DSPC : 53

22.3K 1.1K 26
                                    

Sang matahari mula memancarkan sinarnya nan terik. Kelihatan para peserta lain sudah mula menyibukkan diri dengan aktiviti yang dijalankan bersama abang dan kakak fasilitator yang bertugas. Dari aktiviti berzumba hingga ke aktiviti berpasukan. Semuanya dilakukan tanpa ada seorang pun yang berani mengeluh akibat kelelahan. Berani engkau nak mengeluh? Mahu nanti sia-sia sahaja kau kena siku berjemaah dengan abang atau kakak fasilitator itu.

Isyraf Nazran bingkas bangun. Silauan mentari yang menembusi khemah membuatkan dia terjaga dari lenanya. Jemarinya elok menenyeh anak mata hazel itu manakala sebelah tangan lagi dilunjurkan ke belakang bagi menampung badannya.

Sudahlah selepas Subuh berjemaah pagi tadi, perutnya tiba-tiba sahaja sakit memulas. Itulah orang kata, makan nasi goreng sepinggan sahaja buat alas perut tapi dia melantak sampai tiga pinggan. Bela saka ke apa si Isy ni? Tengoklah sekarang apa yang jadi padahnya. Sendiri makan sendiri tanggung.

Telefon bimbit miliknya yang sudah terperosok di dalam beg sandang hitam itu dicapainya. Ditilik angka jam pada telefon bimbitnya yang sudah bernyala.

7:30 pagi.

Tuala serta berus gigi yang berada di dalam begnya itu diambil dan yuk kita mandi. Dia ingin segera membersihkan diri dan menyertai rakan-rakannya yang lain. Lepas sudah mandi, badan pun sudah segar-bugar, baru lah sedikit bersemangat untuk turut serta di dalam aktiviti yang seterusnya.

"Bro dah okay?"

Tanya Zariff Isaac prihatin. Bahu lelaki itu ditepuknya perlahan tatkala rakannya itu sedang keluar dari khemah mereka.

Isyraf Nazran hanya mengangguk mengiyakan kata-kata dari rakannya itu. Badan tinggi lampainya itu sudah dibongkokkan sedikit bagi menutup zip khemah itu kembali. Dia segera bangun dan terus berjalan beriringan bersama rakannya itu ke bilik air bagi membersihkan dirinya.

"Kita kumpulan 12. Ada aku , kau, Ilya, Aina, budak sekolah lain dua orang, dengan.." Zariff Isaac sudah serba salah untuk menghabiskan katanya. Kepalanya itu sudah digarukannya beberapa kali.

"Dengan?"

"Kalau aku bagitahu, confirm sia kau tak selesa."

Isyraf Nazran masih setia menanti rakannya itu bagi menghabiskan kata-katanya. Ada impak terkejutkah dengan ahli kumpulan mereka yang seorang lagi itu? Sehinggakan namanya sahaja susah benar untuk disebut oleh rakannya ini? Langkah kakinya kini seiring dengan Zariff Isacc menuju ke bilik air berdekatan.

"Risya Rinna."

Nama itu. Cuma dengar mendengarkan nama sahaja, sudah bertambah benci apatah lagi jika terpaksa melayani kerenahnya. Kenapa Allah tak lenyapkan sahaja manusia yang berhati busuk seperti Risya Rinna itu? Boleh sakit kepala dibuatnya. Anda fikir saya ada masa untuk sakit kepala?

"Kau okay ke ada dia?"

Isyraf Nazran hanya mengangguk sepi. Dia malas hendak membuka bicara apabila nama gadis itu yang diutarakan oleh rakannya sebentar tadi. Buat hilang mood sahaja jika hendak berborak tentang sepupunya yang satu itu. Rasa hendak hentak sahaja kepala ini pada batang pokok yang ada di dalam hutan ini, biar dirinya terus amnesia dari mengingati sepupunya itu.

"Ni cikgu yang tetapkan. Aku tak boleh buat apa bro."

Zariff Isaac menambah lagi sambil tersenyum kelat. Dia juga tahu akan bencinya remaja lelaki itu pada Risya Rinna. Begitu juga dengan dirinya. Yalah, dia juga tidak berapa berkenan dengan minah selebet itu. Lagaknya seperti minta kaki. Nasib baik lawa, tidak dia sampai hati.

Bicara Zariff Isacc itu hanya dibalasnya dengan pandangan bersahaja. Nak atau taknak, dia tetap juga harus bersua muka dengan sepupunya itu. Hailaaa, dalam beratus-ratus peserta di dalam kem ini, mengapa dia perlu juga untuk sepasukan dengan sepupunya itu? Malas hendak berfikir panjang, dia terus berlalu ke bilik air bagi menyegarkan badannya.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now