DSPC : 15

31.2K 1.5K 8
                                    

Isyraf Nazran memasuki perkarangan rumah agam dua tingkat itu, dengan motorsikal RXZ yang kuat menderum. Motorsikalnya itu segera diparkirkan. Tongkat ditarik lalu ditongkatnya motorsikal kesayangannya itu supaya tidak jatuh.

Jika motorsikal itu jatuh menyembah bumi, maka jatuh juga lah Isyraf Nazran mengkuburkan diri. Begitu besarnya kasih dia pada motorsikal yang dibelinya hasil dari duit simpanannya selama ini.

'Beli motor hasil titik peluh sendiri oi, sayang macam anak dah ni.'

Enjen yang masih berbunyi, lantas sahaja dimatikan. Kunci yang berada di motorsikal itu lantas dicabutnya pula. Kunci itu terus sahaja dimasukkan ke dalam kocek seluar jeans yang dipakainya. Setelah puas membazirkan masa dengan meronda di kawasan perumahan barunya itu, akhirnya dia kembali pulang ke rumahnya semula.

Cuti hujung minggunya itu hanya dibazirkan dengan perkara seperti itu. Biarpun dia belum mempunyai sebarang kenalan di taman perumahan ini, dia memang jenis yang gemar menyendiri. Kemana sahaja dia pergi, dia selalunya sendiri. Dia gemar menghabiskan waktu bersama dirinya seorang diri.

Untuk apa dirinya ini mempunyai ramai rakan? Walaupun begitu, ingatannya mula tergamit akan rakan-rakannya yang berada di sekolah lama. Jika dia tidak bergaduh sehingga melibatkan kes polis, pasti dia tidak berjauhan dengan rakan-rakannya itu. Pasti sekarang ini dia tidak akan berpindah ke sekolah baharu dan rumah lamanya ini semula.

"Apa lah budak-budak tu buat sekarang en? Kalau tak, boleh aku lepak malam minggu."

"Takpelah Isy. Life goes on right?"

Isyraf Nazran sengaja menyedapkan diri. Jauh di sudut hati, dia masih berharap dapat bersama dengan rakan-rakannya lagi.

Helmet Arai yang berada di kepalanya, lantas dibuka dan diletakkan di atas tempat duduk motorsikal tersebut. Dia turun. Langkah kakinya mula diorak laju untuk menapak masuk ke dalam rumah. Namun begitu, langkahnya terhenti saat dia terpandang akan sebuah kereta yang begitu asing di pandangannya tika ini.

Pandangannya dikerling memandang sebuah kereta yang berjenama Audi Q7 itu dengan pandangan pelik. Mengapa kereta berjenama seperti ini berada di perkarangan rumahnya? Siapakah gerangan tetamu yang berada di dalam rumahnya sekarang ini?

Adakah mama mengajak rakannya untuk minum petang di rumah mereka? Tapi jika hendak difikirkannya, bukankah mama tidak punya ramai kawan, sama sepertinya? Jadi kereta berjenama itu milik siapa? Mana mungkin mama tiba-tiba sahaja membeli kereta itu menggunakan duit pencennya?

Beribu persoalan mula bermain di ruang minda. Dia sudah melalut jauh berfikir akan kereta berjenama itu dan siapa pemilik sebenarnya. Namun begitu, langkah kaki Isyraf Nazran masih jua setia menapak untuk masuk ke dalam rumah. Pintu utama rumah agam dua tingkat itu semakin dihampirin.

'Ada tetamu, tapi siapa?'

'Asal kereta ni macam familiar je kat mata aku? Macam pernah nampak, tapi kat mana?' Desis hatinya.

"Assalamualaikum ma."

"Isy dah balik."

Pintu rumah itu ditolaknya dengan bersahaja. Selepas selesai memberikan salam, dia kembali menapak masuk ke dalam rumah. Ruang tamu rumah itu dilewatinya. Anak matanya mengerling ke serata rumah bagi mencari sosok tubuh mamanya.

Sedang dirinya berjalan melewati ruang tamu rumah itu, langkah kakinya serta-merta kaku. Dia seakan terkedu dengan apa yang sedang didengarinya. Suara jerkahan itu datang dari arah dapur. Akan tetapi, siapa yang dijerkah oleh mamanya itu? Bukankah mereka hanya tinggal berdua sahaja di dalam rumah agam dua tingkat ini?

"Kau jantan tak guna!"

Jeritan nyaring mama menusuk masuk ke gegendang telinganya. Mama bukan sahaja menjerit malah mama turut menengking orang itu. Tapi siapakah yang dimaksudkan oleh mama sebenarnya?

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now