DSPC : 28

25.6K 1.4K 20
                                    

Ais rink yang luas terbentang di hadapan mereka membuatkan mereka semua sudah dicuit dengan rasa teruja. Kendengaran kuat bunyi seretan ais yang terhakis dek kasut luncur. Tidak asing juga dengan bunyi seretan ais dari si penguin buncit nan gendut yang menjadi penyelamat buat kanak-kanak kecil yang sedang meluncur di atas lantai berais itu.

Situasi di gelanggang ais rink itu sekarang ini makin membuahkan mereka semua dengan rasa yang tidak mampu terluah dengan kata-kata. Anak mata kesemuanya mula tertancap akan pelbagai ragam manusia yang sedang meluncur di atas lantai berais itu. Ada yang sudah jatuh terbungkang dan tertiarap di atas lantai berais itu. Dan ada juga dari mereka yang kelihatan sangat mahir meluncur.

Abang Reykarl yang setia ditemani Kak Mira Nisaa sedari tadi segera berlalu ke kaunter bagi membuat pembayaran. Dia tahu yang adik-adiknya itu sudah tidak sabar untuk meluncur seperti pengunjung yang lain.

"8 orang ya."

Beberapa keping not 50 ringgit lantas sahaja diberikan oleh Abang Reykarl pada gadis yang berada di bahagian kaunter itu. Huluran tangannya itu disambut segera oleh gadis yang menjaga kaunter tersebut.

"Total semuanya RM 224. Nak tambah sarung tangan atau stokin tak? Kalau nak, kena bayar lebih sikit." Kata gadis kaunter itu ramah sambil memberikan kasut skate pada Abang Reykarl itu satu per satu.

"No, thanks." Balasnya.

Adik-adiknya itu dipanggil bagi mengambil kasut skate kepunyaan masing-masing. Setelah selesai membuat pembayaran, mereka segera beredar dari kaunter pembayaran itu.

"Kita tunggu jap." Kata Abang Reykarl sambil tersenyum. Kak Mira Nisaa yang berada disebelahnya itu turut sama tersenyum memandangnya. Sempat lagi dia mengangguk kepala tanda mengiyakan kata-kata dari tunangnya itu.

Ilya Nasuha merenung sekilas Isyraf Nazran yang sedang melabuhkan duduk bersebelahannya. Kemudian, kesemua rakan-rakan lelaki itu direnungnya silih berganti. Nampaknya kesemua mereka sudah siap sedia memakai kasut skate masing-masing.

'Macam mana nak pakai ni?'

'Ish, malunya tak reti pakai macam orang lain!'

Kasut skate itu yang berada di tangan itu direnungnya pula. Cuma dirinya seorang sahaja yang masih terpinga-pinga kerana tidak reti untuk memakai kasut berlapik besi itu. Maklumlah, ini pertama kali buat dirinya bertemu dengan ais rink itu. Dan dia sangat tidak terbayang dirinya ini akan menjadi Elsa Frozen sebentar sahaja lagi.

"Psttt."

Bahu bidang Isyraf Nazran dicuitnya. Dia ingin lelaki itu memberi perhatian pada dirinya buat seketika.

Isyraf Nazran terus sahaja berpaling. Anak mata hazelnya itu merenung Ilya Nasuha dengan penuh tanda tanya. Anak mata mereka berdua berlaga lama sebelum keningnya diangkat tinggi tanda apa kes cuit orang tiba-tiba ni? Tak cukup lagikah perhatian dan kasih sayang yang dia beri selamani? Ke kau nak extra lovey dovey lagi Ilya manja?

"Ni, nak pakai macam mana?" Tanya Ilya Nasuha sambil menayang sengih. Anak matanya itu juga turut berubah sepet kerana terlalu menyengih pada lelaki itu.

Riak wajah yang blur pantas sahaja terpapar pada wajah Isyraf Nazran sekarang ini. Pandangannya jatuh melorot bagi merenung kasut skate yang berada kemas di pegangan gadis itu. Pandangannya terus diangkat lalu wajah gebu gadis itu direnungnya pula masih dengan penuh tanda tanya. Mana mungkin gadis ini langsung tidak pandai untuk memakai kasut ini?

"Apa?" Tanyannya ingin tahu. Adakah gadis ini memang langsung tidak pandai untuk memakai? Atau sengaja ingin bermanja dengan dirinya sekarang ini?

"Saya tak reti pakai lah!" Balas Ilya Nasuha separuh menjerit pada lelaki itu. Segera mulutnya dikatup erat apabila semua mata rakan-rakan lelaki itu sudah tertumpu kearahnya.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now