DSPC : 74

20.7K 1.1K 12
                                    

Suasana ofis sewaktu tengah hari itu sedikit lengang dan sunyi apabila sebahagian pekerjanya mula keluar bagi menikmati waktu rehat di kafeteria. Sebahagian dari mereka pula kelihatan begitu sibuk sekali bertungkus-lumus bagi menyiapkan tentatif program yang akan dilangsungkan oleh syarikat ini. Masakan tidak, syarikat milik Tan Sri Syamreez ini akan berkolaborasi dengan syarikat terkemuka daripada Singapura.

Pintu bilik yang tentera namanya, Tan Sri Syamreez itu dihampiri dengan langkah kaki yang laju. Tombol pintu itu dipulasnya lalu dia melangkah masuk sambil dibuntuti oleh anaknya itu. Sofa empuk buatan Italy yang berada di tepi penjuru bilik itu menjadi santapan punggung mereka berdua.

"Harapan papa pada kamu besar Isy. Papa harap sangat yang kamu dapat lansungkan kejayaan papa dalam membangunkan syarikat ni."

"Hanya kamu lah harapan papa yang terakhir. Kalau kamu berjaya, kita pasti akan dapat tubuhkan cawangan baru ke utara pula."

Tan Sri Syamreez tersenyum sedikit bagi menutup rasa gugup atau lebih tepat lagi rasa kekoknya ketika bersama anaknya itu. Masakan tidak, dulu dia sampai menggunakan kekerasan untuk anak ini kembali pada dirinya. Namun siapa sangka, di akhirnya anak ini sendiri yang rela datang padanya.

Isyraf Nazran hanya diam. Bait kata yang meluncur keluar dari bibir tua itu diamatinya dalam-dalam. Mengapa ayahnya itu terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada budak belasan tahun sepertinya ini? Mampukah dia memikul tanggungjawab dan amanat yang bakal diberi kepadanya nanti?

"Boleh ke umur 18 jaga syarikat?"

Persoalan yang setia berlegar di kotak mindanya itu sedari tadi akhirnya diluahkan. Matanya meredup memandang ayahnya dengan penuh perasaan debar di dada. Besar sungguh tanggungjawab yang hendak diberikan padanya ini, andainya.

Tan Sri Syamreez hanya membalas pertanyaan itu dengan segaris senyum. Berminat juga anaknya ini akan syarikatnya.

"Boleh, kalau ada papa sebagai penunjuk ajar kamu dalam bidang pekerjaan ni."

Isyraf Nazran kembali mendiamkan diri. Wajah yang sudah dimamah usia itu diratahnya sekilas sebelum pandangannya dilemparkan pada pandangan Kuala Lumpur yang terbentang luas di hadapannya.

"Bila aku boleh mula?"

"Bila kamu bersedia?"

"Kalau aku kata sekarang? "

"Esok pagi ya? Banyak benda yang perlu papa bereskan lagi dan papa nak kamu ganti tempat papa nanti bila semuanya papa dah uruskan."

Amarah yang selama ini setia terkubur di dalam hatinya mula pudar apabila lelaki tua itu melayani dirinya dengan baik sekali. Maknanya selama ini papanya itu betul manakala mama salah dan sentiasa salah di dalam hal ini. Mama hendak membuang aku pergi, memang tidak salah pilihan aku sekarang ini.

"Sekarang papa akan kenalkan kamu pada pekerja di syarikat ni. Tapi, jangan pula Isy bahasakan aku kau bila berdepan dengan mereka. Buat macam biasa, okay?"

"Okay."

Ilya Nasuha menghembuskan nafasnya yang terasa berat. Sungguh, dia berasa amat lelah sekali setelah menamatkan larian mengelilingi tasik itu. Nafasnya yang terasa semakin tidak teratur itu cuba dikawalnya sebaik mungkin. Rintik-rintik peluh yang mula memenuhi dahi licinnha itu segera dikesatnya menggunakan kain tuala yang dibawanya bersama.

"Penat ke dek?"

Iman Naim menepuk bahu adiknya kuat dan diajak adiknya itu supaya berlari bersamanya. Tak kuasa dia hendak berlari lagi. Lututnya ini terasa seperti sudah longgar, badannya pula sudah terasa sakit yang melampau. Ini semua gara-gara akibat dirinya ini kurang bersenam dalam beberapa minggu ini.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CDonde viven las historias. Descúbrelo ahora