DSPC : 87

25.8K 1.3K 20
                                    

Perbualan yang semakin hangat itu segera dihampiri oleh Isyraf Nazran dengan kadar segera. Dia tidak mahu Ilya Nasuha terpalit akan duka dan lara di zaman remajanya disebabkan gadis itu. Dia tidak mahu Ilya Nasuha terigau dengan kisah lama yang menyetak setangkai hati yang murni itu. Dia tidak mahu Ilya Nasuha teringat kembali akan perilaku sepupunya itu terhadap mereka berdua.

"Ehem."

Deheman dirinya yang separa kuat itu terus mematikan perbualan antara dua sang gadis. Kedua-dua gadis itu lantas berpaling dan menjamah wajahnya. Jelas sekali wajahnya sekarang ini tidak beriak tenang. Bagaimana sepupunya itu boleh turut serta di dalam majlis ini? Siapa yang menjemputnya?

Isyraf Nazran tersenyum memandang Ilya Nasuha namun memberikan pandangan kosong buat Risya Rinna. Mengapa gadis ini harus datang ketika dia ingin menggapai cintanya kembali? Adakah gadis ini ingin memusnahkan cintanya buat kedua kali? Atau adakah gadis ini ingin merampas kembali kebahagiaan yang baru sahaja dirinya ini cipta semula?

"Dah berbaik?" Sarkastik Isyraf Nazran bertanya. Hanya dengan wajahnya sahaja telah menyuarakan apa yang dirasakan olehnya sekarang.

Dia rasa tidak senang jika gadis itu sedang bertopengkan kebaikan semata demi mengaburi mata kedua pasangan yang mula hendak bahagia ini. Yalah, jika seseorang itu mula menggunakan topeng demi kebaikan mesti yang lainnya akan mudah terhasut dan dihasut bukan? Manusia akhir zaman semuanya begitu serupa dajal.

"Isy..."

Suara Risya Rinna meleret-leret memanggil nama lelaki itu.

Isyraf Nazran berganjak setapak kebelakang. Akalnya melarang menerima apa yang akan dilakukan dan yang akan diungkapkan oleh gadis itu padanya nanti. Bencinya terhadap gadis itu sudah terpadam bertahun lamanya namun disebabkan gadis ini jugalah hubungan dia dan Ilya Nasuha retak begitu sahaja.

"Kau nak apa Isya?"

"Tak puas ke kau buat aku dengan Ilya?"

"Apa lagi kau nak sekarang ni?!"

Isyraf Nazran masih juga begitu. Hatinya ini sangat keras untuk menerima kebaikan yang cuma ditonjolkan oleh sepupunya itu sekarang ini. Walaupun sepupunya itu sudah berkerusi roda seperti ini, yang sakit itu fizikalnya sahaja, hatinya? Mungkin hatinya masih jahat dan ingin menghancurkan kembali kebahagiaannya bersama Ilya Nasuha seperti dahulu.

"Maafkan aku Isy."

Kata maaf? Memang senang dilafazkan tapi sukar untuk dia lupakan. Boleh sahaja dia mengangguk dan menerima kata maaf gadis itu, namun memaafkannya dengan setulus hati dia tidak mampu. Dia semakin berganjak ke belakang dan ingin berlalu pergi. Dia tidak mahu mendengar kata maaf itu lagi dan lagi. Kata maaf yang terluah dari bibir sepupunya itu langsung tidak bermakna bagi dirinya.

"Isy, maafkan aku Isy..."

Kerusi roda itu diampunya menggunakan kedua belah tangan bagi membangunkan dirinya dari duduk. Walaupun nampak payah bak peribahasa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, Risya Rinna cuba juga untuk bangun. Dia ingin berdiri dan menatap mata itu sendiri. Dia ingin meluah kata maaf buat lelaki itu dengan setulus hatinya.

Ilya Nasuha hanya mampu diam dan memerhati tiap gerak geri gadis itu. Mahu ditolong, awal lagi gadis itu telah menepis tangannya. Being independent mungkin? Kalau dah jatuh tertonggeng tengah orang ramai nanti jangan nak salahkan dirinya pula. Kang ada yang terkubur bersama kerusi roda nanti.

Tepat sahaja anak matanya merenung wajah Isyraf Nazran, bibirnya terus mengukir senyum manja. Sepasang kakinya yang tidak mampu berdiri dengan kuat cuba ditahannya menggunakan pemegang kerusi roda. Dia ingin berdiri seraya bertentang mata ke mata dengan sepupunya itu. Dia ingin memohon maaf setulus hatinya sekarang ini. Dia tidak mahu menyimpan sebarang persengketaan di antara mereka lagi.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now