DSPC : 83

24.4K 1.2K 19
                                    

Kereta jenama Audi R8 itu menjadi santapan mata hazelnya. Tangannya masih ligat mencampakkan segala harta karun yang tidak berguna di dalam kereta itu keluar. Selesai sahaja misi mengemas, baju melayu gold yang tersarung di tubuh sasa itu ditiliknya pula di hadapan cermin kereta. Rambut keperangan asli itu diperkemaskannya dengan jemari. Cermin mata hitam pula dipakainya. Sekali lagi ditilik wajahnya dari atas ke bawah. Kacak dan bergaya bukan?

"Boleh tahan hensem jugak aku ni."

"Level-level lelaki melayu terakhir."

Pintu kereta Audi R8 itu dibukanya. Laju sahaja pungungnya mendarat pada sofa empuk itu. Stereng kereta dipegang kejap lantas perjalanan pun bermula. Doa dititipnya di dalam hati agar perjalanan itu dilindungi oleh yang Maha Esa. Bila difikirkan kembali, bagaimana rancangannya untuk melamar gadis itu? Pura-pura terserempak di majlis? Buat-buat terlanggar ketika mengambil makanan? Atau menyamar menjadi tetamu biasa?

Jarinya terus dipetik tatkala idea bernas menjelma di benak fikiran. Moga gadis yang ingin dijadikan bidadari syurga itu mampu menerima dirinya ini kembali. Hari ini adalah hari penentu baginya. Perasaannya sedikit berdebar jika teringat akan gadis itu. Apakah jawapannya nanti? Adakah dia sudi menerima dengan hati yang terbuka? Dengan rela dan bukan kerana terpaksa?

Jayakan watak kau si hero bagi merebut hati heroin kembali.

"Bro dah sedia?" Bahu Zariff Isacc ditepuknya lembut. Siapa sangka, di antara mereka berdua, mamat romeo juliet ini yang jalan dahulu.

Zariff Isaac mengorak senyum akan pertanyaan itu. Dia cuba membuang rasa gemuruh yang kian menggunung di hatinya. Mampukah dirinya berjabat tangan dengan tok kadi dan melafaznya dengan sekali lafaz sahaja? Mampukah dirinya memikul tanggungjawab dan amanat yang besar itu di kemudian hari? Perasaannya semakin bercampur baur pada masa kini.

"Kau tu dah sedia ke rebut hati dia?" Soalan yang sama maut diacukan pula buat lelaki bersebelahannya.

Segaris senyuman pantas terukir di bibir Isyraf Nazran. Anggukan penuh yakin dia berikan pada rakannya itu.

"Yakin dia akan terima?"

"Terpulang, keputusan pada dia dan aku akan terima seadanya."

"Boleh aku tau cara kau nak pikat dia tu macam mana?"

"Jalankan kerja sebagai pengantin. Jangan sibuk nak jaga tepi seluar baju melayu aku ni." Ujarnya sambil memegang seluarnya sebelum digoyangkan ke kiri dan ke kanan berkali-kali. Dia akhirnya terkekeh ketawa melihatkan muka rakannya itu yang sudah berubah toya.

"Tapi gentle lah, dah lama kut dia kerja dengan kau tapi takkan dia sikit pun tak boleh cam Tuan Naz tu Isy? Pelik doh aku."

"Aku rasa sekarang ni aku hensem, kacak lagi bergaya kut dari Isy zaman remaja dulu tu. Tu dia tak cam aku."

Kedua-dua mereka terus sahaja ketawa bagai nak gila. Sempat lagi rakannya itu mengangkat bakul sendiri. Dalam beberapa minit sahaja lagi, dia bakal menamatkan status bujangnya manakala Isy pula akan menamatkan status buayanya, eh?

"Pastikan berjaya Isy." Bahu sasa rakannya itu ditepuk perlahan. Dia tahu, rakannya itu sungguh kuat dan tabah untuk menggapai cintanya semula.

"Panggil aku Naz, aku kena berlakon lagi." Pantas Isyraf Nazran memperingatkan agar rakannya itu tidak alpa. Pengantin lelaki itu hanya menganggukkan kepala sambil memperbetulkan tengkolok di kepalanya yang mula hendak senget.

Mata bundar milik Ilya Nasuha dipejamkan rapat sambil bibir mungilnya itu dimuncungkan sedikit. Mujur tidak kejung sahaja wajahnya itu. Makeup sahaja sudah memakan masa lebih dari 2 jam. Habis kebas punggungnya itu duduk berlama di atas kerusi ini. Akhirnya, solekan indah mula memunculkan diri di wajah gebunya.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now