DSPC : 23

26.6K 1.4K 20
                                    

Tempat duduk Isyraf Nazran yang bersebelahan dengan tempat duduknya itu dikerling oleh Ilya Nasuha lagi. Kemanakah pelajar lelaki itu pergi sekarang ini? Tidak tahukah dirinya waktu belajar sudah tiba? Kenapa pelajar lelaki itu masih lagi tidak masuk ke dalam kelasnya ini? Fikirannya kini makin jauh melayang memikirkan perkara negatif yang bakal dilakukan oleh pelajar lelaki itu.

'Isy dengan Risya Rinna lagi ke?'

'Lama betul Isy pergi?'

'Takkan Isy berdua-duaan kot dalam bilik kesihatan tu?!'

'Astagfirullah Al-Azim.'

Fikirannya sudah jauh melalut memikirkan segala kemungkinan yang bakal berlaku.

Adakah pelajar lelaki itu sedang berdua-duan bersama Risya Rinna di dalam bilik kesihatan itu? Bukankah tatkala berdua akan ada yang ketiga iaitu syaitan minzalik?

Atau, lebih parah lagi, adakah pelajar lelaki itu sedang melayani perasaan kasihnya bersama Risya Rinna? Mana mungkin pelajar lelaki itu akan jatuh cinta pandang pertama hanya dengan melihat gadis itu bermain tennis di gelanggang tennis sebentar tadi.

Atau sebenarnya pelajar lelaki itu sedang ditimpa musibah yang teruk? Musibah apa pulak yang kau mengarut ni, wahai Suha?

Kepalanya itu terus digelengkan bagi menidakkan kata-kata dari otaknya. Dia tahu, Isyraf Nazran bukan lelaki begitu. Tapi otaknya ini sengaja hendak overthinking perkara yang bukan-bukan.

"Suha, kamu terkena sawan ke?"

"Tergeleng-geleng tak tentu pasal ni?"

Tegur guru mereka, Cikgu Zarul yang ketika itu sedang ingin memulakan pembelajaran di dalam kelas 1-4. Melihatkan pelajarnya yang sudah tergeleng-geleng sendirian itu, sedikit sebanyak mula membimbangkan dirinya.

Ilya Nasuha terpempan saat mendengar teguran guru lelaki itu pada dirinya. Bibirnya terus sahaja diketap perlahan, dia malu. Dia terus menayang sengih buat semua mata yang memandang ke arahnya sekarang ini. Entah mengapa dirinya sekarang ini sedang merasakan bahwa seisi kelasnya itu sedang memberi pandangan yang cukup jelik padanya.

"Maaf cikgu." Tuturnya perlahan. Dia terus menundukkan kepalanya, tanda malu yang masih bersisa. Mejanya itu terus direnungnya lama. Dia tidak berani untuk bertentangan mata dengan rakan-rakan sekelasnya itu.

"Cikgu, dia jadi sawan macam tu sebab mamat sebelah dia tu hilang!"

"Tu tak tentu arah jadinya." Jerit seorang pelajar perempuan yang dikenali sebagai Sya. Sya kelihatan sudah tersenyum mengejek pada Ilya Nasuha yang sudah terkedu memandangnya. Mengapa gadis ini tiba-tiba sahaja hendak berkata begitu pada dirinya?

"Betul ke ni Suha?" Tanya Cikgu Zarul dengan sengihan lebar di bibirnya. Anak didiknya itu direnungnya lama sebelum dia membuang pandang kepada pelajarnya yang lain.

"Tak betul." Ilya Nasuha segera menafikan. Sya yang sedang memandang dirinya sudah menjulingkan mata, tanda menyampah. Ingin sahaja Ilya Nasuha mengorek biji mata gadis itu sekarang ini.

"Alah biasa lah. Umur-umur kamu ni memang tengah gatal merenyam nak cinta cintun ni semua."

"Cikgu pun macam tu dulu." Kata Cikgu Zarul sambil tertawa kecil.

Buku Matematik tingkatan 5 yang dipegangnya itu dibelek lagi dan lagi. Namun dia tidak memulakan pengajaran sebaliknya dia terus membuka al-kisahnya semasa dia juga berumur belasan tahun seperti anak didiknya yang berada di hadapan matanya.

'Hah sudah, Cikgu Zarul nak buka hikayat cinta dia 17 tahun yang lalu.'

Cikgu Zarul terus tenggelam bersama kenangan persekolahannya sewaktu tika dahulu. Dari satu cerita ke satu cerita mula dikupasnya. Anak didiknya itu terus tekun mendengar ceritanya. Paling seronok apabila seorang cikgu mula merapu sampai lupa hendak mengajar, bukan? Am i true wahai warga readers sekalian?

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now