DSPC : 50

23.9K 1.3K 51
                                    

Bas persiaran yang dinaiki oleh kesemua pelajar SMK Putera Mirzan Shah sedari tadi membelah jalan raya tanpa henti. Kenderaan lain juga kelihatannya telah makin banyak dari sebelumnya. Walaupun banyak kenderaan pada masa kini yang sudah memenuhi lebuh raya itu, ia sedikit pun tidak mengganggu pemanduan abang driver tersebut. Peneman abang itu nampaknya sedang terlentok lena. Konon sahaja peneman, tapi meneman dirinya di dalam mimpi, barangkali?

Ilya Nasuha yang berada di sebelahnya itu dikerlingnya sepi. Kepala gadis itu yang sedari tadi terhantuk ke cermin tingkap bas tidak membuatkan dirinya terjaga malah dirinya seakan terus dibuai dengan lena.

'Patut ke aku tolong?'

'Ahh, tolong je lah.'

'Sakit Ilya aku nanti kalau aku tak tolong.'

Dengan segera, pautan pada bahu gadis itu dieratkan olehnya. Telapak tangan sasanya itu pantas sahaja menahan kepala gadis itu dari terus terhantuk ke cermin tingkap bas. Kelihatan kepala gadis itu sedang elok menyandar pada telapak tangannya.

Kang kalau di sepanjang perjalanan ini, kepala itu asyik terhantuk sahaja, risau nanti bangun-bangun terus amnesia pula si Ilya Nasuha. Tidak ke susah dirinya nanti? Sudahlah tadi dia sudah meluahkan perasaannya pada gadis itu, takkan dia harus berbuat kali kedua hanya kerana gadis itu lupa akannya?

Namun begitu, sentuhan lembut dari dirinya masih juga tidak membuatkan gadis itu terjaga dari lenanya. Sebaliknya gadis itu kelihatan semakin lena sambil bibirnya terkumat-kamit. Amboi, bukan main sedap ye kau Suha, tidur berlandaskan tapak tangan Isy sambil bermimpi-mimpi.

'Ini tidur mati tahap apa ni?'

'Tahap langit ke tujuh ke?'

Bisik hatinya hairan. Sedang Isyraf Nazran elok menahan, kepala gadis itu pula elok menyinggah ke bahu kirinya. Dia serta-merta gugup dengan keadaan ini. Wah, bukan main sodap lagi port landing engkau ya, wahai tuan puteri. Segera pegangan tangannya dilepaskan perlahan-lahan, takut gadis itu akan terjaga. Dia berpaling. Pandangannya terus sahaja bersatu dengan Zariff Isaac yang berada di sebelahnya.

"Asal bro?" Tanya Zariff Isaac. Mengapa tiba-tiba lelaki di sebelahnya itu sudah kejung semacam?

Isyraf Nazran terus menjuihkan bibirnya ke arah Ilya Nasuha yang sedang terlena di bahunya. Zariff Isaac sudah senyum senget tatkala melihatkan mereka berdua. Wah Ilya, pandai mengambil kesempatan di dalam kesempitan ya?

"Partner datang singgah kat bahu nampak?"

"Well."

"Kau punya?"

Zariff Isaac sudah buat muka hampa. Mengapa Aina Manirah tidak seperti Ilya Nasuha? Mengapa gadis itu langsung tidak manja padanya? Nak buat macam mana, dia juga yang jatuh cinta dengan gadis garang itu. Nak tak nak, dia tetap juga menerima hakikat tentang teman wanitanya itu.

"Awal-awal lagi dah letak penghadang."

Jari telunjuknya itu tepat menunding ke arah bantal. Bantal itu diletakkan betul-betul di tengah-tengah antara mereka berdua. Jelas sekali mereka berdua ini sedang jauh terpisah bagai seorang di kutub utara dan seorang lagi di kutub selatan.

Authors salute sebentar dengan Zariff Isaac ini. Walaupun dirinya ini memegang title buaya darat termahsyur di sekolah itu, adab agama masih juga ada di dalam dirinya. Kiranya, tidaklah dia sesuka hati untuk memegang Aina Manirah, teman wanitanya itu. Tapi kalau gatal merenyamnya naik, pipi gadis itu tetap juga digomolnya geram.

Isyraf Nazran sudah bantai ketawa. Wajah rakannya yang masih dengan rasa hampa itu makin mencuit hatinya. Sedang dirinya tertawa, bahu bidangnya itu sudah terhinjut-hinjut hingga menyebabkan Ilya Nasuha tersedar, namun masih dalam keadaan mamai. Gadis itu kelihatan sedang menenyeh anak mata sambil menguap kerana kantuk yang masih bersisa.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now