DSPC : 21

26.6K 1.4K 14
                                    

Sesekali tulang pipinya itu bergerak tatkala Isyraf Nazran menguap. Mata pelajaran sejarah ini sememangnya membuatkan dirinya sedang berperang dengan rasa kantuk. Bagai peperangan di antara Orang Arab Quraisy dan Orang Islam Madinah yang sedang dipelajarinya kini.

"Untuk lebih mudah faham, masyarakat arab dekat Mekah dengan Madinah ni dua-dua jahil."

"Sebab apa kedua-dua masyarakat ni jahil? Ada sesiapa yang tahu?"

Kesemua pelajar di dalam kelas 1-4 hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu.

"Sebab tidak ada peraturan hidup dan agama yang jelas sebelum kedatangan Islam. Belum lagi masuk faktor yang mereka ni mengamalkan semangat assabiyah untuk pertahankan suku masing-masing."

Puan Melisa merangkap guru mata pelajaran Sejarah yang sedang memberi penerangan di hadapan kelas itu ditatapnya lama. Guru wanita itu bagaikan tidak lelah meluahkan kata bagi mencambahkan ilmu di dalam diri anak didiknya.

Namun begitu, pelajar di dalam kelas ini ada yang sudah terlentok lena dan ada pula yang sudah berangan entah kemana.

"Kalau kamu semua nak lebih faham, boleh khatamkan buku teks ni. Cikgu cuma rumuskan untuk kamu tahu tentang topik apa kita belajar harini."

Dia membuang pandang pula pada Ilya Nasuha yang sedang leka menyalin penerangan guru itu sebentar tadi. Belum sempat anak mata mereka bertembung, Isyraf Nazran pantas melarikan anak matanya. Buku teks sejarah yang terbentang di atas meja itu dibeleknya lagi.

'Ngantuk gila!'

Dengusnya dalam hati. Sempat lagi dia menguap bagi membuang rasa kantuknya itu. Dan tidak selang beberapa minit, buku teks itu sudah menjadi alasnya untuk dia tidur melayari mimpi.

Tamat sahaja kelas Sejarah, loceng menandakan waktu rehat berbunyi nyaring. Isyraf Nazran yang masih mamai itu terpisat bangun dari tempat duduknya. Dia lantas berdiri. Dengan mata yang masih merah, dia terus beredar dari kelas itu. Ada perut yang perlu dia isikan dengan kadar segera.

Kedua tangannya itu dimasukkan ke dalam poket seluar hijau tua yang dipakainya. Sesekali dirinya menguap bagi menghilangkan rasa kantuk yang masih bersisa. Balkoni sekolah itu dilaluinya seraya pandangannya dilemparkan ke arah luar balkoni.

'Bapak ramai.'

'Kalau hari-hari kena berebut makanan kat kantin macam ni, lebih baik puasa je.'

Kelihatan kesemua pelajar SMK Putera Mirzan Shah sedang berpusu-pusu menuju ke kantin. Kesemuanya kelihatan begitu lapar sekali dan tidak sabar untuk mengisi perut dengan makanan yang dimasak oleh makcik kantin.

Dia hanya memandang kosong beberapa pelajar perempuan yang sudah tersenyum-senyum ketika berselisih dengannya. Langkah kakinya lebih selesa diorak menuju ke mesin gedegang untuk membeli air.

Malas dirinya hendak berempuh bagaikan pemain ragbi hanya untuk membeli makanan di kantin itu. Entah kenapa, bila waktu rehat menjelma, seluruh pelajar SMK Putera Mirzan Shah itu bagaikan serigala kelaparan yang ingin membaham mangsa.

Mesin air gedegang yang terletak berhampiran bilik penyimpanan peralatan sukan itu dihampirinya. Badannya yang tinggi lampai itu dibongkokkan sedikit untuk memasukkan not 2 ringgit. Air tin coke ditekan. Air tin coke itu jatuh ketang ketung menuruni mesin. Dia terus mengambil air tin tersebut dan ingin berlalu pergi.

"Buk!"

Isyraf Nazran segera berpaling ke hadapan. Kelihatan seorang pelajar perempuan memakai baju pendidikan jasmani sudah jatuh terduduk di hadapannya. Raket tennis yang berada di pegangan pelajar perempuan itu juga turut tercampak jauh darinya.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now