DSPC : 60

23K 1.2K 100
                                    

Matahari yang sedari tadi memancarkan sinar nan terik mula membenamkan diri. Sinar jingga sedang terlakar mewarnai dada langit. Senja di dada langit biru itu lama-kelamaan mula bertukar warna ungu. Malam pula sedang mengambil tugasnya. Seperti kebiasaannya, apabila waktu malam menjelma akan diadakan pula aktiviti malam. Kem bukan? Satu masa pun tidak akan tertinggal dengan pelbagai aktiviti.

Pada waktu petang, hanya aktiviti biasa-biasa sahaja yang dilakukan oleh mereka semua. Mereka hanya mempelajari tepuk-tepuk semangat dan sedikit aktiviti memanaskan badan. Yang pentingnya, tidak ada suatu kem pun yang mempelajari tepuk amai-amai belalang kupu-kupu, tepuk adik pandai yeayyyy authors belanja susu dutchlady seorang satu.

Apabila sedang mempelajari tepuk-tepuk semangat, pelajar perempuan bukan main lagi hentak dada, tepuk tangan, hentak kaki kuat-kuat kerana terlampau teruja akan abang-abang fasilitator yang mengendali. Para pelajar lelaki pula hanya mempelajari tepuk-tepuk semangat itu dengan sambilewa sahaja diiringi dengan kakak-kakak fasilitator yang garang menyinga. Saat itu terasa bagai di api neraka buat mereka semua.

'Perlu ke tepuk-tepuk semangat ni?'

'Lagi tak bermaya dibuatnya ada lah.'

Ilya Nasuha mengerling Isyraf Nazran yang berada bersebelahannya. Riak wajah remaja lelaki itu tampak lebih tenang dari sebelumnya. Mungkin Isyraf Nazran sudah baik dari api cemburu yang membakar hatinya sebentar tadi?

Dia berdehem sedikit, cuba untuk meraih perhatian remaja lelaki itu, namun hampa. Remaja lelaki itu tidak sedikit pun menoleh memandang dirinya. Bahu sasa remaja lelaki itu pula ditepuknya lembut bagi mengalihkan pandangan remaja lelaki itu agar memandang dirinya.

"Awak marah saya ke?"

Isyraf Nazran berpaling memandang Ilya Nasuha. Namun begitu dia hanya selasa untuk mendiamkan dirinya sahaja daripada membalas pertanyaan gadis itu. Pandangannya kini hanya tertumpu pada sepasang anak mata bundar milik gadis itu. Anak mata gadis itu ditatapnya lama bagi mencari kebenaran.

"Awak? Kenapa diam?"

"Kalau diam, maknanya awak iya kan tau."

"Jadi betul lah awak marah saya?'

Isyraf Nazran pantas menggelengkan kepalanya tanda tiada apa. Pandangannya terus dikalihkan semula bagi memandang hadapan. Tangannya sudah dilunjurkan ke belakang lalu ditongkat bagi menampung badannya pula.

"Kalau awak tak marahkan saya, kenapa awak taknak cakap dengan saya langsung?"

Ilya Nasuha sahaja hendak menduga. Jika remaja lelaki itu tidak marah akan dirinya, kenapa dia lebih memilih untuk diam daripada bersuara? Kelakuan remaja lelaki itu yang berubah dingin secara tiba-tiba juga memang menampakkan lagi yang remaja lelaki itu sedang marah terhadap dirinya.

"Sebab aku takut."

Ilya Nasuha pelik. Mukanya sudah berkerut memikirkan maksud daripada apa yang diperkatakan oleh remaja lelaki itu sebentar tadi. Remaja lelaki itu takutkan apa sebenarnya? Apa yang membuatkan dirinya takut? Dia semakin keliru.

"Awak takutkan apa?"

Pertanyaan dari Ilya Nasuha makin membuatkan Isyraf Nazran sedikit hampa. Masakan gadis itu masih tidak boleh berfikir apa yang sedang ditakutinya tika ini? Nafasnya dihelakan perlahan sebelum dia mengumpulkan kekuatan untuk kembali bersuara.

"Aku takut kau akan layan aku sebagai kawan lagi."

Kata-kata yang keluar dari mulut Isyraf Nazran sebentar tadi pantas membuatkan dirinya terdiam tika ini. Hatinya mula terusik apabila dia menyedari akan kesilapannya itu. Sungguh, dia tidak menyangka bahawa remaja lelaki itu akan mendengar perbualannya bersama Ikram petang tadi.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now