DSPC : 59

20K 1K 10
                                    

Mata tua itu memerhatikan kediaman lamanya dengan penuh ralit. Sesekali terimbas kembali kenangan lalu di ruang pemikirannya. Hatinya sedikit tercuit akan kenangan itu namun akalnya melarang untuk mengungkap kata rindu.

Pintu agam rumah dua tingkat itu dikuaknya dari luar. Dengan tidak semena-mena pintu itu terbuka luas seperti sedang mengalu-alukan kehadiran dirinya. Sebaik tak ada karpet merah ditaburi bunga mawar. Langkah kakinya itu terus sahaja dimajukan ke ruang tamu. Sesekali matanya melilau mencari sosok tubuh bekas isterinya itu.

"Kau memang cuai Sherlina."

"Kau langsung tak belajar dari kesilapan."

Tan Sri Syamreez sudah tertawa sinis mengenangkan kealpaan bekas isterinya itu. Mengapa wanita itu langsung tidak mengambil iktibar dan belajar dari kesilapannya? Disebabkan wanita itu tidak mengunci pintu rumah lah, anak mereka, Isyraf Nazran telah menjadi mangsa pergaduhan mereka tempoh hari. Disebabkan wanita itulah anak mereka terpaksa menerima jahitan akibat luka di tangan kanannya.

Langkah kakinya semakin dimajukan ke ruang tamu pula. Anak mata tuanya merenung ruang tamu itu penuh asyik. Masih sama kedudukan semuanya kecuali cat rumah ini sahaja yang sudah bertukar putih keseluruhannya.

"Semua masih sama, macam waktu kita semua bersama dulu. Apa kau masih tak mampu untuk move on dari penceraian kita ke Sherlina?"

Bingkai gambar yang berada di atas almari meja itu diambilnya. Wajah Isyraf Nazran saling tidak tumpah dengan dirinya satu tika dahulu. Bingkai gambar itu diletakkannya semula. Kini gambar keluarga pula diambilnya. Yang ada hanya gambar bekas isterinya dan Isyraf Nazran. Dirinya tiada. Sedang dia leka dibuai rasa, seseorang telah menyergahnya dari belakang dengan lantang. Perlahan-lahan tubuh tuanya itu dibalikkan sambil tersenyum sinis.

"Apa kau buat kat rumah aku?!" Tengking Aunty Sherlina kuat. Pisau yang berada ditangannya lantas sahaja diacukan tepat kearah lelaki itu.

Tan Sri Syamreez pantas mengangkat kedua tangannya lagak seperti seorang pesalah. Eh, memang pesalah lah kan jika masuk rumah orang tanpa meminta izin? Bukan ini sudah dikira menceroboh ke? Kalau report polis, confirm polis cop kau ini pencuri yang cuba untuk memecah masuk rumah orang.

"Siapa bagi kau masuk, hah?!" Aunty Sherlina menjerkah kuat. Tangannya yang masih setia memegang pisau itu semakin dieratkannya. Jika hari ini akan berlaku pertumpahan darah di antara mereka, dia sudah bersedia.

"Sherlina rumah kau rumah aku juga. Kunci ada dalam simpanan aku. Bukan susah nak masuk rumah kau lagipun tadi kau lupa nak kunci pintu." Sinisnya dalam membalas kata bekas isterinya itu.

Masakan dia tidak tahu, bekas isterinya itu sering kali lupa untuk mengunci pintu. Dahulu sewaktu mereka masih bergelar suami dan isteri, hanya dirinya sahaja yang akan beringat untuk mengunci pintu. Entah mengapa, kenangan itu sempat pula menjengah fikirannya buat seketika.

Aunty Sherlina cuba memberanikan diri. Beberapa langkah dimajukan agar setara dengan keberadaan lelaki itu. Pisau yang berada di tangannya masih setia diacukan walaupun tangan tuanya sudah seperti terkena penyakit kronik parkinson. Kali ini, pisau tajam berkilat itu diacukan pula tepat ke arah dada malah tepat lagi ke arah jantung milik lelaki itu. Setangkai jantung yang tiada sekelumit rasa belas ihsan pada zaman mudanya.

"Sherlina aku datang cara baik. Jadi layan aku dengan baik, okay?" Tan Sri Syamreez cuba berlembut. Pisau yang sudah rapat di dadanya itu cuba ditolaknya agar menjauh. Terasa seperti mata pisau yang tajam itu seakan sudah mencucuk sedikit dadanya.

"Masuk pun tanpa izin itu kau kata baik?!" Suara bekas isterinya itu sudah naik lagi tinggi seoktaf. Memang benar apa yang diperkatakannya tika itu, jika lelaki ini berkata bahwa dirinya itu datang secara baik, bukan dengan cara menceroboh seperti ini.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now