DSPC : 77

23.2K 1.2K 30
                                    

Tidur yang lena sambil diulit oleh mimpi nan indah lantas sahaja disergah dengan bunyi nyaring jam. Jam yang berada di atas meja yang terdapat di penjuru kepala katil itu segera ditutup oleh Ilya Nasuha. Sepasang mata bundarnya itu terpisat-pisat mengerah tenaga bagi membuka matanya. Pandangannya yang kabur itu lama-kelamaan mula menjadi terang.

"Ya Allah."

"Dah lambat sangat dah ni."

"Macam mana boleh lena sangat tidur ni?"

"Dah lama sangat jobless, mana taknya!!"

Ilya Nasuha pantas bangun. Dia tergesa-gesa untuk membersihkan dirinya. Selimut yang berada di atas katil itu telah menyukarkan dia untuk terus bergerak. Boleh pula dalam waktu cemas begini selimut itu elok sahaja berbelit pada kakinya. Disepak, ditarik, dipijak selimutnya itu namun hampa malah makin berbelit-belit di kakinya pula. Dengan perasaan amarah yang membuak, dia terus memulakan langkahnya dan....

"Gedebuk!"

Tubuh langsing itu terus sahaja jatuh menyembah bumi. Kepalanya pula terus terhantuk pada pintu tandas. Ilya Nasuha berguling-guling menahan rasa perit yang tidak terperi pada dahi dan kakinya itu.

"Arghhh, sakitnya."

"Ish, selimut ni pun langsung tak bagi kerjasama."

Selang beberapa minit, dia mulai bangun. Digagahi jua dirinya untuk mandi di awal pagi. Pintu tandas itu dibuka dan dimasukinya dengan langkah yang longlai.

Setelah selesai menunaikan kewajipan pada yang Esa iaitu menunaikan solat subuh, Ilya Nasuha terus sahaha bersiap. Baju jubah gold yang dipakainya lantas digayakan di hadapan cermin. Setelah puas berposing di hadapan cermin setinggi dirinya itu, dia mula mengenakan tudung shawl di kepalanya pula. Solekan tipis lantas sahaja menghiasi wajah gebunya itu. Dengan sedikit solekan, dia sudah siap sepenuhnya.

Setelah puas menilik dirinya dari atas ke bawah beberapa kali, Ilya Nasuha pantas menuruni anak tangga untuk ke ruangan dapur. Bau aroma nasi lemak yang dimasak oleh mamanya itu sudah semerbak di ruangan dapur. Mata bundarnya itu terus melilau-lilau mencari kelibat si mama tersayang. Kemanakah perginya ibu tua itu?

"Mama sayang." Tubuh mamanya itu terus dipeluk dari belakang. Dicium pipi tua itu berkali-kali.

"Dah, cepat makan. Nanti lambat pergi kerja pula." Puan Amelia segera menyendukkan nasi lemak ke dalam pinggan lalu diserahkannya pada suami dan anak daranya itu.

"Mama, abang mana?"Ilya Nasuha lantas bertanya sambil menyumbatkan nasi lemak ke dalam mulutnya. Nasi lemak air tangan mamanya itu memang super duper sedap delicious!

"Abang kamu tu sebelum subuh lagi dia dah keluar. Katanya dapat jawatan jurulatih larian untuk pasukan Perak. Entahlah, mama tak tahu sangat."

Ilya Nasuha hanya mengangguk mengiyakan kata-kata dari mama. Tidak dia sangka, kesungguhan abangnya dalam mempelajari sains sukan sewaktu di tingkatan 6 dahulu mampu membuatkan dirinya berjaya seperti sekarang ini. Menjadi jurulatih bukanlah suatu pekerjaan yang senang, namun abangnya itu sungguh hebat untuk menjayakan kerjaya itu.

"Ouh, makan sekali lah mama!" Mamanya segera dipelawa untuk turut serta menjamu selera bersama dirinya dan juga ayahnya, Encik Imran. Namun ajakannya itu dilakukan dengan mulut yang penuh dengan nasi sehingga perkataan yang terluah darinya juga kurang jelas.

"Suha oi, sopan la sikit waktu makan. Tak selera ayah tengok." Encik Imran terus sahaja tergelak saat dia melihatkan riak wajah anaknya yang sudah berubah itu.

Tidak boleh ditegur sikit, nanti wajah nan ayu itu terus sahaja masam mencuka. Setelah selesai menjamah sarapan pagi yang disediakan oleh mama, Ilya Nasuha terus sahaha bangun. Dia segera menuju ke sinki dengan pinggan yang berada di tangannya.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now