DSPC : 90

29.2K 1.3K 40
                                    

Tubuh unzur yang berselirat wayar lut sinar itu pantas diterpa oleh Isyraf Nazran dengan laju. Ikutkan hatinya yang masih setia membenci, hingga tubuh itu kembali kepada tanah jua takkan sesekali dia datang untuk menjenguk. Tapi bukankah nanti dia akan menjadi anak yang derhaka? Denyutan jantung si ayah yang terlihat pada kardiograf itu sudah menaik dan menurun tidak menentu. Adakah itu simbol yang dirinya bakal dijemput liang lahad? Wallahualam.

"Mama.."

"Kuat ya mama."

"Semua ni dugaan untuk mama sebab Allah tahu mama seorang ibu yang kuat."

Bahu ibu tua yang sudah duduk termenung di luar wad itu ditarik lembut oleh Ilya Nasuha. Namun, tubuh tua itu dengan sedaya kudratnya cuba dikeraskan. Sungguh, dia tiada daya untuk bersemuka dengan lelaki yang telah merampas kebahagiannya. Dan juga dia langsung tiada daya untuk bertemu dengan wanita yang telah merampas suaminya suatu tika dahulu.

"Papa aku asal?!"

"Kau buat apa dengan papa aku, hah?!"

Jerkahan seperti halilintar itu kuat bergema di dalam wad itu. Raut wajah Isyraf Nazran jelas sekali beriak bengis seperti bapa singa saat wajah wanita itu ditatapnya. Adrenalin mula mencanak naik hingga dia terasa ingin menjerut wanita itu menggunakan Iv drip sahaja.

"Dia.. dia tadi..."

"Dia, dia, dia apa?!!"

Sekali lagi Isyraf Nazran menjerkah kuat. Dia sudah hilang sabar dengan wanita itu. Mengapa di saat ayahnya sudah terlantar begini baru dia hendak memberi khabar berita kepadanya? Hendak menunggu si ayah itu mati baru hendak dibolot hartanya kah?

Jerkahan dari Isyraf Nazran makin membuatkan air matanya gugur laju seperti air Terjun Niagara Popo. Badannya sudah terhinjut-hinjut menahan tangis. Saat ini, dia langsung tidak berani untuk bertentangan mata dengan anak tirinya yang sudah semakin bertaring.

"Kau menangis macam ni, kau ingat aku boleh tahu ke apa yang dah jadi kat papa aku?!"

"Air mata kau tak berguna lah sekarang ni!"

Ilya Nasuha pantas menerpa ke arah Isyraf Nazran. Dia segera meredakan keadaan yang semakin panas membahang. Tubuh belakang lelaki itu diusapnya perlahan, cuba meredakan amarah lelaki itu yang sedang memuncak. Kelihatan lelaki itu sedaya upaya mencuba untuk mengawal pernafasannya yang sudah tidak normal.

"Janganlah macam ni."

"Kita bincang baik-baik ya, Isy? Papa awak perlukan rehat yang cukup Isy. Please?" Dipujuk lelaki itu perlahan.

Dia segera menarik lelaki itu untuk menuju ke sofa yang bersebelahan dengan katil pesakit. Tisu yang berada di dalam beg tangannya segera diambil lalu dihulurkan pada wanita yang sedang menangis teresak-esak itu. Dia terus berlalu keluar dari wad bagi mendapatkan Aunty Sherlina pula.

"Ma, masuklah." Pamit Ilya Nasuha lembut.

Namun, ibu tua itu hanya menggeleng lemah menolak perlawaannya. Dia masih jua tidak berputus asa dan sekali lagi ditarik lembut bahu ibu tua itu untuk masuk bagi menjenguk bekas suaminya. Mujur ibu tua ini akan menjadi mertuanya, jika tidak gelanggang tinju sudah terbuka luas untuk dia meninju ibu tua itu, ceh.

"Sherlina."

Suara Tan Sri Syamreez terus memecahkan kesunyian yang terjalin di antara mereka semua.

Saat mendengarkan akan kata-kata yang keluar dari mulut si ayah, Isyraf Nazran terus bangun dari duduknya. Tubuh unzur itu terus diterpanya laju beserta dengan wajah yang beriak bimbang. Namun, terlihat akan senyuman lemah di bibir si ayah buat dirinya.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now