DSPC : 36

23.9K 1.3K 22
                                    

Sofa putih yang diduduki oleh sepupunya di ruang tamu itu segera dihampiri oleh Risya Rinna. Tangannya yang sedikit basah akibat baru keluar dari tandas sebentar tadi dilapnya pada skirt yang dipakainya itu. Kaca televisyen yang sedang bernyala itu dikerlingnya sekilas. Adakah siaran itu lebih menggoda untuk ditatap oleh sepupunya itu dari dirinya ini?

Fikirannya ini masih ligat berfikir bagaimana cara untuk dia merealisasikan rancangan unclenya itu pada keluarga ini. Dia sudah tersenyum simpul saat teringat akan jumlah wang yang banyak itu. Tidak sabar rasanya dia hendak tergolek terlentang di atas wang hasil pemberian unclenya itu pada dirinya nanti.

Hatinya ini mula terdetik untuk menunggu masa yang sesuai. Jika dia merealisasikan rancangan itu sekarang, pasti Isyraf Nazran dan Aunty Sherlina akan ragu-ragu dengan kehadirannya yang secara tiba-tiba di rumah agam dua tingkat itu. Segera dilabuhkan duduknya di samping sepupunya itu.

"Isy tengok cerita apa?"

"Tak ajak Isya tengok sekali pun?"

"Best ke cerita ni?"

Pandangan ibu tua yang sedari tadi tertacap padanya tidak diambil pusing langsung. Pantas lengannya memaut leher sepupunya itu, bagai ingin menunjuk keakraban sesama sepupu.

Isyraf Nazran kembali berang dengan perlakuan Risya Rinna ke atas dirinya. Api kemarahannya yang telah terpadam sebentar tadi mula kembali memuncak. Lengan gadis itu yang masih memaut lehernya pantas sahaja direntapnya kasar hingga gadis itu mengaduh sakit di atas perbuatannya itu.

"Jangan sampai aku patahkan tangan kau. Melampau sial kau ni." Isyraf Nazran bengang. Tangannya kini kuat mencengkam pergelangan gadis itu hingga sudah memerah. Anak matanya tajam menikam anak mata sepupunya itu.

Mamanya yang sudah tergamam melihat amarah yang dihamburkannya pada sepupunya itu. Isy mohon mama tolong ketepi, jangan masuk campur akan hal ini.

"Aku pun ada sabar aku jugak Isya. Kau memang dah cabar sabar aku ni."

"Akal tu, cuba kau guna sikit untuk fikir, jangan nak benak sangat."

Kepala sepupunya itu ditunjalnya berkali-kali. Namun begitu, sepupunya itu makin sengaja menyendengkan badannya agar kembali merapat pada dirinya. Isyraf Nazran sudah naik berang. Maaf mama, Isy memang dah hilang sabar sekarang ni.

"Jangan nak gatal merenyam sangat dengan aku, aku jijik!"

Risya Rinna sudah naik hantu. Pergelangan tangannya yang masih dicengkam oleh sepupunya itu segera direntapnya kasar. Tangannya yang sudah berbekas kemerahan itu diusapnya perlahan sambil bibirnya terherot mengaduh sakit.

"Sakitlah Isy!"

"Sampai hati you buat I macam ni..."

Risya Rinna sengaja mengaduh manja pada sepupunya itu. Dia sengaja ingin mencari sekelumit ihsan dari sepupunya itu.

"Pergi mampus dengan sakit kau."

Isyraf Nazran buat tidak endah. Dia malas hendak melayan perangai sepupunya itu. Makin dia melayan, makin naik bulu gadis itu dengan dirinya nanti.

"Hei, kenapa you marah sangat hah?"

"I tak buat apa-apa pun kat you tau. I cuma paut leher you je Isy."

"Perlu ke you naik darah sampai macam ni sekali kat I?!" Sembur Risya Rinna pada Isyraf Nazran. Riak mukanya masa kini sudah mencuka menahan geram pada sepupunya itu.

Isyraf Nazran pantas sahaja berpaling memandang gadis itu. Ya, tak aku ragui, penampilannya mampu mencairkan banyak lelaki. Seksinya juga boleh mengundang ghairah banyak lelaki. Namun, sedikit pun aku tak jatuh hingga aku akan menghambakan diri aku pada dia. Iman aku kuat. Aku hanya mampu jatuh pada perempuan yang bergelar mama. Ilya Nasuha , bila kita dah kahwin nanti okay sayang?

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now