DSPC : 93

43.8K 1.8K 121
                                    

Sebulan sudah berlalu dan hari yang dinantikan oleh semua akhirnya telah mengunjung tiba. Dipanjat syukur ke hadrat Ilahi kerana majlis perkahwinan di antara Isyraf Nazran dan pasangannya Ilya Nasuha sedang berlangsung dengan lancar dan gah sekali.

Majlis perkahwinan yang berlangsung mewah itu diadakan di D'Majestic Place dan ditaja khas oleh Tan Sri Syamreez sendiri buat satu-satunya anaknya itu. Sungguh ikhlas terpancar rasa kasih dan sayang buat si ayah pada anaknya. Hati tua si ayah semakin diruntun rasa hiba tatkala satu-satunya anaknya itu akan membina mahligai bahagia sebentar sahaja lagi.

Pantulan cermin cembung yang memaparkan imejnya di pandang dengan penuh rasa teruja. Busana putih yang dihiasi manik kristal dan lace yang ditempah khas dari negara France itu kini telah tersarung indah di tubuh lansingnya. Tangan kirinya kini sedang menggenggam erat sejambak bunga mawar putih yang masih segar bugar harumnya.

'Hai pembaca semua, sekarang Ilya Nasuha ada gaya seperti puteri bunian baru jatuh gedebuk dari kayangan ke tidak?'

Namun begitu, Ilya Nasuha segera mendidik hatinya agar tidak riak dengan kekayaan sementara ini. Namun apa yang hendak dihiraukan jika hari ini dia adalah sebagai raja sehari? Bukan selalu dia akan berpakaian seperti ini, bukan?

Walaupun Ilya Nasuha berasa tidak selesa dengan kemewahan ini, namun dia cuba untuk belajar menyesuaikan diri. Dia masih tidak percaya bahwa dia akan berkahwin dengan seorang lelaki berpangkat CEO dan memiliki syarikat sendiri.

Sedang dia termenung merenung pantulan imejnya, kedengaran pintu biliknya itu diketuk dari luar. Terjegul wajah bakal suaminya, Isyraf Nazran di balik daun pintu itu. Bibirnya pantas menguntum senyum nan mekar seperti bunga ros putih di genggamannya sekarang ini.

"Ilya lawanya."

Sepasang anak mata hazel itu kelihatan sungguh terpegun dengan kecantikan bakal isterinya itu. Bibirnya itu terus menguntum senyum sebelum kata pujian keluar darinya.

"Awak pun apa kurangnya, nampak segak sangat dengan baju melayu putih tu."

Isyraf Nazran terus menayang senyum bangga. Masakan tidak segak, seri pengantin sudah meresap ke dalam dirinya sekarang ini. Belum sempat dia hendak membuka bicara lagi, telinganya terus sahaja dipiat oleh Iman Naim supaya segera berlalu keluar dari bilik itu. Mujur, tidak capang sebelah telinganya itu dikerjakan oleh si Iman.

"Sabar woi."

"Tak malu ke orang tengok macam gelojoh sangat? Malam nanti kasi settle habis lah." Usik Iman Naim sambil tersengih.

Bahu bidang lelaki itu diusap sebelum ditepuknya perlahan. Siapa sangka, lelaki yang dulu memberikan luka pada adiknya itu kini bakal menjadi suaminya dalam beberapa minit sahaja. Hasratnya untuk mengkorbankan Isyraf Nazran sewaktu tika dahulu terus sahaja terkubur saat lelaki itu berhajat untuk menikahi adiknya.

Usikan dari Iman Naim hanya dibalas dengan sengihan seperti kerang busuk. Iman Naim yang sedang berdiri disebelahnya itu direnung sekilas. Sebentar sahaja lagi, lelaki ini akan menjadi abang iparnya dan aku, menjadi suami buat adik kesayangannya.

"Stay cool bro." Ucap Iman Naim perlahan.

Dia tahu bagaimana rasa gemuruh, rasa berdebar dan rasa bagai hendak luruh jantung apabila kalimat 'aku terima nikahnya' itu hendak diucapkan sebentar nanti. Maklumlah, dia telah melalui fasa-fasa cemas itu tatkala ingin melafazkan akad pada isterinya, Raisya Rauhah dahulu.

Isyraf Nazran hanya menganggukkan kepalanya tanda mengerti. Kedua belah tapak tangannya mula terasa seram sejuk kerana sebentar lagi dia akan menamatkan titlenya sebagai bujang terlajak laris. Degup jantung mula terasa semakin kuat debarannya seperti dipalu dengan cemeti. Dia sedang gemuruh tika ini.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now