DSPC : 44

22.3K 1.3K 16
                                    

Kaki jinjang milik Isyraf Nazran yang tersarung kasut skates itu dihayunkan langkahnya. Bergesel besi kasut itu dengan permukaan lantas berais itu sehingga terdapat sedikit percikan darinya. Serasa bagai dirinya itu adalah Yuzuru Hanyu yang sedang mengorakkan seni luncur ais. Dengan pantas, Isyraf Nazran sudah meloloskan dirinya di dalam kelompok manusia yang makin memenuhi ais rink itu.

Kakinya yang sedari tadi mengorak langkah mula terasa lenguh. Dia terus beransur ke tepi dan berehat di palang kuning itu. Sedang dia elok berehat sambil merenung setiap figura manusia, retina hazelnya terus tertancap akan seorang gadis. Gadis yang sedang memasuki ais rink itu sambil dipimpin oleh seseorang. Yang pastinya, seseorang yang memimpin dirinya itu adalah lelaki. Namun, raut wajah lelaki itu tidak berapa jelas di ruangan matanya kerana dia mengenakan topi hitam.

'Memang kau dah tak perlu aku lagi.'

'Memang kau dah jumpa pengganti aku.'

Isyraf Nazran hanya mampu mengoyak senyum tawar. Hatinya kembali pedih. Adakah gadis yang mula disayangi olehnya sudah gembira bersama lelaki lain? Tidak memerlukan dirinya lagi? Dia sedikit kesal tatkala mengenangkan Ilya Nasuha. Kenapa dia harus melihat gadis itu berdamping dengan lelaki lain di hadapan matanya sekali lagi?

'Tapi, betul ke kau memang dah tak perlukan aku lagi, Ilya?'

Keluhan berat terlepas jua dari bibirnya itu. Lantas dengan laju dia terus menghayunkan kakinya menuju ke tengah-tengah gelanggang ais rink itu. Dia terus memulakan pelbagai aksi hebat. Cuba untuk membuang segala resah dan sakit di dalam hatinya, mungkin?

Kesemua mata pengunjung yang ada bagaikan sudah terpanar kearahnya. Bagai dirinya itu sedang membuat satu pertunjukan hebat yang akan diadili oleh para juri yang berkarisma. Kesemua manusia mula menjauhi dirinya. Bukannya kerana sifat beku remaja lelaki itu yang sudah meresap ke lantai ais rink seperti Jack Frost, cuma mereka sekadar memberikan ruang yang cukup besar buat remaja lelaki tu. Kesemua mereka berdiri di tepi penjuru sambil melihat aksi yang amat mengagumkan mata mereka.

"Hebatnya dia."

"Pergh, skills dia bukan kaleng-kaleng."

"Nak boyfriend pandai main skate jugak!"

"Bang, saya pandai mop lantai ais ni bang."

"Atiqah, 16, boleh skate guna tangan."

Keriuhan mulut-mulut pengunjung mula bersuara kerana mereka masih kagum dengan luncuran hebat itu. Ada sebahagian dari mereka sedang kagum dan ada juga sebahagian dari mereka yang sudah memasang angan untuk berkenalan dengan remaja lelaki itu.

Isyraf Nazran terus menamatkan aksinya lalu dia bangun dan memandang sekeliling. Dengan tidak semena-mena tepukan gemuruh diberikan buat dirinya. Peluh yang membasahi dahinya pantas sahaja dikesatnya lalu dia berpaling.

'Eh janganlah macamni, segan ah.'

'Aku bukan buat show pun.'

Pandangannya meliar pula ke arah kanan. Tidak semena-mena, pandangannya terus sahaja bertembung dengan wajah gadis itu. Riak wajahnya terus sahaja berubah keruh dan sugul sekali. Dengan langkah separa laju, dia terus meluncur keluar dari gelanggang ais rink itu.

Ilya Nasuha terkedu. Adakah benar remaja lelaki sebentar tadi itu adalah Isy? Hatinya meronta ingin pergi ke arah remaja lelaki itu dan ingin memohon kata maaf. Dia tidak mahu persengketaan di antara mereka akan berlarutan lebih lama lagi. Tapi apakan daya, dia tidak cukup kuat untuk melakukannya.

Remaja lelaki itu sendiri yang mencipta masalah, jadi dia sendiri yang akan mencari kembali jalan berbaik semula, bukan dirinya. Namun, pandangan remaja lelaki itu terhadapnya sebentar tadi makin membuatkan hatinya ini dipagut dengan rasa resah dan kecewa.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CDove le storie prendono vita. Scoprilo ora