DSPC : 51

23.4K 1.3K 31
                                    

Tayar bas persiaran yang dinaiki oleh mereka yang ligat berputar di atas lebuh raya sebentar tadi mula beransur untuk berhenti. Persimpangan kawasan RnR itu dimasukinya sebelum bas itu dipakirkan pada kawasan yang menempatkan bas dan lori sahaja. Kesemua pelajar SMK Putera Mirzan Syah yang berada di dalam perut bas bernombor satu , dua dan tiga mula keluar satu per satu diikuti oleh guru pengiring masing-masing.

Ilya Nasuha merenggangkan badannya. Mata budarnya itu ditenyeh pula dengan jemarinya. Ikutkan perasaan yang hendak kembali beradu lena ini, tidak akan sesekali dia bangun. Namun, suara lembut itulah yang berjaya menyedarkan dirinya dari terus lena.

"Kita kat mana?"

"Kita dah sampai ke?" Tanya Ilya Nasuha dengan tangannya ditutup ke mulut kerana menguap.

"RnR. Dah masuk maghrib so cikgu suruh berhenti sini jap. Lepas solat, makan malam, kita bertolak balik." Jelas Isyraf Nazran lantas bangun dan mengemaskan dirinya.

Ilya Nasuha hanya menganggukkan kepala mendengarkan penerangan lelaki itu. Pandangannya terus sahaja melilau mencari teman-teman yang lain. Bukankah tadi teman-temannya penuh di dalam perut bas ini? Kemanakah mereka semua pergi?

"Mana yang lain?"

Isyraf Nazran terus senyum senget. Ilya Nasuha yang masih elok bersandar di tempat duduk itu direnungnya lama.

"Semua dah turun. Tinggal kita berdua dengan pakcik bas je."

Ilya Nasuha terkedu. Liurnya ditelan manakala matanya masih setia tertacap akan tubuh remaja lelaki itu. Jantungnya pantas sahaja berdegup kencang. Tinggal kita berdua sahaja dengan pakcik bas? Dengan pantas dia bangun dari duduknya. Beg yang mengandungi telekung dan alatan lain dicapainya segera. Terus dia berlalu keluar dari dalam perut bas dengan keadaan yang penuh tergesa-gesa.

"Lepas habis solat, call. Kita makan sama-sama." Pesan Isyraf Nazran pada Ilya Nasuha sebelum dirinya berlalu pergi untuk ke surau lelaki.

Ilya Nasuha sekadar menganggukkan kepalanya bagi mengiyakan kata-kata dari remaja lelaki itu. Langkah kakinya kini lebih selesa menuju ke tandas untuk membersihkan diri terlebih dahulu. Setelah selesai membuang hajat, dia segera ke surau berhampiran bagi menunaikan kewajipannya pada yang Esa.

Aina Manirah terus sahaja menepuk kuat bahu rakannya itu dari arah belakang. Terhinjut sedikit badan kecil molek itu akibat terkejut akan tepukan yang datang darinya. Elok dia terhinjut, buatnya dia jatuh terbongkang akibat terkena heart attack, siapa yang hendak menjawab pada mama, ayah dan si Iman Naim?

Ilya Nasuha segera berpaling bagi melihat siapakah gerangan yang telah membuatkan dia terkejut sebentar tadi. Lantas wajah Aina Manirah menyinggah di ruangan mata. Wajah itu dijamahnya lama tanpa berkedip.

"Kau dengan Isy dah ke?"

Pertanyaan dari rakannya itu membuatkan wajah Ilya Nasuha sudah berkerut. Mengapa pertanyaan gadis itu kepadanya seakan tergantung? Isy dan dia sudah apa sebenarnya?

"Dah apa?"

Ilya Nasuha pantas bertanya semula pada rakannya itu. Apa yang dimaksudkan oleh Aina Manirah sebenarnya? Tidak bolehkah gadis itu straight to the point sahaja? Kenapa perlu bermain teka-teki dengan dirinya sekarang ini?

Aina Manirah pantas menepuk dahinya, kuat. Asal Ilya Nasuha ni lembap sangat weh? Dia punya lembap tu ibarat kau pakai wifi tapi wifi problem kerana hujan dan movie yang kau sedang layan masih loading tidak bergerak. Ha, seperti itulah lembapnya seorang Ilya Nasuha tika ini. Bayangkan, dengan mukanya yang innocent itu lagi. Haih, elok ditamparnya dengan selipar jepun kame kame haa.

"Dah couple ke?"

Ilya Nasuha terkedu tatkala mendengarkan pertanyaan itu. Dia tidak tahu untuk memberikan jawapan apa pada rakannya akan pertanyaan itu. Akhirnya, pertanyaan dari rakannya itu terus sahaja dibiarkannya sepi tanpa sebarang jawapan.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now