DSPC : 64

21.1K 1.2K 21
                                    

Derapan kaki milik Isyraf Nazran semakin lama semakin laju dan menjauh dari semuanya. Dada langit kelihatan sungguh kelam pada masa ini dan hanya ditemani dengan sang bulan mengambang yang membantu menyuluh jalannya. Setiap khemah milik semua pelajar yang menyertai kem ini dilewatinya satu per satu. Akhirnya, dia lantas memberhentikan langkahnya. Dahan pokok besar yang sudah melintang jalan itu menjadi tempat untuknya melabuhkan duduk bagi melampiaskan rasa.

"Haih, serabutnya."

Isyraf Nazran menghembuskan nafasnya kuat, sekuat rasa sakit di hatinya ini. Kenapa dan mengapa semua manusia yang berada di sekelilingnya ini ingin mencari gaduh dengannya? Mencari hal dengannya? Mula-mula si Ikram dan sekarang ini si Joe pula. Silap hari bulan, ada juga yang akan makan sikunya nanti.

"Asal semua nak cari hal dengan aku?"

"Aku malas nak cari musuh."

"Aku penat dah bergaduh."

Dia geram. Mengapa semua manusia ini tidak boleh untuk membiarkan dia bahagia dan tenang tanpa gangguan sesiapa? Keluhan kecil akhirnya terpacul keluar dari bibir merahnya itu. Lantas ingatannya terus menggamit akan mama yang sedang berada jauh dari dirinya.

"Ma...."

Ucapnya dengan nada yang sendu. Air matanya mula bergenang di tubir mata. Entah mengapa, hatinya tiba-tiba sahaja berasa tidak sedap apabila terkenangkan akan ibu tua itu. Adakah mama baik-baik sahaja ketika berada di rumah seorang diri tika ini? Tanpa dirinya? Jika papanya datang menganggu mamanya itu lagi bagaimana? Bolehkah mama menguruskan seorang diri?

"Mama baik je kan kat sana?"

"Isy jauh dari mama."

Sedang Isyraf Nazran terbuai akan perasaannya itu, terasa seperti bahunya disentuh lembut oleh seseorang. Dia tidak berpaling. Tangan yang masih setia berada di bahunya itu dibiarkan tidak berusik. Sudah tahu milik empunya tangan itu adalah seorang gadis iaitu Ilya Nasuha. Tapi jika itu tangan Cik Ponti, memang terus dia smackdown dulu sebelum cabut lari.

"Awak okay?"

"Awak masih marahkan abang fasi tu ke?"

Ilya Nasuha pantas sahaja bertanya. Nada suaranya itu sungguh lembut dan mendamaikan sekali.

"Jangan fikirkan sangat Isy."

"Awak bawa bertenang okay?"

"Everything will be fine."

Isyraf Nazran sedikit terbuai dengan kelunakan suara itu. Suara pun lunak merdu, wajah pun manis bak madu dan baik budi pekerti membuatkan dia tidak sabar untuk menjadikan Ilya Nasuha isterinya yang sah, ah ewahhhh. Tapi perjalanan mereka berdua masih jauh lagi, tapi tidak salah bukan jika dia menyimpan hajat seawal ini?

"Awak menangis ke?" Tanya gadis itu lagi.

Kelihatan seperti remaja lelaki ini baru sahaja lepas dari menangis. Ikutkan kesan air mata yang berada di pipi cengkungnya, hidung mancungnya yang sedikit memerah dan sepasang anak mata hazel yang sudah merah. Dia seratus peratus pasti yang remaja lelaki itu baru lepas dari menangis.

'Tapi menangiskan apa?'

'Takkan Isy menangis sebab bergaduh dengan abang fasi dari kem ni kot?'

Isyraf Nazran hanya diam membisu. Dia malas mahu berbalas kata dengan gadis itu. Mulutnya juga terasa berat untuk dibukanya bagi meluahkan kata. Pandangannya terus dikalihkan memandang ke hadapan, merenung rimbunan pokok yang di dalam kegelapan.

Ilya Nasuha pantas mengambil tempat di sebelah remaja lelaki itu. Kakinya terus sahaja dilunjurkan dan tangannya terus diletakkan di atas riba.

"Pernah rasa tak, diri ni nak berubah. Nak jadi sesuatu yang baru. Bukan yang dulu?"

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now