DSPC : 25

27.6K 1.4K 28
                                    

Panahan mentari dari celahan langsir bilik itu menusuk ke anak mata bundar milik Ilya Nasuha. Badannya itu terus digeliatkan seperti ulat beluncas gendut. Anak matanya yang sepet seperti cina bukit itu digosok perlahan dengan jemari sambil bibir terherot sedikit. Jam loceng yang berada di sisi katilnya itu segera dicapainya. Ditenungnya angka jam itu lama.

10:30 pagi.

'Awal lagi ni.'

'Tidur balik ah.'

Melihatkan kepada angka jam sebentar tadi, Ilya Nasuha masih merasakan terlalu awal untuk dia bangun dan memulakan hari. Hari ini kan hujung minggu, dia pantas untuk bermalas-malasan di atas katilnya ini. Yuk, kita nyambungin tidurnya dong.

Selimut yang berada di sisi katil itu ditarik agar kembali menyelubungi dirinya. Sedang mata bundarnya itu kembali enak dibuai perasaan, terasa seperti selimutnya itu sedang bergerak ke sana ke mari. Wajahnya serta-merta berubah kerut. Mengapa seperti ada sesuatu benda sedang merayap di bawah selimutnya itu?

'Ish, apa benda ni?'

Dia mendengus kuat. Namun begitu, anak matanya makin erat dipejamkan, tanda dia masih ingin menyambung tidurnya lagi.

Sekarang ini dia merasakan seperti ada satu makhluk yang berbulu lembut sedang hinggap di pehanya. Kemudian, makhluk berbulu itu merayap pula menuju ke pinggangnya. Ilya Nasuha malas mengendahkan kerana dia masih lagi dihantui dengan rasa kantuk.

Selang beberapa minit, terasa seperti makhluk berbulu itu merayap ke atas mukanya pula. Matanya dan mata makhluk berbulu itu bertembung buat seketika. Dia terus menolak makhluk berbulu itu agar menjauh dirinya.

"Ahhhhhhhh!!" Jeritnya kuat.

Anak matanya itu tidak lepas dari merenung Likey, kucing kesayangan abangnya itu. Kucingnya itu kelihatan sedang bergolek manja di atas katilnya sekarang ini.

Iman Naim yang berada di hadapan muka pintu bilik pula sudah bantai ketawa. Berhasil juga dia mengenakan adiknya itu seraya mengejutkan dirinya dari tidur. Siang-siang begini hendak membuta lagi, kan sudah kena buli dengan pembuli bersiri. Anak dara apa yang bangun lewat begini?

"Bangun lah dek!"

"Matahari dah terpacak atas kepala dah, kau nak tidur apa lagi?"

"Bangun lah, tengok dunia sikit."

Likey yang berada di atas katil adiknya itu segera dia ambil lalu dibelainya penuh kasih. Mulutnya ini sudah terkumat-kamit membebel akan adiknya yang satu itu.

"Diam lah bang, bising je."

Iman Naim geram. Kucingnya yang berada di dalam pelukan itu lantas diacah pada adiknya. Dia tahu, adiknya itu takut dengan kucing. Oleh disebabkan itu, dia sengaja hendak menakutkan adiknya ini lagi.

"Jangan bawa Likey kat sini!" Ilya Nasuha cuba menyelamatkan dirinya dari kucing abangnya itu. Segala bantal yang berada di atas katil dilemparnya ke arah abangnya yang sedang mendukung kucing.

Namun begitu, dengan tangkas abangnya mengelak setiap bantal yang dilemparkan padanya. Silap besarlah adiknya itu kerana bermain dengan seorang atlet sekarang ini. Dia sudah tersengih-sengih melihatkan adiknya yang sedang dalam ketakukan itu.

"Baling lagi, aku campak Likey!" Ugut Iman Naim.

Sengihan nakal terus sahaja tertayang di ruangan bibirnya buat si adik yang sudah masam mencuka. Sempat lagi dia mencium kucingnya itu tatkala Likey seakan turut sama takut dengan ugutannya. Mana bisa dia mencampakkan kucing kesayangannya itu, dia tidak sanggup.

"Fine bru! You win."

Malas mahu memanjangkan cerita, Ilya Nasuha pantas sahaja mengalah. Dia segera meletakkan kembali bantal yang hendak dibaling pada abangnya itu ke atas katil.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now