DSPC : 20

28.8K 1.4K 13
                                    

Puan Suzzy melewati setiap meja pelajarnya yang sudah membentuk kumpulan itu satu per satu. Gulungan kertas mahjong yang berada di genggamannya itu dieratkan agar tidak terlerai jatuh. Setiap satu kumpulan itu diberikannya tugasan yang berbeza untuk digunakan oleh anak didiknya nanti pada lain waktu ketika pembelajarannya berlangsung.

"Kumpulan 9 buat novel Tirani tentang latar masyarakat, latar masa, dan latar tempat. Jangan lupa letak contoh sekali okay?" Puan Suzzy menyerahkan kertas mahjong putih yang dipegangnya pada Isyraf Nazran.

"Aaaa apa tadi cikgu? Cepat sangat cikgu, tak sempat saya nak salin." Sufi Nadiya sudah tersengih pada Puan Suzzy. Segera diambil sekeping kertas, ingin mencatit apa yang guru pelajaran Bahasa Melayu itu inginkan.

"Latar masyarakat, latar masa dengan latar tempat lah panda. Itu pun kau tak dapat ke?"

Kata-kata dari Zariff Isaac menyebabkan Sufi Nadiya menjeling lelaki itu dengan tajam. Penumbuk dikepalnya seraya dia ingin acukan pada lelaki itu. Namun tingkahnya terus dia pendam tatkala wajah Puan Suzzy bermain di ruang mata. Tunggu kau nanti cicak kobeng, memang lumat kau aku kerjakan!

Isyraf Nazran pantas menyambut huluran kertas mahjong dari guru wanita itu. Gulungan kertas mahjong yang berada di pegangannya terus sahaja diletakkannya ke atas meja. Tiada sepatah kata terima kasih atau anggukan kepala pun yang berjaya diungkapkan olehnya. Dia sebaliknya kembali memeluk tubuhnya seraya merapatkan badannya di bangku itu.

Puan Suzzy tidak betah untuk berlama di dalam kumpulan itu. Dia terus berlalu pergi untuk menuju ke kumpulan yang seterusnya.

"So, siapa nak buat? Aku taknak sebab tulisan aku buruk." Kata Sufi Nadiya dengan kepala yang digelengkan. Dengan pantas dia menolak kerja itu.

Jika dia yang dipaksa untuk menulis di atas kertas mahjong itu, pasti tulisannya nanti tidak bakal difahami oleh rakan sekelasnya ini dek kerana tulisannya yang persis cakar ayam. Kertas mahjong yang berada berhampirannya itu ditolak agar menjauh.

"Alah panda, kata je lah yang kau sebenarnya malas nak buat. Tulisan buruk konon." Sampuk Zariff Isaac seraya memerli.

Bukan dia tidak tahu, Sufi Nadiya itu sebenarnya malas sahaja. Sebab itulah alasan tulisan buruk itu sengaja direkannya agar dirinya tidak terkena untuk menulis di atas kertas mahjong itu.

"Ehh cicak kobeng aku tak cakap dengan kau lah!" Sufi Nadiya membentak.

Dia pantas sahaja mengangkat tangannya seperti mahu menumbuk Zariff Isaac yang sudah tertawa akan dirinya. Kalau sekali makan penumbuknya ini, mahu lunyai badan kurus kering lelaki itu. Jangan berani mencabar kemarahan 'seorang' panda.

"Dah lah tu. Kerja bergaduh je korang berdua ni, kang berjodoh berdua baru tau." Kata Ilya Nasuha seraya tergelak kecil.

Dia segera meleraikan pergaduhan itu sekaligus memainkan peranan sebagai cupid tidak bertauliah. Bukan apa, mereka berdua ini gemar sangat bergaduh risau pula besar nanti berjodoh.

"Eeii, tak nak aku!!"

Kata mereka berdua serentak. Sempat lagi keduanya mendengus di akhir kata mereka. Mungkin masing-masing sedang melampiaskan rasa marah dan rasa tidak ingin untuk dijodohkan bersama.

"Ha tengok tu, kata pun serentak tak ke sehati sejiwa?" Ilya Nasuha menyakat lagi. Kali ini dirinya sudah tersenyum sumbing melihatkan kedua-dua telatah rakannya itu. Siapa sangka, mereka inilah yang sering menghiburkan dirinya sepanjang dia berada di dalam kelas 1-4 ini.

"Huh!"

Sufi Nadiya dan Zariff Isaac sudah memalingkan wajah mereka. Yang seorang ke kiri manakala yang seorang pula ke kanan. Perlakuan mereka sekarang ini sudah diibaratkan seperti musuh ketat seperti negara Korea Utara dan Korea Selatan. Mujur sahaja tiada senjata, kalau tidak sudah pasti kedua mereka ini sedang bertempur.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now