DSPC : 47

21.9K 1.3K 27
                                    

Kerusi Sufi Nadiya yang kosong tidak berpenghuni itu pantas ditarik oleh Risya Rinna. Kalau berpenghuni, pasti mustahil bagi dirinya itu untuk menarik kerusi ini. Kemungkinan besar, tulang belakangnya ini akan patah empat belas hanya kerana kebesaran gadis itu yang berganda-ganda besar dari dirinya. Ampun Naddy, beribu-ribu ampun kerana telah mengutuk dirimu.

'Kemana pula si panda itu pergi pada waktu hangat begini? Mungkin ke kantin untuk mengisi lagi perutnya yang seada buncit itu?' Getus Risya Rinna.

Risya Rinna pantas melabuhkan punggung berdepan dengan sepupunya itu. Ilya Nasuha yang berada bersebelahan lelaki itu hanya dijelingnya tajam. Bibirnya yang tercalit sedikit lipsbam itu sudah terherot sedikit tanda menyampah. Dia terus tersenyum simpul pada sepupunya.

"Hai Isy."

Isyraf Nazran yang berada di hadapannya kini sudah direnungnya dengan penuh rasa ghairah. Badannya pula sudah terliuk-lentok cuba memancing nafsu sepupunya itu. Bagai pokok kelapa tinggi tunjang yang terliuk-lentok tatkala angin pantai kuat membadai.

"Amboi, sombongnya you dengan I."

Isyraf Nazran malas untuk ambil peduli. Dia sudah lali dengan sepupunya yang sangat bersungguh berusaha untuk merebut hatinya itu. Mengapa gadis ini tiba-tiba sahaja hendak rapat dengannya? Dulu bukan main sombong melangit lagi? Dia malas untuk berfikir panjang soal gadis itu.

Berambuslah Risya Rinna. Kehadiran kau ke kelas 1-4 ini sangat tidak diundang. Tidakkah kau sedar akan perkara itu?

Risya Rinna yang bagai sotong kurita raver di hadapannya itu dibiarkannya sepi. Dia malas hendak melayani kerenah sepupunya itu. Pandangan matanya tetap tidak berkalih dari merenung Ilya Nasuha. Anak matanya jatuh melorot merenung wajah gadis itu.

'Mengapa wajah itu kelihatan sedikit gusar? Mungkin dirinya kurang selesa dengan kehadiran minah selebet ini secara tiba-tiba?' Getus hati Isyraf Nazran tatkala wajahnya menjamah wajah Ilya Nasuha.

Ilya Nasuha gugup. Bibirnya diketap perlahan tanda resah. Anak mata Risya Rinna yang terarah pada dirinya membuatkan dia sedikit gentar. Punggung yang elok mendarat di kerusi miliknya itu terus diangkat tanda untuk berlalu pergi. Terasa seperti dirinya pula yang mengganggu keakraban dua manusia itu.

"Eer, em awak berdua borak lah dulu."

"Eer, em haaa saya nak ke tandas jap."

"Sakit perut."

Pergelangan lengan Ilya Nasuha terus ditariknya agar gadis itu duduk kembali. Walaupun pandangannya tidak tertumpu ke arah Ilya Nasuha sekarang ini, dia tau gadis itu berasa tidak selesa dengan kehadiran Risya Rinna itu. Baru hendak bermadu asmara berdua, tiba-tiba sahaja datang mak tiri tebuan. Adoi, kacau bunga betul!

"Alolololo you sakit perut ke sakit hati?"

"You sebenarnya jeles kan I dengan Isy?"

Ilya Nasuha tersentak saat dirinya disindir oleh Risya Rinna. Pergelangan lengannya yang masih erat dipegang oleh Isyraf Nazran ditariknya agar remaja lelaki itu segera melepaskan dirinya. Namun, pegangan remaja lelaki itu yang sungguh kuat menyebabkan dia terpaksa akur.

Langkah kakinya yang baru sahaja hendak berlalu pergi lantas menapak mengundur. Maju atau mundur? Mundur lebih afdal. Dia terus melabuhkan punggung di kerusinya semula. Dia lebih rela menjatuhkan pandang dari terpaksa bertarung anak mata dengan Risya Rinna. Anak mata itu sahaja bagai boleh nampak betapa maraknya api kemarahannya.

"Nak apa?"

Tanya Isyraf Nazran acuh tidak acuh. Kedua belah tangannya disilangkan ke dada lalu bersandar di kerusi. Riak wajahnya hanya memaparkan rasa pergilah berambus cepat Risya, menyemak sahaja.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now