DSPC : 82

25.7K 1.2K 31
                                    

Setelah penat berhempas pulas membanting tulang empat keratnya, hari cuti akhirnya muncul tiba. Kerja Iman Naim sebagai jurulatih sukan larian begitu lelah baginya walaupun dulu dirinya merupakan seorang atlet. Telefon bimbit yang sedari tadi berdering menandakan ada mesej masuk menjadi santapan mata.

Starbucks Cafe itu menjadi tumpuan untuknya melepak sebentar. Setelah puas membalas mesej di ruangan maya, pandangannya diangkat lalu dikalihkan memandang seseorang yang baru sahaja masuk ke dalam Starbucks Cafe itu.

'Gadis itu.'

Kenapa wajah gadis itu seakan seseorang yang pernah mengisi kekosongan hatinya sewaktu tika dahulu? Andaiannya segera ditepis.
Tidak mungkin. Gadis di masa silamnya itu telah lama meninggalkan dirinya.

Pandangannya masih tidak lepas merenung gadis itu. Jubah maroon dikenakan pula dengan shawl hitam labuh. Sungguh, dia amat menyukainya.

'Ayunya dia. Jarang untuk nampak wanita seayu itu sekarang ini.' Desis hatinya.

Tiba-tiba pandangan mereka lantas sahaja bertembung. Gadis itu menghadiahkan senyuman nan manis buatnya. Terkedu Iman Naim buat seketika. Senyum itu amat seiras sekali dengan gadis di masa silamnya.

Dia teringat kembali kenangan indah yang pernah diciptanya bersama gadis itu sebelum gadis itu meninggalkannya disebabkan suatu tragedi sehingga meragut nyawanya.

'Arwah dulu baik orangnya. Namun, Allah lebih menyayangi dirinya. Allah ambil dia setelah dia kritikal melawan sakit kansernya.'

Gadis itu berlalu pergi setelah mendapatkan pesanan. Iman Naim segera bangun. Entah mengapa, dia boleh pula ingin mengikuti setiap langkah gadis itu. Akhirnya, gadis itu berhenti di suatu lorong yang sunyi. Tiba-tiba gadis itu terduduk dan tangisannya bergema di lorong itu.

Iman Naim berjalan perlahan-lahan ke arah gadis itu. Bahu gadis itu disentuhnya lembut. Gadis itu segera mengangkatkan wajahnya dan memperlihatkan wajahnya yang semakin memerah akibat menangis.

Dia pantas membawa gadis itu ke kerusi yang berada di kawasan itu. Gadis yang masih setia dengan menangis itu direnungnya lama. Tisu lantas dihulurkan pada gadis itu. Dengan lembut, dia menepuk bahu gadis itu tanda memujuk.

"Adik saya..... adik saya kena langgar lari. Dia kat hospital sekarang ni."

"Sa.. sa.. saya nak pergi jenguk dia tapi saya takut se.. se.. sebab saya dah dibuang dari keluarga saya sendiri."

Iman Naim terkejut dengan khabar yang diterimanya. Masakan gadis sealim ini dibuang oleh keluarga kandungnya sendiri? Sungguh, dia amat bersimpati akan nasib yang menimpa gadis itu.

"Awak tahu adik awak masuk hospital mana? Mari saya hantarkan." Pelawa Iman Naim ramah.

Dia ingin meraih kepercayaan gadis itu padanya. Dia tidak mahu mengambil kesempatan di atas perkara ini, dia hanya ingin membantu sahaja. Anak mata yang sudah berkaca-kaca itu direnungnya sekilas.

"Hospital Universiti Kuala Lumpur." Balas gadis itu perlahan.

"Mari."

Iman Naim bangun dan ingin berlalu pergi. Namun, gadis itu terlihat masih statik dengan duduknya. Mungkin gadis itu takut akan dirinya? Masakan tidak, lelaki yang tidak pernah dikenalinya tiba-tiba sahaja ingin membantu dirinya.

"Niat saya cuma nak tolong awak."

"Kalau awak takut dengan saya, awak boleh pegang phone saya. Kalau saya apa-apakan awak, awak boleh call polis." Ucap Iman Naim tenang. Telefon bimbitnya terus diberikan pada gadis itu demi meraih kepercayaan darinya.

Lambat-lambat hulurannya disambut oleh gadis itu. Iman Naim terus tersenyum senang. Dia mula melangkah pergi sambil diikuti oleh gadis itu. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke tempat parkir kereta.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now