DSPC : 30

27.4K 1.5K 40
                                    

Golden Screen Cinemas, Movie.

Tiket wayang yang dibeli akhirnya bertukar tangan. Bertih jagung dan air pelbagai perisa setia berada di genggaman masing-masing. Kini, mereka semua sedang menunggu agar pintu panggung wayang bernombor lapan itu dibuka.

Abang yang sedang menjaga jalan untuk ke bilik panggung wayang itu dikerling oleh Ilya Nasuha sekilas. Walaupun hanya menjaga laluan, badannya yang tegap dan sedang berdiri tegak itu tidak ubah seperti tugu negara. Jika abang itu sarung senapang, dirinya itu pasti sudah serupa askar wataniah yang sedang menunggu untuk membedal penjenayah.

'Bukan main besau lagi otot tangan kau bang.'

'Macam ada yis kat tangan!'

Sempat lagi dirinya ini mengutuk di dalam hati. Dia bukan apa, dia sebenarnya sedang takjub melihat tangan sasa itu. Isyraf Nazran yang berada jauh darinya dikerlingnya pula. Boleh tahan juga biceps remaja lelaki itu, saing-saing abang ini.

'Ni kalau kena kepit dengan biceps si Isy, boleh innalillah on the spot!'

Anak mata hazelnya itu meredup pandang pada Ilya Nasuha. Setiap tingkah gadis itu diperhatikannya sedari tadi. Gadis itu kelihatan seperti sedang ralit merenung skrin televisyen yang sedang menayangkan waktu untuk tayangan wayang bermula. Pandangan yang sedari tadi terarah pada gadis itu dialihkannya pula bagi memandang rakan-rakan yang lain.

Dalam Ilya Nasuha sedang leka memerhati skrin televisyen yang bercahaya itu, tiba-tiba bahunya dicuit oleh seseorang.

'Isy ke?'

'Tapi kenapa Isy cuit-cuit begini?'

Dia segera berpaling memandang si empunya tangan yang mencuit dirinya sebentar tadi. Pandangannya itu terus sahaja berlaga dengan pandangan lelaki yang membelakangkan dirinya itu.

"Hai Ilya?" Sapa lelaki itu pada dirinya.

Riak wajah Ilya Nasuha serta-merta berubah kerut tatkala dirinya disapa oleh remaja lelaki itu secara tiba-tiba. Jika dilihatnya dengan mata kasar, remaja lelaki itu mungkin sebaya dengan dirinya ini. Tapi mengapa wajah itu seperti familiar di ruangan mata? Dia sepertinya pernah berjumpa dengan mamat berwajah jambu batu ini, tetapi di mana ya?

'Lelaki ni siapa?'

'Macam mana dia boleh tahu namanya?'

'Nama Ilya, Isy sahaja yang boleh panggil.'

Wajahnya yang berkerut itu membuatkan remaja lelaki di hadapannya ini sudah tersenyum simpul.

"Lupa ya?"

"Saya Rian Harriq yang kat ice rink tadi."

Ilya Nasuha hanya mengangguk saat dia mula teringat kembali akan kejadian semasa dia di gelanggang ais rink tadi. Maknanya, remaja lelaki inilah yang gatal hendak tackle dirinya sebentar tadi di hadapan Isy? Senyuman lantas sahaja meniti di bibirnya pada lelaki itu tanda dia cuba untuk berbasa basi.

'Muka sudah lah macam buah jambu batu, ada hati nak ngorat aku.'

'Pirahhhh! Isy berjuta kali ganda ganteng dari lo!"

Anak matanya terus melilau mencari kelibat Isyraf Nazran. Dia tidak betah untuk berlama dengan remaja lelaki itu. Dia sangat tidak selesa. Dia ingin cepat-cepat berambus pergi dari situasi ini dengan kadar segera.

"Ada nombor telefon tak?" Tanya lelaki itu lagi.

Telefon bimbit yang berada di poket seluarnya itu segera dicapai lalu dikeluarkan. Jemarinya laju sahaja menekan ruangan pemanggil agar dia mudah menyalin nombor telefon milik gadis itu. Lagaknya kini seperti mahu masuk jarum.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang