DSPC : 29

25.9K 1.5K 15
                                    

Ais rink yang dipenuhi oleh ribuan manusia sebentar tadi mulai sunyi nan sepi. Letih dan lelah makin kuat menyelebung di ruang sanubari. Pantas kesemua mereka bergegas keluar bagi melegakan kaki yang sudah penat menari di lantai berais itu sedari tadi. Kasut skate segera ditanggalkan lalu ditukarkan dengan kasut asal mereka. Kemudian, kasut skate itu dipulangkan semula dan mereka berkumpul buat seketika.

"So buat apa lepasni?" Tanya Lutfi Adam.

Setiap wajah rakan-rakannya itu direnung satu per satu sambil menunggu jawapan. Apakah aktiviti yang bakal dilakukan oleh mereka selepas ini? Hah, itulah padahnya bila semangat hendak berjalan tapi tidak list awal-awal hendak kemana dan buat apa.

"Makanlah!" Jawab Danny pantas.

Perutnya yang sudah berkeroncong itu diusapnya tanda kelaparan yang teramat. Masakan tidak, dari tadi lagi mereka semua berlapar tanpa ada siapa pun yang mempersoalkan tentang mahu makan.

"Lapar kut." Rungut Liya Nina pula sambil bibirnya dijuihkan tanda dia benar-benar kelaparan.

"Nak makan kat mana?" Tanya Isyraf Nazran pula pada rakan-rakannya itu.

Pandangannya jatuh pada Ilya Nasuha yang sedang berada di sebelahnya. Kelihatan gadis itu hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu mahu makan dimana.

"Nak makan western atau malay?" Tanya Kak Mira Nisaa pada mereka semua pula. Nampaknya pada masa ini, perbualan tentang makan apa dan makan dimana sedang hangat diperbincangkan oleh mereka semua.

"Malay!" Jawab mereka semua serentak.

Jelas sekali mereka semua kebuluran sungguh hingga makanan asia iaitu nasi yang menjadi tujuan utama mereka semua. Perut mereka yang berkeroncong sekarang ini haruslah diisi dengan nasi, no noodles, no spaghetti and no lasagna. Nasi adalah satu-satunya penyelamat pada masa dan ketika ini.

"Okay jum kita cari makanan Malay ye adik-adik akak." Balas Kak Mira Nisaa sambil tersenyum pada adik-adiknya itu. Langkah kakinya terus menapak laju seraya diikuti oleh yang lain untuk ke food court terdekat bagi mengisi perut.

Mereka semua akhirnya tiba di food court. Satu gerai ke satu gerai jualan itu ditujunya bagi mencari makanan yang kena dengan halwa tekak masing-masing. Makanan yang disajikan sungguh beraneka dan kesemuanya kelihatan enak-enak belaka.

Setelah kesemuanya selesai memilih dan membayar makanan yang hendak dimakan, mereka berlapan mula mencari tempat duduk. Kelihatan kesemua tempat duduk yang berada di dalam sudah dipenuhi oleh pengunjung yang ada.

"Guys, duduk luar jum." Cadang Danny.

"Boleh cuci-cuci mata sekali." Tambah Danny lagi. Namun dia terus sahaja tersengih saat anak matanya itu bertentangan dengan anak mata teman wanitanya itu.

Teman wanitanya itu pula sudah membulatkan mata tanda marah akan usikan Danny terhadapnya. Apa tidak cukupkah dirinya sahaja sehingga Danny harus mencuci mata bagi melihat gadis lain?

"Dah jum-jum. Korang kalau dah mula berasmara dana sebabak cinta, kang tak termakan kitaorang semua ni ha." Kata Abang Reykarl sambil menyeringai. Tapi memang benar, jika mereka terpaksa melayan asmara dana itu, alamatnya tidak menjamu selera lah yang lain ini.

Tempat duduk yang paling hujung dan jauh dari pengunjung yang lain menjadi destinasi mereka berlapan bagi menjamu selera. Mereka terus melabuhkan duduk dengan kadar segera. Tangan diangkat lantas bacaan doa makan diaminkan oleh semua.

"Jemput makan semua."

"Ye, jemput-jemput."

Akhirnya mereka semua menjamu selera dengan penuh berselera sekali sehingga tiada seorang pun yang bersuara. Mana tidaknya, kesemua mereka itu sudah di tahap kebuluran dan kelaparan.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now