

Situasi yang berlaku seakan seiring dengan waktu yang berlalu. Langkah kakinya yang setia melangkah pergi menimbulkan satu tanda tanya buat si naif ini. Ilya Nasuha terpinga-pinga dengan situasi sekarang ini. Akalnya berhenti seraya langkahnya mati. Dia tetap berdiri. Retina matanya masih cuba meratah kelibat remaja lelaki itu yang makin menjauh pergi dari dirinya.

Wait guys wait.

'Suha ada buat apa-apa salah ke sampai engkau punya Isy pujaan hati itu tiba-tiba sahaja hendak naik marah seperti ini?'

'Kenapa Isy dingin semacam je?'

'Suha tadi cuma bertegur sapa je pun dengan si Ikram tu, bukan main tepuk amai-amai belalang kupu-kupu atau main kahwin-kahwin pun.'

Ilya Nasuha masih juga begitu. Dia masih tidak faham mengapa Isyraf Nazran memilih untuk berlalu pergi dan meninggalkan dirinya sendiri di sini.

'Jangan rapat dengan lelaki lain.'

'Aku tak suka.'

Kata-kata dari remaja lelaki itu sebentar tadi ke atas dirinya sudah bagaikan melodi muzik yang menggetarkan telinga. Suara itu bagaikan sedang berulang-ulang dan menyebabkan dirinya makin diburu rasa yang tidak keruan.

Boleh para pembaca semua berikan definisi yang lebih terperinci tentang apa yang dimaksudkan oleh Isyraf Nazran sebentar tadi? Ilya Nasuha semakin hilang punca tatkala memikirkan pandangan remaja lelaki itu pada dirinya sebentar tadi.

Adakah Isyraf Nazran pujaan hatinya itu sedang dilanda tsunami cemburu? Cemburu kerana dia bersembang dengan lelaki di gigi air itu? Boleh masuk akal juga sebab bukankah dirinya ini dikatakan sebagai jiwanya?

Senyuman girang terus terhias indah di bibirnya. Ya, maknanya Isyraf Nazran sedang berusaha bagi memburu cintanya. Kedua belah tapak tangannya sudah digenggamnya erat. Ah, bahagianya rasa. Ingin sahaja dia melompat-lompat kegembiraan ketika itu namun pandangannya terus sahaja berkalih ke gigi air semula.

Kelihatan Ikram sedang memandangnya dengan sebuah senyuman di bibir lelaki itu. Entah mengapa, senyuman itu seperti sebuah senyuman yang membawa maksud yang penuh misteri dan mempuyai makna tersendiri.

Dia terkaku seketika melihat pandangan lelaki itu yang seperti menginginkan sesuatu darinya. Pandangannya dengan pandangan Ikram lama bersatu.

Ikram yang masih setia di gigi air itu tersenyum lagi dan lagi pada gadis itu. Dia bangun lalu mengangkat tangannya dan melambai gadis itu. Namun begitu, lambaiannya tidak dibalas oleh gadis itu. Riak wajahnya yang sedikit sedih itu cuba disembunyikan.

Anak mata hazelnya ralit merenung Ilya Nasuha dari jauh. Bak lagu zizan, dia chentaku tetapi hanya dari jauh. Api cemburunya makin menggila ketika itu. Gadis ini makin ditegah makin menjadi-jadi pula perangainya itu. Tangannya dikepalkan tanda dia sedang bengang dengan situasi sekarang ini.

'Bila aku kata tak suka, boleh pula dia mengada nak bermain-main mata.'

'Kang ada juga yang aku piat telinga tu nanti sampai merah.'

'Slowly, aku kena ajar Ilya sayang ni cara jaga hati dan perasaan aku nampaknya.'

Dengan langkah yang separa laju, Isyraf Nazran terus menuju ke arah Ilya Nasuha. Bahu gadis itu terus dirangkulnya dengan kasar agar merapat pada dirinya inj. Pandangannya sekarang ini lebih tertumpu ke arah Ikram yang kelihatan sedikit terkejut memandang ke arahnya.

'Hah kau baru nak terkejut monkey ke?'

'Tadi bukan main galak lagi kau bermain mata dan melambai tangan pada jiwa aku yang satu ni.' Getus hatinya geram.

Ilya Nasuha juga seakan terkedu dengan perlakuan Isyraf Nazran ke atas dirinya tika ini. Tangan sasa milik remaja lelaki itu yang elok melekap di bahunya dibiarkannya tidak berusik. Tiada kudrat baginya untuk menolak tatkala rangkulan itu terasa erat sekali.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now