DSPC : 92

30.3K 1.3K 24
                                    

Detik waktu terus berlalu dari hari ke hari. Panas dan hujan juga turut sama silih berganti menemani hari-hari tuanya. Genap seminggu tubuh tua itu terkujur di Institut Jantung Negara, akhirnya Tan Sri Syamreez mulai sedarkan diri. Nafasnya pula sudah tidak berombak seperti sebelum ini. Kelihatan rongga toraksnya mula kembang beritma. Perubahan kondisinya juga makin ketara dan beransur baik dari hari-hari sebelumnya.

"Papa..."

Tangan unzur itu digenggamnya erat. Lelaki tua ini yang mengajarnya erti rasa benci namun untuk apa dia menjadi biadap di kemudian hari? Syurganya itu tetap berada di bawah tapak kaki orang tuanya juga. Dendam yang sedari kecil tersemat di dalam hatinya akhirya berjaya dihapuskan tatkala sekujur tubuh itu berbaring penuh kesakitan.

Kelihatan bibir tua itu mula mengukir senyum canggung. Hatinya benar-benar tersentuh akan perilaku anak lelakinya itu. Andai, waktu bisa kuputarkan kembali henstek tiktok version, sudah pasti dia tidak akan meninggalkan dua beranak itu terkontang-kanting mengenal erti kehidupan. Sudah pasti dia akan mencuba untuk menjadi ayah dan suami yang terbaik buat dua beranak itu.

"Maafkan papa nak. Papa banyak buat salah pada Isy dan mama."

"Ini semua rancangan papa nak. Papa umpan mama kamu untuk beri kamu kepada papa atas sebab harta semata."

"Papa dayus. Papa sengaja nak lihat kesakitan mama akibat kehilangan kamu."

"Papa tahu, mama anggap kamu sebagai dunianya. Papa tahu, mama sakit bila hilang kamu. Tapi papa tergamak sebab papa tamakkan harta dunia ni semua."

"Maafkan pa...."

Rintihnya sayu. Air mata tuanya terus jatuh menitis bersama penyesalannya yang tidak bertepi. Alhamdulillah, Allah masih memberikan dia sedikit nafas untuk dia sempat mengaku salah sekaligus memohon maaf pada si anak dan bekas isterinya itu.

Kata-kata dari papanya itu hanya dibalasnya dengan diam menyepi. Anak matanya merenung dalam wajah unzur ayahnya itu sebelum ditepuk bahu itu lembut bagi meredakan tangisnya. Sudah-sudahlah itu menangis. Dua tiga hari ini, dia asyik sungguh bermain dengan air mata, risau boleh banjir dibuatnya Institut Jantung Negara ini dengan air mata mereka sekeluarga.

"Yang berlalu biarkan berlalu pa, kita jadi kan ianya pengajaran untuk masa depan kita semua."

"Isy maafkan papa."

Nafas dihelanya perlahan sebelum dia menyambung perbualan.

"Isy nak minta kebenaran dari papa."

Suaranya terus berubah nada serius saat perkataan kebenaran itu ditekankan di dalam percakapannya sebentar tadi.

Air mata tuanya segera dikesat menggunakan jemari kiri seraya menggangguk perlahan. Hatinya kini terasa sungguh luluh tatkala mendengarkan anak itu membahasakan dirinya sebagai papa. 7 tahun sudah berlalu, dan saat yang dinantikan olehnya akhirnya termakbul jua sebelum dia bertemu liang lahad. Siapa sangka, Allah itu sungguh pemurah kerana masih ingin mengkabulkan doa orang sepertinya.

"Ya, apadia Isy?"

"Isy nak minta kebenaran apa pada papa?"

Pandangannya terus dikerling memandang Ilya Nasuha yang sedang berada di birai katil. Ditarik pergelangan lengan gadis itu supaya merapat di sebelahnya. Mata tua ayahnya itu terus memandang gadis yang sedang berdiri bersebelahan anaknya itu. Kening tua itu diangkatnya tinggi tanda meminta penjelasan yang lebih.

Entah mengapa, raut wajah unzur si ayah kelihatan sungguh bengis seperti hendak menelan mangsa hidup-hidup. Ilya Nasuha serta-merta berasa kekok dengan suasana itu. Masakan tidak, ini kali pertama mereka bersua muka. Namun begitu, dia segera mengukir senyum seraya menggangguk kepalanya sedikit pada ayah lelaki itu. Mahu bersalaman tapi bukan muhrim hatta ayah kadungnya sendiri jadi dia hanya biarkan sahaja.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now