DSPC : 13

33.1K 1.7K 11
                                    

Kaki kiri Ilya Nasuha terasa sangat kebas menyebabkan dirinya sukar untuk berjalan dengan stabil. Ia berdenyut dengan kuat, mengakibatkan dia terpaksa berjalan menghincut ke tapak perhimpunan itu semula. Dia kembali ke barisan tingkatan 1 lelaki yang dijaganya sebentar tadi. Rasa perit yang dialami sekarang ini, dengan sedaya kudrat cuba ditepisnya.

"Argh sakitnya."

"Boleh tahan sakit jugak rotan tu eh."

Hatinya dipujuk agar mampu menahan sakit. Terasa seperti otot tisu di bahagian pehanya itu sudah koyak dek penangan libasan itu sebentar tadi. Masakan tidak, libasan dari rotan guru disiplin itu seperti cemeti sahaja apabila terkena pada kakinya ini.

"Apa kes kau ni Suha?"

"Kau dah hilang akal ke?"

"Benda bodoh apa kau buat ni?"

Sapaan daripada Aina Manirah yang secara tiba-tiba itu, membuatkan dirinya terkejut. Lantas dada yang terasa sakit itu, diurutnya. Sudahlah gadis itu datang tidak beri salam, terus main terjah sahaja. Memang terkejut dirinya itu apabila diperlakukan sebegitu.

"Kau sedar tak kau tu pengawas sekolah? Kau ada tugas lain. Tugas kau bukan jaga mamat tu pun."

"Kau ni asal, hah?"

"Kenapa? Salah ke?"

Ilya Nasuha mengeluh. Bibirnya terasa berat ingin menjawab semua pertanyaan dari gadis itu. Kain sendiri tak mahu jaga, celah tepi kain orang juga dia sibuk hendak tahu.

"Kau boleh tanya salah ke? Tu cikgu disiplin kot. Urusan dia dengan budak tiga suku tu, yang kau sibuk tu dah kenapa? Siap rela tadah kaki kena rotan, kau gila ke?"

Ilya Nasuha panas hati dengan apa yang diperkatakan oleh Aina Manirah. Mengapa rakannya itu cakap ikut sedap mulut sahaja? Tidak bolehkah rakannya itu menjaga sedikit perasaannya ini?

Jelingan lantas sahaja diberikan oleh Ilya Nasuha pada gadis itu tanda dirinya ini sedang tidak puas hati sekarang ini.

"Ada tak kau fikir jawatan pengawas kau ni sebelum kau buat benda bodoh tadi? Dibuatnya kau kena buang dari jadi pengawas, macam mana?" Aina Manirah masih juga begitu. Dirinya terus menerus membebel bagi menyedarkan rakannya itu.

"Fikirlah sikit Suha." Dia ingin rakannya itu sedar bahwa perbuatannya sebentar tadi itu bukanlah suatu perbuatan yang boleh dibanggakan dan dianggap seperti seorang hero. Perbuatan itu hanya akan memerangkap dirinya semata-mata.

"Suha sakit ni, Irah." Ilya Nasuha menutur kata itu dengan perlahan.

Dia cuba untuk memohon ihsan daripada gadis itu agar dirinya itu tidak meneruskan bebelannya lagi. Namun begitu, aduannya sebentar tadi sedikit pun tidak dihiraukan oleh Aina Manirah kerana dia semakin galak bersuara.

"Allah bagi akal tu untuk fikir. Lain kali fikir dulu sebelum buat apa-apa. Budak tiga suku tu pun dah bermasalah, kau pula sengaja tambah masalah lagi."

"Sebaik Si Iman tu takde tau kat perhimpunan ni, kalau tak pandai-pandai lah kau menjawab kat abang kau tu ye."

"Tak ada sebab pun tau untuk kau rela tadah kaki kau tu kena libasan rotan cikgu tadi. Haih macam macam lah kau ni Suha."

'Sebab aku suka dia.' Bisik Ilya Nasuha di dalam hati.

Wajah Ilya Nasuha dipandangnya dengan pandangan toya. Tangannya itu digawangkan di hadapan muka gadis itu beberapa kali. Tiada tindak balas daripada gadis itu membuatkan dia pantas mencebik tanda protes.

"Aku luku juga di ni. Orang risaukan dia, dia boleh bantai berangan pulak. Penat ah aku cakap dengan kau. Dah lah, bye." Tubuh Ilya Nasuha terus ditolaknya sedikit tanda dia masih geram dengan gadis itu.

DIA SI PEMBEKU CINTA : COpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz