DSPC : 48

22.8K 1.3K 126
                                    

Kem? Bagi Isyraf Nazran, itulah satu-satunya program yang paling extra bala dan sungguh membosankan di dalam hidupnya. 3 hari 2 malam untuknya berada di kem itu bagaikan 3 tahun di dalam penjara. Bukan apa, nanti pasti akan ada abang dan kakak pelatih a.k.a fasilitator yang kononnya niat mereka mahu menjaga dan memberikan tunjuk ajar sepanjang kem itu berlangsung tapi disebaliknya mereka hanyalah mendera sahaja.

'Perlu ke aku pergi kem ni?'

'Tapi kalau aku tak pergi, Ilya kan pergi?'

Tapi tanpa kita semua sedar, sebenarnya kem sebegini hanyalah lebih kepada ragging zaman hingusan. Mereka hanya menjadikan peserta kem seperti kita ini sebagai kuli untuk membuat itu dan ini sesuka hati mereka. Salah, denda, marah, maki. Alasannya hanyalah untuk menguatkan mental dan fizikal kita untuk berdepan dengan semua situasi.

Malah kita akan dibangunkan awal pagi akibat terkejut akan bunyi siren yang kuat berkumandang memecah kesunyian malam. Kita juga disuruh untuk melakukan aktiviti permainan burung hantu di tengah bulan mengambang. Bila tengah malam menjelma pula, segala game yang dilakukan entah apa-apa.

Dikejutkan salah seorang rakan kamu yang sedang nyenyak tidurnya, kemudian disorokkan oleh mereka entah kemana. Kemudian, ahli kumpulan yang lain harus mencari ahli kumpulan mereka yang telah disorokkan tadi tanpa sebarang jejak bukti. Disebabkan perkara itulah, kejadian histeria berlaku tidak tentu hala.

'Malasnya nak join.'

'Tapi aku nak terus bersama dengan Ilya.'

Segala perkara yang telah melanda dirinya semasa di sekolah lamanya dulu menerjah kembali ruang pemikirannya. Dengan hati yang separuh rela, digagahkan jua dirinya untuk pergi ke kem ini. Ikutkan hatinya yang masih mahukan katil pada waktu petang ini, tidak akan sesekali dia bangun. Namun, apabila teringatkan gadis itu, hatinya tidak pernah hendak duduk diam.

'Assalamualaikum Isy. Jumpa awak petang ni kat sekolah. Jangan lupa pergi kem tau. Saya tunggu.'

Sent by :- Ilya Nasuha.

Mesej dari gadis itu membuatkan hatinya semakin menjadi tidak keruan. Jantung yang hampir terkeluar akibat tidak keruan itu segera ditahannya. Ditatapnya lagi skrin telefon bimbit yang masih bercahaya itu.

Sungguh, dia rasa seperti mahu sahaja memecah masuk rumah sebelah untuk berjumpa dengan gadis itu. Ikutkan pada akal fikirannya yang masih waras, sudah tentu itu satu kerja gila. Mahunya si Iman sudah bagi green light untuk menjadi abang iparnya, tidak pasal-pasal dapat red light pula.

'Waalaikumussalam. Yes my dear. Thanks tau sayang cause sudi nak tunggu.'

Arhh tak boleh Isy tak boleh. Nampak kau terlalu menggedik dengan jiwa kau yang satu itu.

Delete!

'Waalaikumussalam. Lah yeke wak? Okay saya tengah bersiap. Tunggu tau. Lagi 10 minit saya sampai.'

Aduhh, ini sepertinya sudah keterlaluan pula hingga dirinya sudah bersaya berawak bagai dengan gadis itu. Adakah masih ada lelaki yang beria-ria seperti ini? Setahu aku lelaki selalu act cool dan tunjuk mahal.

Delete!

'Waalaikumussalam. Ok.'

Hah, perfecto.

Sent!

"Isy kenapa senyum tak lepas ni?"

"Mesej awek ke tu?"

"Ke mesej awek sebelah rumah?"

Teguran dari mamanya, Aunty Sherlina amat mengejutkan dirinya. Telefon bimbit yang berada di pegangannya lantas sahaja tercampak di atas katilnya itu. Segera pandangannya dikalihkan lantas bersatu pada wajah ibu tua itu.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now