DSPC : 80

26.6K 1.2K 45
                                    

Baru dua hari Ilya Nasuha bekerja bersama, sudah terbit satu perasaan atau rasa suka yang kian menggebu terhadap Tuan Naz. Perlukah perasaan suka ini dipendamkan atau diluahkannya? Dia sendiri keliru dengan perasaannya tika ini.

Jika diluah, takut dibuang. Jika dipendam, takut terlepas. Jadi yang mana satu menjadi pilihan hatinya? Kenapa susah benar hendak berjumpa jodoh ini Ilya Nasuha? Ke sebenarnya jodoh hang dah ada depan mata tapi hang ja yang dak nampak?

'Tak mungkin lah jodoh aku ada depan mata sekarang ni.'

'Mustahil, sangat mustahil!'

'Sebab yang cuma Tuan Naz je.'

'Takkan lah Tuan Naz nak aku yang kerja kuli je kat syarikat dia ni?'

'Tak mungkin lah aku berjodoh dengan si kaya dan aku pulak si papa kedana yang makan gaji harian darinya.'

Dia menggelengkan kepala dengan andaiannya sendiri.

Hari ini hari selasa dan lagi lima hari temannya itu bakal menjadi isteri kepada seorang lelaki. Sungguh, dia rasa bangga dan terharu kerana cinta zaman remaja mereka akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Kuat betul penangan cinta mereka sehingga tidak ada salah seorang pun dari mereka yang beralah dan ingin memutuskan hubungan.

'Kenapa cinta mereka tidak pada aku?'

Hatinya dipagut rasa terkilan. Bayangan Isyraf Nazran masih segar menari di mindanya. Namun begitu, entah mengapa wajah lelaki itu sahaja yang dia sudah lupa bagaimana.

Mesti lelaki itu makin berubah dan jauh lebih matang berbanding dahulu bukan? Mesti ketinggiannya semakin bertambah berbanding 179 cm dahulu bukan? Mesti badan dia sudah berubah tegap dan menawan. Hensem ke dia? Atau dia sudah menjadi suami pada seorang wanita dan seorang bapa kepada anak-anaknya? Musnah harapan, hancur, berderai, bersepah!

'Mana kau pergi Isy?'

'Jauh sangat ke kau pergi tinggal aku?'

'Apa kau sebenarnya sedang ikutkan kata-kata aku yang nak kau pergi jauh dari hidup aku waktu kita gaduh dulu?'

Dalam dia sedang termenung, terasa hembusan angin menerpa wajah gebunya. Lembut dan damai sekali.

'Angin kipas?'

Tak mungkin lah angin dari kipas. Mana ada kipas di atas meja kerjanya ini jadi dari mana datangnya angin tu?

'Aircond?'

Lagi lah mustahil jika angin dari aircond sedang menerpa wajahnya dengan begitu lembut sekali. Setahunya, aircond di ruangan pejabat ini hanya membuatkan dia sejuk membeku hingga ke tulang hitam.

Segera anak mata bundarnya itu memfokuskan ke hadapan. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bahawa Tuan Naz sedang elok membongkok menghadapnya. Cuma beberapa inci sahaja wajah mereka berdua boleh bercantum. Dia terkesima. Anak matanya tika ini sedang tajam menikam sepasang anak mata milik lelaki itu.

Matanya!

Mata Isyraf Nazran!

Anak matanya segera dilarikan dari terus menatap sepasang anak mata hazel itu dengan lebih lama. Hatinya terasa begitu goyah sekali. Masakan tidak, sepasang anak mata hazel yang menjadi igaun mimpinya kini berada di hadapan matanya bahkan dalam keadaan yang nyata.

Adakah lelaki ini Isyraf Nazran? Tapi jika ya, mengapa raut wajah mereka begitu berbeza sekali? Atau sebenarnya lelaki ini hanyalah jelmaan Isyraf Nazran? Hatinya sudah mula berkata-kata.

"Kenapa gelabah semacam ni? Ada hantu ke belakang aku Ilya?" Isyraf Nazran menegur.

Mengapa tiba-tiba sahaja gadis itu beriak tidak selesa akan dirinya? Adakah kerana jarak wajah antara mereka berdua tadi telah menimbulkan rasa malu buat gadis itu? Riak wajah gadis itu sekarang memang jelas menggambarkan riak malu dan marah. Eh, marah? Mengapa marah?

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now