DSPC : 67

21.3K 1K 21
                                    

Kediaman elit itu kelihatan sedikit sunyi apabila semua warganya sedang sibuk mencari harta dunia. Terlihat dari kejauhan akan sosok tubuh seorang gadis berlari-lari anak di bawah terik mentari. Sepasang kaki jinjangnya itu lebih selesa mengatur langkah menghampiri sebuah villa mewah. Kepalanya didongakkan sedikit lantas anak matanya merenung villa mewah itu lama sebelum dirinya menekan loceng.

"Ish, tak reti bukak pintu ke?"

"Dah lah panas ni!"

"So hot!!!"

Risya Rinna mulai bosan. Tangannya teramat lenguh akibat berpaut pada loceng villa itu terlalu lama. Jarinya pula sudah terasa sakit akibat tidak berhenti menekan loceng itu sedari tadi. Kemana menghilangnya orang-orang di villa ini? Takkan semua sudah terkena sumpahan pari-pari sampai jadi pekak bin badak?

Dia terus duduk sambil kakinya dilunjurkan. Terbit akan satu rasa lelah untuk dia terus berdiri di bawah terik mentari itu. Diteguk air liurnya bagi membasahkan tekak yang mula terasa mengering. Rintik peluh halus mula membasahi wajah gebunya.

Tidak selang beberapa minit, pintu pagar utama itu akhirnya terbuka dengan sendirinya. Tergejul wajah Riel di sebalik pintu pagar utama itu. Gadis itu dipandangnya dengan penuh rasa resah. Masakan tidak, dirinya tadi sedang berada di porch kereta nun di belakang sana. Dan dia terpaksa berlari seratus meter hanya untuk mendapatkan gadis itu yang sedang berada di depan villa ini.

"Asal you lambat?!"

Risya Rinna terus menjerkah kuat. Riak wajahnya itu pantas sahaja dimasamkan tanda geram. Susah sangatkah hendak membuka pintu pagar ini? Susah sangatkah lelaki itu bekerja dengan unclenya sampai boleh ke tahap pekak begini? Bukan sekali dua dia menekan loceng pada rumah agam itu, sudah berkali-kali.

"Punya lama I tercongok macam orang bodoh dengan panasnya lagi kat luar ni."

"You memang sengaja nak naikkan darah I kan, Riel?!"

Riel hanya tersengih tatkala dirinya dijerkah oleh Risya Rinna. Kakinya segera diaturkan untuk masuk ke dalam villa itu sambil dibuntuti oleh Risya Rinna dari arah belakang. Kaki gadis itu sudah terhentak-hentak kuat tanda frustasi akan dirinya. Baru panas dunia sahaja tidak mampu untuk dirinya menahan, bagaimana nanti akan panasnya neraka?

"Mana Tan Sri?" Tanya Risya Rinna pada Riel.

Anak matanya sesekali meliar memerhati kawasan villa agam milik unclenya itu. Jauh benar bezanya dengan rumah kepunyaan Aunty Sherlina, bekas isteri unclenya dahulu.

"Dalam bilik pejabat."

Risya Rinna pantas mengangguk akan kata-kata itu. Dengan segera dia mula melangka untuk berlalu pergi ke bilik pejebat yang dimaksudkan oleh lelaki itu sebentar tadi. Namun, langkah kakinya terus sahaja tersekat saat tangan lelaki itu sedang erat memeluk pinggangnya dari arah belakang.

"You nak apa?" Risya Rinna pantas sahaja bertanya. Tangan sasa milik lelaki itu yang sedang elok melilit pinggangnya segera ditolaknya agar menjauh. Apa masalah lelaki suruhan unclenya ini? Sudah terlalu bernafsukah lelaki itu terhadapnya?

"Nak rasa you." Jawab Riel lembut. Nafas terus sahaja ditarik sedalamnya sebelum dihembuskannya perlahan di leher gadis itu. Sempat juga dia mengucup leher gebu itu sebelum digigitnya manja.

Risya Rinna sudah tidak tentu arah
akan perlakuan lelaki itu ke atas dirinya. Dia segera mengerahkan tenaganya bagi merungkaikan pelukan itu, namun hampa. Pelukan itu seolah-olah semakin diperkemaskan lagi oleh lelaki itu.

"Lepaslah."

Risya Rinna terus sahaja mengendurkan suara. Sedaya upaya suaranya itu dibuatkan lunak seperti sedang merintih agar lelaki itu melepaskan dirinya. Makin dia menolak kasar perlakuan lelaki itu ke atasnya, makin kasar lelaki itu memperlakukan dirinya.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now