DSPC : 73

20.3K 1.1K 46
                                    

Persekitaran luar kondominium mewah itu diamati oleh Isyraf Nazran dengan penuh asyik. Persekitaran itu kelihatan begitu mewah di pandangan mata remaja belasan tahun sepertinya ini. Dia laju mengorak langkah membuntuti langkah kaki di hadapannya itu. Pintu kondominium bernombor 233 itu dibuka menggunakan kad yang tersedia.

Langkah kakinya terus sahaja diaturkan bagi masuk ke dalam kondominium itu. Dia terus sahaja tergamam. Deco di segenap inci kondominium mewah itu sungguh luar biasa di pandangan matanya. Berbeza sungguh dengan kediamannya dahulu bersama mama. Terasa kini, harta milik papanya bagai sedang dihempuk kearahnya.

"Semua ni aku punya ke?" Pertanyaan itu terus sahaja terpacul keluar dari bibir.

Bukan apa, dia terasa bagaikan dirinya kini sedang bermimpi di alam fantasi. Dia masih belum mampu untuk mengganggap bahawa ianya adalah satu realiti. Siapa sangka, hidupnya akan menjadi sungguh sempurna dikelilingi kemewahan yang melempah buat dirinya tatkala dia bersetuju untuk pergi pada papanya itu.

Jujur, hatinya kini berasa sungguh senang dengan kemewahan yang dikecapinya sekarang. Sewaktu duduk bersama dengan mama, banyak benda yang perlu dia usaha dengan sendirinya. Namun kini, semuanya sudah terhidang di depan mata. Dia tidak perlu lagi bersusah payah seperti dahulu. Hati remajanya sungguh girang dengan keputusan yang dibuatnya.

Tan Sri Syamreez hanya membalas pertanyaan itu dengan anggukan bersahaja.

"Kereta?"

Hati tuanya itu sudah mampu mengagak apa yang sedang bermain di minda anaknya itu. Kunci kereta yang sedari tadi berada di pegangannya terus sahaja dibaling pada Isyraf Nazran. Dengan tangkas kunci kereta itu ditangkap oleh anaknya itu.

"Kunci kereta?!"

"Ya. Ada kat bawah."

Bibirnya itu sekali lagi melukis senyum penuh makna. Dengan tidak perlu membanting tulang empat keratnya, kereta jenama Audi sudah terparkir indah buat dirinya. Sepasang mata hazelnya itu menjamah wajah tua papanya lama.

"Aku punya juga ke?"

Tan Sri Syamreez mengangguk.

"Terima kasih." Ucapnya perlahan lalu mengukir senyum tipis. Tengkuknya diusap perlahan bagi menghilangkan rasa gemuruhnya. Dia masih berasa kekok dengan lelaki tua itu walaupun lelaki itu merupakan ayah kandungnya sendiri.

"Sama-sama."

"Kalau ada apa-apa just call okay?" Jari-jemari tuanya lantas membuat isyarat telefon pada anaknya itu. Kelihatan anaknya itu hanya mengangguk tanda faham.

"Papa pergi dulu." Tan Sri Syamreez terus berlalu pergi meninggalkan anaknya. Dia tidak betah berlama kerana banyak pekerjaan yang harus diselesaikannya dengan kadar segera. Dia juga ingin memberikan ruang buat anaknya menikmati kemewahan yang sedang dilemparkannya.

Pintu kondominium milik anaknya itu terus dikuaknya dari dalam sebelum tubuh tuanya itu terus hilang dari pandangan. Akhirnya, misinya untuk mengambil satu-satunya anak lelakinya itu daripada bekas isterinya berjaya. Syarikatnya kini akan bakal berdiri kukuh kembali dengan kehadiran anak lelakinya itu sebagai pelapisnya.

Langkah kaki Isyraf Nazran diorak perlahan menuju ke koridor. Sliding door lut sinar itu ditolaknya perlahan lalu dia menapak keluar. Terbentang luas di matanya tika ini akan bangunan-bangunan tinggi yang mencakar langit. Telefon bimbit yang berada di dalam poket seluar jeansnya itu tiba-tiba sahaja bergetar lalu diseluk bagi mengambilnya. Siapa yang berani mengganggu dirinya ketika dia sedang melayan jiwa?

'Iman Naim?'

Mengapa lelaki itu tiba-tiba sahaja menghubungi dirinya? Bukankah dia dan adik lelaki itu sudah lama tidak berhubung? Malas mahu mengulas panjang, talian lantas bersambung.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now