DSPC : 65

22.4K 1.2K 81
                                    

Cuaca yang sejuk itu sesekali ditemani dingin bayu membuatkan Aina Manirah semakin memeluk tubuh. Pepohon hijau yang merimbun itu kelihatan sudah terliuk-liuk menari seirama tatkala dibadai dengan angin. Alam hutan seakan meresap di dalam jiwa. Matahari tika ini sedang memancar sinar walau langit kelihatan jingga. Khemah juga turut bergoyang perlahan tatkala angin pagi membadai.

"Sejuknya."

Nafas ditarik sedalamnya bagi menghirup udara pagi yang segar itu. Ummi kata, udara waktu pagi lebih segar kerana belum bercampur dengan hembusan udara orang munafik. Jemarinya kejap memegang zip khemah lalu ditariknya agar terbuka. Panahan cahaya matahari tepat menusuk ke anak matanya.

"Baru bangun ke?" Terus dirinya disapa oleh Zariff Isaac dari luar. Teman lelakinya itu kelihatan sudah bersiap lalu duduk mencangkung memandangnya.

Aina Manirah hanya mengangguk. Jika melihat dari mukanya yang busuk ini, dia memang baru sahaja mencelikkan mata bagi melihat dunia.

"Lagi dua tu dah bangun?"

Kepalanya pantas digeleng mendengarkan pertanyaan itu. Jari telunjuknya tepat sahaja ditunding ke arah dua selimut yang masih setia berbungkus di belakangnya. Gaya rakan-rakannya itu berbungkus tika ini sudah serupa hantu gula-gula sahaja.

"Kejut diaorang bangun. Kejap lagi nak mula dah aktiviti pagi."

Gadis itu hanya membalasnya dengan anggukan. Mulutnya sempat lagi ditekupnya kerana dia sedang menguap. Sungguh, perasaan mengantuk masih lagi kuat di dalam dirinya sekarang ini.

"Nanti kita jumpa."

Zariff Isaac terus melambai tangan dan menuju ke bilik air seraya meninggalkan teman wanitanya itu. Dapat juga sekejap sekejap bagi melepaskan rindu jadilah, fikirnya.

Lambaiannya segera dibalas oleh Aina Manirah perlahan. Zip khemah itu kembali dikatupnya. Maka dengan itu, misi untuk mengejutkan para gadis ini yang masih setia berbungkus dengan selimutnya pun bermula.

"Bangun wehh!"

"Bangun lah!!!"

"Beruk bangun."

"Wehh, ada gajah terbang."

"Woi makhluk dua alam bangun!"

"Tambi dua ekoq. Bangkit!!!"

Aina Manirah sudah mendengus kasar. Bagaimana rakan-rakannya itu lagi boleh melelapkan mata mereka tatkala dirinya sudah bagai nak gila terpekik terlolong mengejut mereka berdua? Rakan-rakannya itu siap menarik selimut agar kembali membungkus diri mereka dengan lebih kejap. Melihatkan akan hal itu, kepalanya ligat mencerna idea agar dapat mengejutkan kedua gadis itu. Dan ting, idea datang bagai lampu mentol di atas kepalanya.

"Suha!!!! Isy pengsan, Isy pengsan."

"Bangun wehh, cepat tolong dia!!"

Nada suaranya pantas sahaja beriak cemas. Tubuh gadis itu yang masih berbungkus dengan selimut digoyangnya dengan kasar. Pantas kedua gadis itu duduk menegak merenungnya. Selimut yang masih bersama sudah terbelit-belit di tubuh kecil mereka.

"Apa kak? Apa? Abang siapa?"

"Abang Isy? Isyraf Nazran ke kak Irah?"

"Weh Irah, apadia?! Isy pengsan?!"

Kedua mereka sudah gelabah. Tudung dicapai lalu disarungkannya ke kepala. Zip khemah juga turut dibuka dengan rakus dan jika gaya membukanya begitu, memang boleh tercabut zip khemah ini. Khemah kecil ini pun boleh terkoyak kalau sekali dua ingin menerjah keluar dalam masa yang sama.

"Dia kat mana weh?"Tanya Ilya Nasuha risau. Mata bundarnya terus melilau-lilau memerhati hutan yang merimbun itu.

"Dia kat mana kak?" Hawa Nazirah juga turut bertanya. Namun dia sendiri tidak tahu mengapa dia perlu beriak cemas seperti ini. Namun melihatkan kepada kak Ilya Nasuha, dia rasa lebih afdhal untuk dia menumpang sekaki.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now