DSPC : 46

22.9K 1.2K 26
                                    

"Selamat sejahtera buat semua pelajar. Pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ini akan diadakan kem perkhemahan perdana bagi sekolah kita. Kem kali ini, saya hendak semua pelajar sekolah ini berikan komitmen yang baik."

"Oleh itu, kesemua unit beruniform sekolah perlulah menghantar anak buah masing-masing dalam bilangan 20 orang pelajar dalam satu unit."

"Tapi saya minta form 4 dan form 5 wajib untuk menghadirkan diri bagi mengumpul markah kokurikulum kamu."

"Tidak lupa jua, perkhemahan kali ini akan diadakan di luar sekolah."

Kata guru unit kokurikulum iaitu Puan Aminah dengan lantang semasa sesi perhimpunan berlangsung.

"Sesiapa yang berminat boleh menghantarkan nama pada ketua kumpulan uniform kamu."

"Ketua bagi setiap unit beruniform perlulah melengkapkan ahli mereka seramai 20 orang sebelum menyerahkan borang ahli yang menyertai kepada saya."

"Bayaran kem perkhemahan ini hanya 50 ringgit seorang."

Kesemua pelajar SMK Putera Mirzan Shah itu hanya diam mendengarkan perkara yang disampaikan oleh Puan Aminah.

Ada segelintir daripada mereka yang nampak seperti berminat untuk menyertai kem perkhemahan itu dan ada juga yang seakan tidak ambil pusing langsung dan buat tidak peduli sahaja akan apa yang diperkatakan oleh guru unit kokurikulum itu. Bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja.

"So ada apa-apa soalan yang hendak ditanyakan pada saya?"

Puan Aminah berjeda buat seketika. Dia menunggu pertanyaan dari pelajarnya itu tentang kem perkhemahan ini. Mungkin ada isi hati yang hendak disuarakan oleh para pelajarnya pula.

"Kenapa sampai 50 ringgit cikgu? Mahal sangat tu!" Tanya seorang pelajar lelaki yang sedang menopang dagu memandang Puan Aminah yang berada di hadapannya.

"Sebab kita buat di luar sekolah. Banyak modal diperlukan untuk kem ini. Makan, minum, tempat tinggal, bas apa semua."

"Takkan nanti kita hendak bayar gunakan pasir atau daun kering pula?"

"50 ringgit dah cukup berbaloi bagi saya."

Pelajar lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. Entah mengapa pedas betul percakapan cikgu perempuan ini apabila mahu menghentam orang. Terasa bagai termakan cili api sahaja tatkala mendengarkan percakapan lepas guru perempuan itu.

"Bas ada aircond tak? Kang panas tak best ah cikgu. Ambil bas yang mahal sikit baru ngamsoi."

Puan Aminah sudah menjegilkan matanya memandang pelajar lelaki yang lain pula. Kedua belah tangannya sudah dicekak pada pinggangnya. Gayanya kini sudah seperti emak-emak hendak memarahi anak mereka tatkala lewat pulang ke rumah kerana bermain bola sehingga waktu senja.

"Awak sewa bas sendiri kalau nak yang perfect, ada aircond segala. Nanti naik je bas yang sedia ada, jangan banyak bunyi."

"Kalau nak banyak bunyi jugak, baik awak yang sponsor bas untuk pelajar-pelajar lain sekali."

Pelajar lelaki itu hanya tersengih lalu menayangkan baris giginya yang tersusun rapi dan putih bersih itu. Duit RM50 sahaja dia sudah terkial-kial dan terketir-ketir tulang lutut untuk meminta pada ayahnya, masakan dia ada duit yang banyak untuk menyewa bas pula.

"Kalau form 4 dan 5 taknak ikut?" Tanya pelajar perempuan selaku ketua bagi pasukan unit beruniform Kadet Polis. Gadis itu kelihatan sudah bersedia untuk mencatit apa yang bakal dikatakan oleh Puan Aminah di dalam buku nota 555 di pegangannya.

"Paksa sedaya mampu. Kalau dia berkeras, biarkan dia." Kata Puan Aminah sekaligus memberikan kata putus. Jika mereka tidak mahu, biarkan sahaja. Markah kokurikulum jika sedikit, jangan ditanya kenapa. Sudah diberikan peluang sebegini, salah sendiri lah kerana tidak memanfaatkan sebaiknya.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now