DSPC : 38

23.8K 1.3K 13
                                    

Seletip dikoyakkan sedikit lalu kertas mahjong putih itu dilekatkan oleh pelajar perempuan dari kelas 1-4 itu pada papan putih. Mulutnya lantas sahaja dibuka bagi berbicara dan setiap persoalan yang diacukan pada dirinya dijawabnya dengan penuh rasa yakin. Bila pembentangan di dalam kelas sedang bermula, pasti akan ada pelajar yang sibuk merenung sampah, sibuk membelek buku dan ada juga yang sibuk menjawab dan bercakap bagai dia seorang pendebat yang hebat.

"Okay, terima kasih bagi kumpulan lapan. Ada apa-apa soalan yang hendak di tanya pada mereka lagi?"

Seisi kelas 1-4 itu hanya menggeleng. Ada juga sebahagian daripada mereka yang hanya berdiam diri. Tidak pasti sama ada faham atau malas mahu membuka mulut untuk bertanya soalan pada rakan mereka. Puan Suzzy hanya tersenyum. Kumpulan seterusnya dipanggil untuk membuat pembentangan pula.

Ilya Nasuha bangun dan diikuti oleh ahlinya yang lain. Sungguh semangat mereka bertiga hendak membuat pembentangan pada hari itu namun tidak bagi Isyraf Nazran. Dia masih statik di tempat duduknya dan tiada tanda-tanda mahu bangun untuk ke hadapan seperti ahlinya yang lain. Apa di punggungnya itu ada ternak tisu adipos berkilo-kilo ke sampai tidak larat hendak bangun menyertai rakannya yang lain?

"Kumpulan kamu memang tiga orang sahaja?" Tanya guru wanita itu pelik. Matanya memandang tepat ke arah Isyraf Nazran yang ketika itu sedang merenung ke luar tingkap.

"Taklah cikgu ada empat." Jawab Sufi Nadiya seraya menidakkan kata-kata dari gurunya itu.

Pandangannya turut sama terarah pada Isyraf Nazran yang masih statik dengan duduknya. Apa kena dengan lelaki tu? Kenapa dirinya tidak turut serta bagi membentangkan hasil kerja mereka?

"Dahtu seorang lagi mana?"

Mata mereka bertiga pantas sahaja memandang tepat pada Isyraf Nazran. Buang tabiat ke apa budak ini? Adakah dia tidak tahu yang dirinya juga akan turut terlibat sama dalam pembentangan pada hari ini? Janganlah buat hal lagi wahai Isy oi. Kang tidak pasal, ada juga yang makan sup kertas mahjong sebentar lagi.

Seisi kelas itu mula bersuara kerana tidak puas hati dengan pelajar lelaki itu. Namun begitu, seakan bunyi lebah buzzz sahaja yang kedengaran di dalam kelas 1-4 ini.

"Wei bangunlah!"

Jerit seorang pelajar lelaki di dalam kelas 1-4 itu.Marahkan Isyraf Nazran yang sepertinya sedang melengahkan masa yang ada. Bukan kumpulan lelaki itu sahaja yang akan membuat pembentangan pada hari ini, kumpulannya juga turut terlibat sama. Oleh itu, dia amat merasakan bahawa masa itu emas sekarang ini.

"Lambatlah, orang nak belajar ni!

Marah seorang pelajar perempuan bertocang tinggi pula. Tidak bolehkah Isy pergi ke hadapan dan turut serta bersama ahlinya yang lain? Seronok sangatkah membuatkan mereka seisi kelas ini meluat dengan perangainya itu?

"Janganlah lambatkan masa!!!"

"Orang nak belajar ni."

Tidak selang beberapa minit, kelas 1-4 itu sudah bising marahkan Isyraf Nazran yang hanya menyepi. Puan Suzzy pula sudah tidak terkawal menyuruh pelajarnya untuk diam. Tidak perlu rasanya pelajar-pelajar itu memperbesarkan hal ini. Dia masih mampu untuk menguruskannya, andainya.

Isyraf Nazran dengan malas bangun dan berjalan ke hadapan. Tanpa sepatah kata, dia terus berlalu keluar dari kelas 1-4 itu. Riak wajahnya yang bersahaja, langkah kakinya yang teratur, gayanya yang dingin, dia terus berlalu pergi meninggalkan seisi kelas 1-4 itu. Jelas sekali seisi kelas itu masih terpinga-pinga, tidak faham dengan tindakannya itu. Badmood semacam sahaja Isy hari ini?

"Okay tak apa, biarkan dia dengan hal dia. Ilya, awak boleh mulakan. " Puan Suzzy cuba menyelamatkan situasi sebentar tadi. Walau bagaimanapun, pelajar dingin itu memang tidak dapat dikawal tingkahnya. Pembelajaran bersambung seperti sediakala tanpa kehadiran pelajar itu lagi.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now