DSPC : 31

26.8K 1.4K 14
                                    

Azan Isyak kedengaran sedang berkumandang kuat sekaligus memecahkan hening embun jantan pada malam itu. Hiruk pikuk manusia yang sedikit bingit sebentar tadi mula beransur tenang tatkala waktu tengah malam menjelma. Jam di pergelangan tangan itu dikerling oleh Isyraf Nazran buat seketika.

"Solat Isyak dulu jom?"

"Dah masuk waktu Isyak ni."

Dengan pantas, Isyraf Nazran segera mengajak rakan-rakannya itu untuk menunaikan kewajipan pada yang Esa.

Seronok pun seronok juga, engkau haruslah beringat yang rasa seronok ini Allah SWT yang beri. Jadi, untuk kau balas rasa seronok ini pada-Nya, tunaikanlah pula apa yang dituntutinya iaitu beribadah kepada-Nya kembali.

Ingat, di atas sana sedang memerhati. Sedangkan terlintas di hati dia boleh ketahui, inikan pula gerak geri.

"Suha boleh solat?" Tanya Kak Mira Nisaa yang ketika itu sedang membuka kasutnya. Gadis itu dikerlingnya sekilas sebelum kasut yang dibukanya itu diletakannya pula di tempat meletakkan kasut.

"Tak boleh kak." Balasnya dengan sengihan di bibir. Dia tidak boleh untuk menunaikan solat kerana hari ini merupakan hari cuti buat dirinya.

Kak Mira Nisaa hanya mengangguk kepala tanda faham. Pandangannya masih tidak lepas dari menatap wajah putih mulus itu.

"Suha tunggu sini dengan Ika ya, dia pun cuti juga. Kak Mira dengan Nina nak masuk solat dulu tau." Pinta Kak Mira Nisaa pada gadis itu. Dia terus berlalu masuk ke dalam surau perempuan setelah mempamit gadis itu.

Ilya Nasuha hanya mengangguk kepala tanda setuju dengan permintaan itu. Sufia Ika yang sedang berada di kerusi berhadapan surau perempuan itu dihampirinya. Sesampai sahaja Ilya Nasuha pada gadis itu, dia terus sahaja melabuhkan duduknya bersebelahan dengan gadis itu. Bibirnya terus sahaja menayang senyum pada gadis itu yang ketika itu sedang memandang dirinya.

Sufia Ika juga turut sama membalas senyuman dari Ilya Nasuha itu. Tudung yang dipakainya itu segera diperbetulkan menggunakan jemarinya sebelum pandangannya kembali bersatu dengan Ilya Nasuha.

"Cuti?" Tanya Sufia Ika. Dia cuba untuk memulakan perbualan agar mereka berdua tidak berasa kekok ketika menunggu yang lain selesai dari solat.

"Ya, baru 4 hari. Ika?"

Walaupun Ilya Nasuha berasa kekok dengan situasi sekarang ini, dia cuba untuk berkelakuan seperti biasa. Masakan tidak kekok apabila dia terpaksa duduk berdua sahaja dengan rakan lelaki itu yang baru sahaja dikenalinya. Dia cuba untuk berlagak selamba yang mungkin agar tidak terlihat asing di mata gadis itu.

"Oh, Ika baru hari pertama." Kata Sufia Ika kemudiannya tertawa kecil. Entah perihal apa yang membuatkan dia tiba-tiba sahaja tertawa kecil. Ilya Nasuha juga kurang pasti akannya.

"Suha..."

Saat namanya itu dipanggil, Ilya Nasuha segera merenung gadis itu. Mengapa tiba-tiba sahaja gadis itu memanggil namanya dengan penuh bernada? Ada apa-apa yang hendak dibualkan bersama, mungkin?

"Ya saya?"

Sufia Ika kelihatan berjeda seketika.

"Kenapa Ika? Ika ada apa-apa ke nak cakap dengan Suha?"

Gadis itu direnungnya lagi. Menunggu akan butir bicara yang bakal keluar di bibir nan merah milik gadis di sebelahnya ini.

"Boleh Ika tanya satu soalan?"

Ilya Nasuha pantas mengganguk kepala tanda mengiyakan apa sahaja soalan yang hendak ditanyakan oleh gadis itu pada dirinya. Wajah gadis itu direnungnya lama bagi menunggu apa yang hendak dipersoalkan pada dirinya ini. Uish, bikin suspen sahaja si Ika ni.

DIA SI PEMBEKU CINTA : Cحيث تعيش القصص. اكتشف الآن