DSPC : 75

22.9K 1.3K 56
                                    

7 tahun berlalu.

Keriuhan suara pada pagi itu diserikan lagi dengan acara bertengkar di antara Ilya Nasuha dan Iman Naim. Abangnya itu masih tidak berhenti dari menyakat dirinya sedari tadi. Memang tidak mahu mengalah ke apa si Iman ni? Dan tanpa dia sedari, celoteh mereka berdua itulah yang menjadi penyeri buat keluarga kecil ini. Sesekali suasana itu digamit dengan irama jenaka hingga membuahkan  hilai tawa yang kuat bergema dari mereka semua.

"Umur dah 24 tahun tapi perangai macam budak-budak."

Iman Naim sekali lagi menyakat adiknya. Masakan tidak, umur adiknya itu sudah menginjak 24 tahun, tetapi dia masih menonton cerita kanak-kanak di astro ceria. Adiknya itu siap memberikan amaran pada dirinya lagi supaya tidak menukarkan siaran itu ke siaran lain. 

"Eleh dari dia tu, umur dah masuk 25 tahun tapi tak khawin lagi."

Ilya Nasuha membahas kata-kata abangnya itu pula. Hendak memperlekehkan dirinya konon, ingat dia tidak mampu untuk membalas ke? Gayanya yang sedang membahas kata-kata abangnya itu seperti sedang bergaduh di parlimen!

"Abang muda lagi, kau tu yang tua Suha. Kau lambat-lambat lah khawin, nanti lelaki dah taknak baru tahu. Tak laku tau perempuan tua ni."

"Aku takpelah, aku makin tua makin naik saham aku. Berderet-deret anak dara nakkan aku tau."

"Kalau kau, alamatnya tua kerepot je lah."

Terkekek tawa syaitannya saat melihatkan wajah adiknya yang sudah cemberut. Masakan mahu berkahwin, calon suami juga masih tidak nampak bayangnya.

"Nanti ada lah jodoh Suha tu."

"Mama dengan ayah takde bising pun soal kahwin semua ni, sikit pun tak sibuk tentang ni. Abang tu yang sibuk sangat nak jaga tepi kain Suha ni dah kenapa?"

Percakapan adiknya itu terus diajuk oleh Iman Naim dengan riak wajah pulut basi. Ilya Nasuha sudah naik menyampah lalu dia menjeling tajam abangnya itu. Terus dia bangun dari duduknya dan menyalami tangan kedua orang tuanya.

"Baguslah perangai tu, abang sendiri tak mahu salam. Tak berkat interview kau nanti baru tahu. Hormat abang sendiri pun tak." Suara Iman Naim sengaja dikuatkan namun penuh dengan nada menyindir. Nama pun abang bukan, walaupun kata-katanya sentiasa penuh dengan sindiran, niatnya cuma satu iaitu ingin membentuk peribadi adiknya.

Ilya Nasuha terus sahaja menjulingkan anak mata bundarnya itu ke atas. Makin dilayan, makin menjadi pula perangai orang tua kerepot seorang ini.

"Salam!" Tangannya dihulurkan pada abangnya itu dengan lagak terpaksa.

Iman Naim memerhatikan raut wajah adiknya. Tidak sedikit pun wajah itu mengukirkan senyum untuknya lalu dia mula bersuara.

"Ikhlas sikit. Muka tu dah macam nasi basi aku tengok."

Ilya Nasuha pantas meraih senyum di bibirnya. Senyuman terlebih ikhlas terus sahaja ditayangkan pada abangnya sampai mahu terputus urat senyumnya itu. Maklumlah, senyum sampai ke telinga.

"Ha, macam tu lah adik abang." Ilya Nasuha pantas menarik tangannya kembali. Dia mula berkira mahu pergi namun kata-kata abangnya sekali lagi mematikan pergerakannya.

"Cium abang pun tak kan."

Ilya Nasuha pantas membuat muka toya. Kedua belah tangannya itu lantas sahaja diletakannya pada bahu sambil mata bundarnya dijuling ke atas tanda menyampah. Memang kirim salam lah jika dia hendak mencium abangnya.

"Tak malu! Suruh bini cium."

"Bini pun tak ada lagi dek oii!"

Terhambur lagi tawa dari semua. Puan Amelia dan Encik Imran juga terlihat senang akan keakraban anak-anak mereka. Dalam keluarga kecil ini sedang penuh dengan rasa bahagia, masih ada juga insan yang kesunyian di hatinya. Apa khabar Aunty Sherlina yang tinggal berjiran dengan mereka selama ini? Rumah agam itu sudah lama tidak berpenghuni.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now