DSPC : 12

32.8K 1.7K 74
                                    

Keadaan pada pagi itu terasa hening dan sedikit suram dari kebiasaannya. Jam di dinding sudah menginjak ke angka 7:30 pagi. Namun begitu, batang hidung anaknya itu masih lagi tidak kelihatan di ruang tamu. Tidak ingin ke sekolah ke anaknya itu?

Langkah kaki Aunty Sherlina dioraknya laju menuju ke arah tangga. Dia menapak satu per satu anak tangga tersebut untuk ke bilik anaknya yang berada di tingkat atas.

"Isy, bangun dah lambat ni."

Pintu bilik itu diketuk oleh Aunty Sherlina bertalu-talu tanpa lelah bersama laungan. Dia mahu mengejutkan anaknya itu daripada lenanya. Jarang sekali anaknya itu terlajak tidur seperti ini.

"Masuklah ma, Isy tak kunci pintu."

Kedengaran suara si anak menyaut daripada dalam bilik dengan suara yang begitu lemah sekali. Dengan pantas tombol pintu itu dipusingnya. Dia terus menapak masuk ke dalam bilik anaknya itu. Pandangannya terus sahaja tertancap akan tubuh anaknya yang masih dibaluti dengan selimut.

"Astagfirullah, bertuah punya anak! Siap boleh selimut lagi tu. Kamu ni tak sekolah ke? Tengok jam kat dinding tu dah 7:45. Bangun sekarang!"

Selimut yang masih setia menyelubungi diri, pantas ditarik oleh Aunty Sherlina. Dia melemparkan selimut itu jauh ke tepi, jauh daripada anaknya itu. Pandangannya masih tertancap pada anaknya yang masih menutup mata. Adakah dia masih bersama lena?

"Ma... Isy taknak sekolah."

Wajah anaknya itu berkerut selepas habis menuturkan kata. Kepala yang tidak gatal itu digarunya semasa matanya sudah dibuka. Bibirnya diherotkan tanda rimas kerana lenanya sudah diganggu oleh mama. Bantal peluk yang berada dipelukan lantas sahaja dipeluknya erat. Matanya kembali dipejamkan semula.

"Ewah, ewah melampau nampak! Bangun, mandi sekarang!"

Tubuh anaknya itu digoyangkan dengan kuat. Bantal yang berada di dalam dakapannya turut jua ditarik. Aunty Sherlina masih berdegil menyuruh anaknya supaya bangun dan bersiap untuk ke sekolah.

"Ma.... Isy demam la. Semalam ada hantu kacau Isy."

Isyraf Nazran mula merengek. Dia masih cuba menagih ihsan sang ibu. Dia tidak mahu ke sekolah pada hari ini. Hatinya benar-benar terasa berat untuk ke sekolah. Bayangan hantu bersuara garau semalam kembali menghantui dirinya ini. Badannya mula berasa seram sejuk tatkala teringatkan perihal itu.

"I need bed now, I need house now and I don't need school now! But maa, i need you girl , wae honja saranghago honja.."

Terus nyanyian merdu bak katak melolong memanggil hujan itu dipotong oleh mama. Wajahnya lantas sahaja berubah kelat. Bibir diherotkan sekali lagi tanda protes dengan sikap mama yang tidak mahu melayani kerenahnya.

"Dah lah kacau Isy nyanyi, lepastu boleh paksa Isy pergi sekolah pula!" Lantas protes dilancarkan terhadap mama yang masih memerhatikannya tanpa berkerdip. Renungan maut mama benar-benar mampu membunuhnya tika ini.

"Isy masa makin berjalan ni. Tadi elok 7:45 sekarang dah 7:55 tau. Cepat bangun!" Tubuh anaknya itu ditolak supaya jatuh dari katilnya pula. Dia tidak mahu mendengar alasan dari anaknya itu lagi.

Isyraf Nazran terus terbaring di bawah katil dek penangan tolakan dari mamanya itu. Dia mencebik. Dia berpaling memandang mama, dan terus sahaja wajahnya berubah seperti Puss in Boots bagi memohon belas ihsan sekali lagi.

Bukan apa, detik waktu sudah hampir menginjak ke angka 8 pagi. Masihkah dia boleh ke sekolah dalam waktu itu? Gila kentang dia masih mahu ke sekolah lagi. Mahu dirinya dibelasah oleh guru sekolah itu nanti bagaimana?

Ibu tua itu segera meletakkan telapak tangan di dahi anaknya itu. Jika benar anaknya ini demam disampuk oleh hantu, mengapa tidak panas langsung suhu badannya itu? Mengapa sejuk sahaja?

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now