DSPC : 86

26.8K 1.4K 35
                                    

Air mata jernih milik Ilya Nasuha laju sahaja jatuh mengalir membasahi pipi gebunya. Senyuman Isyraf Nazran terus sahaja menyapa ruang matanya. Bibirnya sedari tadi tidak mampu untuk menguntum senyum kerana dia terlalu sebak dengan apa yang terjadi saat ini. Kenapa lelaki itu boleh sahaja tersenyum manis sedangkan dirinya sekarang ini sudah seperti dilanda ribut taufan? Segala macam masalah hadir di dalam hidupnya namun senyuman gembira tetap terlayar di wajahnya.

"Kau masih Ilya yang dulu."

Ucap Isyraf Nazran sebelum dia kembali hilang dicelah-celah kegelapan.

Ilya Nasuha terkedu. Matanya melilau bagi mencari lelaki itu di segenap inci dewan tersebut. Namun pandangannya terbatas kerana dia berada di dalam kegelapan. Baru sahaja punggungnya hendak diangkat untuk berlalu pergi, skrin layar besar itu kembali bercahaya semula. Kini tiada sebarang kata yang mampu diluahkannya. Hanya rasa kosong yang semakin menghambat jiwa dan raganya.

"Isy?"

"Isy mana awak pergi?"

"Jangan tinggalkan saya."

Skrin layar itu kembali bercahaya dengan gambar lelaki itu! Ya, gambar pertama yang dipotretkan olehnya sendiri. Gambar Isyraf Nazran yang sedang tersenyum manis menuju ke arah mamanya dihadapan sebuah rumah lama ketika di makam Mahsuri. Gambar yang menjadi saksi pertemuan pertama mereka. Gambar yang menjadi bukti segala babak cinta remaja mereka suatu ketika dulu. Gambar sewaktu mereka sedang di kembara cinta.

Mesti dalam fikiran kau, macam mana aku boleh dapat gambar ni? Sedangkan gambar ni ada dalam camera kau. Chill okay, ni Isy. Apa dia nak dia akan dapat. Just tunggu dan layan.

Suara serak basah lelaki itu ketika dia di zaman remaja bergema hebat. Fikiran Ilya Nasuha cukup terganggu akan layar bercahaya yang sedang terlayar ketika ini. Waktu bilakah lelaki ini merancang video sebegini buat dirinya? Mana mungkin sewaktu mereka sedang bersama di alam persekolahan dulu? Mana mungkin sewaktu mereka sedang hangat bercinta beberapa hari itu?

Kali ini terpampang pula gambar-gambar mereka berdua bersama ketika zaman remajanya dan juga semasa di kembara cintanya. Gambar sewaktu mereka di dalam kereta kabel dan gambar sewaktu mereka menghabiskan masa dengan keluar bersama rakan-rakannya. Besar gambar tersebut memenuhi skrin layar dihadapannya.

Anak mata Ilya Nasuha masih tidak berkalih dari terus menerus merenung skrin layar itu. Fikirannya sudah tidak teringat untuk mencari keberadaan Isyraf Nazran lagi. Dengan alunan piano yang mendamaikan telah membuatkan perasaannya ini semakin terbuai dan terbuai. Dia seronok melihat lelaki itu sedang mengupas dan memperjelaskan satu per satu perkara kepada dirinya di dalam video itu.

Masih ingat? Kali pertama aku dapat tahu kau rupanya seorang yang gayat. Aku cuba untuk menemani dan memberi semangat.

Aku duduk bersama di atas lantai kereta kabel hingga kereta kabel yang kita naiki berdua berhenti ke destinasi yang seterusnya.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now