DSPC : 54

21.9K 1.2K 22
                                    

Pepohon hijau yang merimbun itu sesekali meredupkan suasana hutan yang mula membahang. Kitaran fotosintesis sedang berlaku barangkali? Pancaran cahaya mentari sesekali terbias apabila terkena dedaun. Rintik peluh mula membasahi dahi. Sesekali desahan lelah terlahir pada mulut setiap para peserta. Kesemua peserta yang menyertai aktiviti jungle trekking itu masih giat meredah hutan walaupun cuaca bagai sedang berada di padang mahsyar.

"Mak ai, tingginya."

Kepalanya didongak bagi memandang ke hadapan. Anak mata hazel itu merenung seketika. Ya, yang ada hanyalah rimbunan pepohon yang menghijau. Pohon yang tinggi dan dijangka telah hidup selama 60 tahun di kawasan tapak perkhemahan ini.

Kalau abam bocey menyorok di belakang pohon ini pun, gerenti tidak akan jumpa. Cuma hendak memberikan bayangan kepada anda, betapa besarnya batang pohon itu sahaja. Dan seperti itulah yang dikatakan oleh abang yang menjadi leader di dalam aktiviti lasak itu tatkala memberikan penerbangan kepada para peserta yang sedang merentas hutan. #Al-fatihah buat beliau.

Ilya Nasuha yang berada di antara dua ahli di belakangnya sesekali dikerlingnya. Dia cuba memastikan agar keselamatan gadis itu sentiasa dalam keadaan baik. Sudahlah di belakang gadis itu adalah Risya Rinna. Mahunya Risya Rinna itu hatinya busuk, ditolaknya Ilya Nasuha hingga jatuh ke lereng bukit tidak pun gaung, bagaimana? Buat naya anak dara orang sahaja.

'Aku tak percaya sepupu sendiri.'

'Baik aku yang jaga Ilya sekarang ni.'

Dia segera berhenti dan memberikan laluan bagi dua ahlinya iaitu pelajar sekolah lain supaya mendahuluinya. Selang beberapa minit, dia akhirnya sudah berdiri berhadapan dengan Ilya Nasuha.

Risya Rinna mula tarik muncung melihatkan sepupunya yang nampaknya sedang menunggu kehadiran gadis itu. Segera Ilya Nasuha yang berada di hadapannya itu ditolaknya sekasar yang mungkin. Dia sengaja ingin membiarkan gadis itu jatuh sekaligus menjauh dari sepupunya itu.

'Padan muka kau perempuan.'

'Nak sangat perhatian Isy sangat kan?!'

'Memang elok lah mendapat.'

Ilya Nasuha tidak dapat menyeimbangkan badannya lalu dia jatuh terjelopok kesan dari tolak Risya Rinna ke atas dirinya. Risya Rinna buat tidak endah biarpun banyak mata-mata yang sudah tertumpu ke arahnya tika itu. Dengan muka yang tidak bersalah, dia terus menerpa ke arah Isyraf Nazran sambil mengaduh sakit. Dia sengaja membuatkan situasi sekarang ini seperti Ilya Nasuha yang berlanggaran dengannya sebentar tadi.

"Aduh Isy, sakitnya I."

"Dia langgar I, sampai I terjatuh kat you."

Isyraf Nazran geram. Perilaku sepupunya itu memang seperti di dalam jangkaannya. Jangan sampai dia yang campak sepupunya itu ke gaung baru hendak molek sikit perangai itu. Risya Rinna yang makin menghampirinya segera ditolaknya supaya menjauh. Dengan pantas dia terus menerpa ke arah Ilya Nasuha.

Riak wajah Ilya Nasuha sudah berubah kerut menahan perit. Rintik peluh mula membasahi dahinya. Pergelangan betis kanan itu dipegangnya erat. Darah merah likat terhambur keluar dari celahan betis yang terseret dek batu sebentar tadi. Seluar sukan miliknya itu juga sudah terkoyak besar sehingga menampakkan sedikit betis gebunya.

'Gulpp , istighfar Isy istighfar, ingat Tuhan!'

Bandana headband yang sentiasa kemas terikat di kepalanya itu segera dileraikan lalu dilipatkannya kecil. Dengan pantas, betis gadis itu yang masih berdarah dibalutnya bagi mengurangkan sedikit pengaliran darah yang keluar. Gadis itu segera dipapahnya agar bangun dan berjalan beriringan dengan dirinya.

'Tahan sayang, kau kuat!'

"Saya okay, saya boleh jalan sendiri."

"Terima kasih tolong saya, Isy."

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now