DSPC : 61

20.6K 1.2K 67
                                    

Tatkala Subuh nan menyising dan pagi mula menjalankan tugasnya, Puan Amelia telah mendapat panggilan bahawa ibunya sedang sakit tenat di kampung. Dengan kadar segera Puan Amelia dan suaminya, Encik Imran bersiap untuk bermalam di kampung buat sehari dua. Anak terunanya itu dibiarkan di rumah agam dua tingkat itu berseorangan diri. Wang saku untuk dibuat belanja sudah disediakan. Ditemani pagi yang hening, kereta Saga FLX yang dipandu Encik Imran laju membelah jalan raya.

Iman Naim terjaga dari lena yang panjang. Direnggangkan badan ke kiri dan ke kanan bagi menghilangkan rasa lenguh. Dia bangun lalu duduk di birai katil. Pagi-pagi lagi dia diberitahu oleh mama bahawa mama dan ayahnya akan pulang ke kampung.

"Iman, ni mama dengan ayah nak balik kampung jenguk nenek kamu. Nenek kamu tak berapa nak sihat."

"Mama dah siapkan lauk untuk kamu makan tengah hari, duit pun mama ada letak tepi beg dompet kamu."

"Kalau ada apa apa hal, contact mama terus tau. Mama dengan ayah balik kampung dulu ni."

"Jaga diri."

Dalam separuh sedar, Iman Naim hanya mengiyakan sahaja setiap tutur bicara yang keluar dari mulut ibu tua itu. Sudahlah dia masih dalam keadaan mamai, mama tersayang pula hendak mengajak dirinya bersembang pula. Akhirnya dia memilih untuk mengiyakan sahaja.

Harinya itu mula terasa sunyi apabila dia dan Likey sahaja yang tinggal berdua di rumah agam dua tingkat itu. Kucing kesayangannya itu hanya tidur sahaja di dalam sangkarnya. Tidak bising pula si kucing itu untuk keluar dari sangkarnya seperti kebiasaan.

Setelah selesai membersihkan diri, Iman Naim menapak menuruni tangga. Sofa berhadapan televisyen menjadi tempat untuk dirinya melampiaskan rasa. Dia terus berbaring di atas sofa nan empuk itu. Satu siaran hingga siaran lain ditukarnya. Tiada apa yang mampu menarik minatnya untuk menonton.

"Eh, bosannya!"

"Astro ni pun satu hal. Cerita yang sama tapi diulangnya sampai berjuta kali, cis!"

Sedang dirinya merungut akan siaran Astro itu, telefon bimbitnya yang berada di atas meja kopi itu tiba-tiba sahaja berdering nyaring menandakan ada mesej yang masuk. Dengan pantas dicapai telefon bimbitnya itu.

Iman, free tak? Jum lepak.
- Opie Mok


On.
- Iman kacak

Kelihatan mesej dari salah seorang rakan tranningnya itu mengajak dirinya untuk keluar melepak. Dengan pantas dia terus bersetuju dengan ajakan itu. Bosan juga jika dirinya hendak menghabiskan masa berseorangan diri di dalam rumah agam dua tingkat ini. Lebih afdhal untuk dirinya merayau sekarang ini.

Tiba-tiba hatinya tercuit rasa rindu terhadap adiknya itu. Teman bergaduh, teman bertumbuk, teman bertekak sudah tiada. Sudah lama adiknya pergi menyertai kem sekolah itu, baru rasa rindu itu datang menyelubungi hatinya.

Tapi, kalau rindu sekalipun takkan pula dia perlu memberitahu kepada adiknya. Lebih baik dia pendamkan sahaja rasa rindu ini. Maklumlah, kami kaum lelaki ini, egonya tinggi setinggi langit ke tujuh. Pendam dan hayati rindu itu lebih afdal, fatonah dan tawadoq bagi kami.

"Bosan betul ni."

"Bukan kaleng-kaleng punya bosan ni."

"Bosan tahap ayah pin dah aku ni."

Iman Naim bangun dari duduknya. Langkah kakinya laju sahaja berlalu ke bilik adiknya yang berada di tingkat atas. Tidak dapat melihat tuan badan, lihat segala barang miliknya pun sudah memadai. Tombol pintu bilik itu dipulasnya dan mujur sahaja tidak berkunci. Kang kalau kopak pintu ini, mahu kecoh si kenit itu kata ada perompak yang cuba menceroboh biliknya.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now