DSPC : 26

25.5K 1.5K 45
                                    

Pandangan kosong dari Isyraf Nazran kini menjadi daya tarikan di sepasang mata bundar milik Ilya Nasuha. Sekarang ini bagaikan ada daya magnet utara dan selatan sedang bertemu buat mata bundar dan mata hazel ini. Dengan selamba badak sumbu zoo negara itu, Isyraf Nazran terus membaringkan dirinya di karpet putih itu.

Sepasang maata hazelnya ini masih tidak lepas dari merenung wajah gebu milik Ilya Nasuha. Setiap pergerakan gadis itu diperhatinya dengan penuh minat. Namun, tiba-tiba sahaja dirinya ini bagai dijentik akan suatu rasa lantas dia terus beristighfar di dalam hatin.

'Astagfirullah Al-Adzim.'

'Apa aku fikir ni?'

Wajahnya itu diraup seraya dia membuang fikiran kotornya itu. Demi menamatkan kebisuan yang makin melanda di antara mereka berdua, dia lantas sahaja berdehem sedikit.

Deheman dari dirinya itu pantas sahaja membuatkan gadis yang sedang duduk di hadapannya itu memalingkan wajah. Pandangan mereka bertemu buat seketika tatkala gadis itu sedang merenung dirinya.

"Ada apa?" Tanyanya dingin. Keningnya turut diangkat sedikit bagi bertanyakan perihal itu. Ada apa gadis ini ke rumahnya sekarang ini?

Ilya Nasuha terus sahaja mengetapkan bibir. Entah mengapa lidahnya terasa kelu untuk membalas balik pertanyaan itu. Dirinya kini sedang merasa gemuruh kerana sedang duduk berduaan dengan remaja lelaki itu di dalam bilik ini. Jika melihatkan dari barang-barang yang dibawanya, sudah pasti remaja lelaki itu dapat menekanya. Takkan dia datang ke sini untuk berkebun atau memancing ikan pula?

Marker pen yang berada di genggaman tangannya lantas sahaja diketuknya pada karpet putih itu perlahan. Jika kuat ketukannya itu, sudah pasti dirinya ini bakal menjadi drummer jamming sebentar lagi.

"Em eerrr, ni haaa ni yang kerja Puan Suzzy bagi haritu, yang novel Tirani tu. Kan awak dengan saya satu group."

"Kita buat sama-sama, boleh tak? Sebab hari Isnin nanti kan kita nak bentang." Balasnya gugup.

Anak matanya itu juga sudah terkebil-kebil saat dirinya mula bersuara bagi membalas pertanyaan remaja lelaki itu. Mengapa dia terlalu berasa kekok sekarang ini? Adakah kerana mereka bukan di sekolah? Atau adakah kerana dia sedang berada di dalam bilik lelaki ini? Dia juga tidak pasti akannya.

"Ha, ok." Balas Isyraf Nazran.

Kepalanya turut dianggukkan tanda dia mengerti akan kata-kata gadis itu. Sejujurnya, dia sendiri sudah lupa akan kerja yang diberikan oleh guru itu kepada mereka. Mujur Ilya Nasuha kemari bagi menyelesaikan kerja itu bersama.

Kertas mahjong yang sedari tadi berada di pegangan tangannya terus sahaja dibentangkan di hadapan mereka berdua. Kemudian, dia mengeluarkan segala peralatan yang diperlukan dari bekas kotak pensel yang dibawanya bersama. Pensel, pemadam, pen, maker pen, dan pembaris dikeluarkannya dari bekas kotak pensel itu.

'Ehh, mana pergi pembaris?

'Alamakk.'

'Takkan tertinggal pembaris kot?!'

Ilya Nasuha gelisah. Dia terus menggaru kepala yang tidak gatal itu. Beg yang turut dibawanya sebentar tadi diselongkarnya pula. Dan ternyata beg itu juga kosong dan tidak punya apa-apa. Buku-buku rujukan dan buku teks Tirani kepunyaannya diselaknya pula helaian demi helaian bagi mencari pembaris itu, namun masih juga tiada. Kemana perginya dirimu, wahai pembaris?

Isyraf Nazran hanya memerhati gelagat gadis itu sepi. Dia hairan dengan apa yang dicari oleh gadis itu sedari tadi.

"Kau cari apa?"

Ilya Nasuha terus sahaja tayang sengih saat pertanyaan itu diutarakan padanya. Kepalanya masih digarukan lagi bagi menutupi kealpaan dirinya.

"Lupa bawa pembaris."

DIA SI PEMBEKU CINTA : COù les histoires vivent. Découvrez maintenant