DSPC : 68

18.6K 1K 15
                                    

Tubuh tua milik Aunty Sherlina akhirnya jatuh terduduk menyembah bumi. Tangisan yang ditahannya sedari tadi akhirnya terhambur jua. Badannya kini terasa lemah manakala mindanya pula terasa lelah. Tubuh tua itu sudah terhinjut-hinjut menahan tangisnya yang semakin menggila. Mengapa dan kenapa disaat dia sedang bermain kata, anaknya itu pula sedang memerhatikan dirinya dengan penuh tanda tanya?

Terbit rasa sesal yang menggunung di dalam hati. Tembok bahagia yang terbina di antara anak dan ibu ini termusnah akan kata-kata dusta.

Kepalanya mula terasa memberat dengan masalah yang baru sahaja menimpa dirinya. Pandangannya serta-merta menjadi kabur dan berpusing. Entah mengapa, dia terasa hendak pitam. Namun dirinya tetap digagahkan jua untuk berdiri agar dia tidak terus terlena akan mainan dunia.

"Ya Allah, Lina kenapa?!" Puan Amelia terkejut. Pintu pagar rumah agam milik rakannya itu terus sahaja dibukanya dengan Kadar segera. Kebetulan pula dia sedang membuang sampah ketika itu.

Sepasang anak matanya yang semakin kabur itu dibukanya sedaya upaya. Sempat dia menangkap sosok kelibat rakannya yang makin menghampiri dirinya.

"Anak aku mel..." Suaranya kendur saat menyebutkan anaknya itu. Bayangan anak lelakinya mula menerjah di ruang retinanya.

"Kenapa dengan dia? Kenapa?" Puan Amelia sudah tidak tentu arah. Dipekik kuat kedua-dua anaknya yang sedang berada di halaman rumah mereka agar segera datang menemani dirinya. Sejujurnya, dia juga sudah hilang arah apabila melihatkan keadaan rakan karibnya itu. Patutkah dia menelefon ambulance sekarang ini?

Terkocoh-kocoh kedua-dua anaknya itu berlari memasuki perkarangan rumah jiran mereka. Wajah Ilya Nasuha dan Iman Naim jelas sekali terpancar akan seribu satu soalan. Apa yang sedang berlaku sekarang ini? Kenapa mama mereka memekik kuat memanggil mereka sebentar tadi?

"Ada apa ma?" Tanya Iman Naim pelik. Tak ada angin, tak ada ribut namun mengapa suara mamanya sebentar tadi bagai halilintar membelah bumi ketika memanggil nama mereka berdua?

Ilya Nasuha pula hanya diam menyepi. Mata budarnya itu terus menatap akan mama lelaki itu serta mamanya. Akalnya pula mula berfikir tanpa henti. Dia cuba menyimpulkan tentang apa yang terjadi sekarang inu. Perbualan kedua ibu tua itu yang pada mulanya hanya berada di depan muka pintu kini telah memasuki pula ke ruang tamu.

"Jadi, kau sebenarnya nak tipu si Syam tu supaya dia terhasut? Kau sebenarnya tak mahu bagi Isy kat dia, macam tu?" Puan Amelia meneka.

Dari cerita rakannya itu, dia dapat menyimpulkan bahawa ia hanya satu salah faham sahaja. Jiwa remaja itu yang tiba-tiba sahaja memberontak apabila dirinya dianggap sebagai permainan oleh kedua orang tuanya.

"Kau tau dia kat mana Lina?" Tanyanya lagi.

Bibirnya tidak putus-putus dari meluah kata. Terbit rasa kasihan pada rakan karibnya itu. Sudahlah bermacam jenis dugaan yang diharung olehnya, namun kini dugaan yang lebih besar pula dialaminya. Mampukah rakannya itu kuat sekali lagi?

Aunty Sherlina hanya menggeleng lemah. Sejujurnya, dia masih tidak mampu untuk mengagak kemanakah anak lelakinya itu pergi membawa dirinya. Masakan anak lelakinya itu memang benar-benar ingin pergi meninggalkan dirinya?

"Apa kata kau cuba call dia dek?" Cadang Iman Naim. Manalah tahu jika adiknya itu berjaya menelefon lelaki itu? Bukan apa, jika ada masalah keluarga, mungkin teman wanita boleh menjadi tempat yang baik untuk meluah kata?

Ilya Nasuha pantas mengangguk mengiyakan kata-kata dari abangnya itu. Telefon yang berada di poket seluar track suit yang dipakainya itu segera diseluk. Nombor telefon milik Isyraf Nazran segera didailnya dan ting tong...

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now