DSPC : 3

51.5K 2.4K 29
                                    

Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Derapan kaki masih setia melangkah mencari kelibat orang yang menanti. Roda beg bagasi itu diseret oleh Ilya Nasuha penuh setia membuntuti langkah Puan Amelia, mamanya yang sedang berada di hadapannya.

Setiap figura manusia yang makin memenuhi mercu tanda kemegahan Malaysia itu menjadi santapan retina mata mereka berdua. Namun, wajah yang dicari oleh mereka masih belum muncul tiba. Ayah dan abangnya itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka semula.

Kata Encik Imran, dia tidak boleh berlama dan menunggu anak dan isterinya itu sehingga berlepas ke Langkawi kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan dengan kadar segera. Walaupun berat hatinya untuk pulang sebentar tadi, dia hanya mampu menitipkan doa agar perjalanan anak dan isterinya itu selamat ke destinasi percutian mereka.

"Mama oh mama.." Panggilnya perlahan. Beg bagasi yang setia diseretnya sedari tadi terhenti selari dengan langkah kakinya ini.

"Suha dah tak larat nak tawaf satu KLIA ni semata-mata nak cari kawan mama. Cuba mama call dia?" Cadangnya pada mama. Jujur, kakinya ini sudah mengigil tahap parkinson dan dia tidak mampu untuk berjalan lebih lagi.

Mama yang berdiri berhadapan dirinya sudah mengukir sengih. Dia hanya mampu menggeleng kepala akan telatah mama. Hendak marah berlebihan, mama itu adalah syurganya kerana syurga itu terletak di bawah kakinya. Dia kembali menayang senyum pada mama bagi menutup amarahnya.

"Mama tak terfikir pun nak call dia. Bagi mama masa kejap ya sayang." Telefon bimbit yang berada di dalam beg tangan itu dicapainya. Ruangan pemanggil ditekan lantas dia mencari nombor rakan karibnya itu lalu ditelefonnya. Tidak selang beberapa minit, talian telefon itu bersambung.

"Assalamualaikum Lina. Awak kat mana? Awak, awak kat mana?"

Kedengaran tawa besar dari hujung talian itu sebelum menyambut salamnya. Sungguh dirinya ini tidak menyangka bahwa rakannya itu sempat berloyar buruk dengannya di hujung talian. Bagaimana rakannya itu boleh terfikir untuk mengusik dirinya dengan bernyanyi lagu itu?

"Waalaikummussalam Lia. Cuba kau pusing belakang."

Segera talian telefon itu dimatikan oleh Puan Amelia. Dia terus sahaja berpusing ke belakang seperti apa yang diperintahkan oleh rakannya itu padanya sebentar tadi. Kelibat rakannya itu yang sedang melambai tangan kearahnya membuatkan dia tersenyum lebar. Dia juga turut membalas lambaian rakannya itu.

Langkah kakinya terus sahaja meluru laju pada rakannya itu. Akibat terlalu gembira dan teruja, Puan Amelia telah lupa akan beg bagasi yang dibawanya sebentar tadi. Mahu atau tidak, Ilya Nasuha terpaksa mengerahkan tenaganya bagi menyeret beg bagasi milik mama dan dirinya agar merapat pada mamanya itu.

"Lina rindunya aku kat kau."

"Aku pun rindu kau juga, Lia."

"Tak sangka kan, kita dua dapat spent time masa holiday kita dengan anak-anak. Betul lah Lia, Allah sebaik-baik perancang."

Kedua si ibu yang sedang berdrama hanya direnung oleh Ilya Nasuha dan remaja lelaki di belakang Aunty Sherlina, rakan mamanya itu. Kedua si ibu itu saling berpelukan mesra sambil mencium kedua belah pipi bagi melampiaskan rasa rindu yang menggunung di dalam diri.

Walaupun pertemuan ini begitu singkat, mereka kembali teringat akan memori lama sewaktu mereka berdua masih di zaman muda remaja. Jika hendak diingat kembali, mereka berdua sudah berkawan sejak dari bangku sekolah lagi.

Segala kisah pahit, manis, suka, duka, tawa, bahagia sudah sebati di dalam diri mereka ini. Namun begitu, perhubungan persahabatan mereka berdua terputus setelah mendirikan rumah tangga. Namun aturan Allah itu begitu indah sekali, mereka berjumpa kembali ketika menunaikan haji di Makkah Al-Mukarramah.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now