DSPC : 45

23.1K 1.2K 53
                                    

Hela nafas Ilya Nasuha kini sudah mula beriak resah. Sekali lagi bibirnya yang sudah tercalit dengan lipstik bewarna nude dari jenama maybelline itu diherotnya. Jari-jemari halusnya kini ligat mendail nombor telefon abangnya namun panggilan tetap jua tidak bersambut. Kemana pergi abangnya yang satu itu?

'Asal Iman tak angkat panggilan ni?'

'Nak tunggu panggilan Ilahi ke baru nak bersambut panggilan ni, si Iman Naim?

Ilya Nasuha sudah mula cemas. Anak mata bundarnya sesekali mengerling bagi menangkap sosok tubuh abangnya itu. Mana pergi abangnya ini? Adakah abangnya pergi meninggalkan dirinya bersama Zariff Isaac berdua-duaan sebegini? Walaupun mereka sudah menjadi rakan sejak dari kecil lagi, tetapi dia masih jua kurang berasa selesa ketika berduaan bersama lelaki itu.

Zariff Isaac yang berada bersebelahan dirinya pula sudah memberikan pandangan pelik. Kenapa macam cacing kepanasan sahaja si Ilya Nasuha ini? Chill Suha chill. Bawa bertendang. Eh maksud aku, bawa bertenang.

"Kenapa?" Tanyanya hairan. Dia sedikit berasa lelah melihatkan Ilya Nasuha yang sudah tidak tentu arah itu.

"Iman tak angkat call."

Sedang Ilya Nasuha dilanda dengan rasa gelisah, telefon bimbitnya yang terlekap elok di tangannya tiba-tiba sahaja berdering. Tertera nama Isy di skrin telefon bimbit itu. Dia terus sahaja terkedu. Mengapa remaja lelaki itu menelefon dirinya secara tiba-tiba sahaja? Adakah remaja lelaki itu tahu yang dirinya ini sedang keluar bersama Zariff Isaac?

Panggilan pertama itu dibiarkannya sepi. Hatinya kini masih berkata-kata lagi. Kenapa dan mengapa remaja lelaki itu menelefonnya secara tiba-tiba? Untuk ucap kata maaf, mungkin? Tapi kenapa di waktu begini pula?

"Jawablah."

"Kut dia nak bagitahu hal penting ke kan."

Ilya Nasuha pantas sahaja menganggukkan kepala seraya mengiyakan kata-kata dari rakannya itu. Ada betul juga kata-kata si romeo juliet itu. Mana tahu jika ada hal penting yang remaja lelaki itu hendak beritahu kepadanya.

Panggilan kedua lantas sahaja masuk. Dan dengan kadar segera, Ilya Nasuha terus menjawab panggilan itu. Panggilan akhirnya bersambung.

"Ha, hello dek. Ni abang ni. Aku dengan Isy tau. Bye!"

Ilya Nasuha baru sahaja hendak membuka mulut mengorak kata, namun panggilan itu sudah dimatikan sepantas kilat oleh si abang. Skrin telefon bimbitnya yang masih bernyala itu ditenungnya lama. Rasa geram terhadap abangnya mula mendidih bagaikan air masak yang sedang menggelegak panas di dalam cerek.

"So?" Tanya Zariff Isaac ingin tahu. Mengapa tidak sampai beberapa saat panggilan itu dimatikan? Apa yang dikatakan oleh Isy kepada Ilya Nasuha? Dia mula menjadi panasaran.

"Iman ada dengan Isy." Jawab Ilya Nasuha dengan nada tidak berpuas hati.

Namun hatinya sedikit terdetik dengan rasa hairan. Bagaimana abangnya itu boleh berada dengan Isy? Jika abangnya berada dengan Isy, mungkin remaja lelaki itu benar-benar tahu yang dirinya ini sedang keluar bersama Zariff Isaac, bukan?

"Oh." Zariff Isaac berjeda buat seketika.

"Jadi harini kita date berdua? Kalau Iman dah dengan Isy?" Zariff Isaac kembali tersengih pada rakannya itu. Mata kirinya itu sudah dikenyitkannya beberapa kali pada Ilya Nasuha tanda mengusik. Pasti di dalam hati rakannya ini sedang resah mengenangkan Isy, bukan?

Haila, buaya darat seorang ini! Kalau tak guna cara romeo juliet dia, memang tak sah bukan. Ada hati hendak tackle aku yang anggun lagi menawan ini. Tak boleh, kalau jatuh dengan muka Dave Franco dia macam mana pula dengan Isy si pembeku cinta itu? Oh lupa, Isy harus dilenyapkan segera di dalam hidupnya ini.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now