DSPC : 5

45.6K 2.1K 17
                                    

Tidur si ibu nan lena sambil ditemani sang mimpi yang indah itu tidak semena-mena dikejutkan dengan bunyi guruh yang berdentum-dentam kuat di dada langit. Aunty Sherlina segera bangun seraya melawan rasa kantuk yang masih bermaharaja lela di dalam dirinya.

"Allah, kuatnya bunyi guruh."

Dadanya dilurut perlahan akibat terkejut akan bunyi guruh yang membedil langit pada pagi itu. Dicapai olehnya telefon bimbit yang berada di sisi meja katil lalu diperhatikannya skrin telefon bimbit yang bercahaya itu.

5:45 pagi.

Anak matanya melirik akan anak lelakinya yang masih diulit lena bersama selimut yang menyelubung diri. Perlahan-lahan Aunty Sherlina turun dari katil dan berjalan menuju ke bilik air.

15 minit dia menghabiskan masa membersihkan diri, dia keluar dari bilik air itu sambil menggosok rambut. Tatkala ibu tua itu sedang menyisir rambut, azan subuh kedengaran sedang berkumandang nyaring dan memecahkan sedikit keheningan pagi itu.

Suara memuji kebesaran Allah itu dia amati lalu kemudiannya dia bangun dan bersiap sedia untuk menunaikan kewajipan pada yang maha Esa.

Selepas laungan azan selesai, dia segera mengambil wudhuk dan menunaikan solat subuh. Salam terakhir diakhiri, seraya ungkapan keampunan kepada Allah dimohon sebelum doa ditutur. Doa tanda kesyukuran kerana masih diberi peluang sehingga kini untuk tabah berdiri di atas muka bumi yang penuh pancaroba.

Melihatkan akan anak lelakinya yang masih setia diulit mimpi, Aunty Sherlina mendekati anaknya itu. Bahu anaknya digoyangkan perlahan. Rambut anaknya yang menutup separuh mata itu diusapnya penuh kasih.

"Isy, bangun solat subuh."

Lenggok lembut suara itu diutarakannya bagi mengejutkan anaknya namun tiada reaksi dari anaknya itu.

"Isy, bangun nak. Dah subuh ni."

Sekali lagi dirinya mengejutkan anaknya itu dari lena. Namun melihatkan anaknya yang masih diulit mimpi, agenda jahat tiba-tiba sahaja muncul dan agenda itu mesti dilakukannya segera.

Diletakkan jarinya pada hidung mancung anaknya itu lalu dipicitnya perlahan. Mulutnya lantas ditekup saat melihatkan reaksi si anak yang kelihatan terkejut dengan tindakannya. Pasti anaknya itu masih mamai lagi.

Isyraf Nazran segera bangun dari tidur. Biji matanya terkebil-kebil menahan kantuk yang masih tersisa. Mujur dia tidak sesak nafas akan perbuatan mama yang tidak berperikemanusiaan itu. Kalau lambat sedikit, pasti kini dirinya sudah wassalam dikerjakan oleh mama.

"Kenapa kejut Isy pagi buta ni?" Tanyanya. Dia kembali berbaring dan matanya dipejamkan semula. Bantal yang berada di pelukan dieratkan rapat ke dada bidangnya.

"Pagi buta apanya Isy oi? Kamu ni nak solat subuh gajah ke apa?" Soal ibu tua itu dengan nada geram. Bantal yang dipeluk erat oleh si anak ditariknya lalu dicampak ke bawah katil.

"Isy tak kisah subuh gajah ke subuh harimau ke, janji mama bagi Isy lima minit lagi. Cukup lima minit, Isy janji Isy bangun." Balasnya selamba habis.

Savage sungguh dia membidas ayat ibu tua itu. Telapak tangan mamanya itu dia ambil lalu dia kucup perlahan. Dia sengaja ingin mengambil hati mamanya itu agar mama memberikan dia beberapa minit untuk melelapkan matanya semula.

Mendengarkan akan kata-kata anaknya sebentar tadi, meledak tawa keluar dari mulut ibu tua itu.

"Bangun Isy. Kamu tak bangun, memang mama yang jadi harimau kejap lagi." Aunty Sherlina sudah bercekak pinggang. Dia geram dengan anaknya itu yang masih tidak ada tanda untuk bangun dari pembaringan.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now