DSPC : 2

62.7K 2.5K 13
                                    

Deringan jam loceng yang kuat itu membuatkan tidur Ilya Nasuha yang aman bahagia lagi sentosa menjadi tidak tenteram. Tangan kanannya segera direnggang hingga dia dapat mencapai jam loceng yang terletak berhampiran lampu tidur. Mengikut daripada cara dia merenggangkan badan, dirinya ini sudah pasti mampu bertanding ballet.

Jam loceng yang asyik sungguh berbunyi itu segera ditutup oleh Ilya Nasuha. Jika dia membiarkan lebih lama lagi, risau satu taman perumahannya ini bakal terjaga dek deringan jam locengnya itu.

Dia bangun lalu terus duduk bersila di atas katil bujangnya itu. Ditenyeh anak matanya itu beberapa kali. Rasa kantuk masih menguasai dirinya.

"Em, mengantuknya."

Mana tidaknya, bila tiba hujung minggu sahaja wajah nan ayunya ini pasti akan menjelma tatkala jam sudah di angka 10 pagi. Namun begitu, hari ini dirinya itu terpaksa bangun seawal jam 6 pagi.

'Ehh hold on guysss.'

'Suha sebut 6 pagi kan tadi? 6 pagi kan? Ehh, ewah 6 pagi?'

Matanya yang sedari tadi sepet itu akhirnya terus membuntang bulat. Bibirnya pula sudah terukir seribu satu senyuman. Badan kecil moleknya itu lantas berdiri tegak sebelum dia melompat-lompat riang di atas katil dengan hati yang penuh teruja. Sebentar sahaja lagi, dirinya ini bakal menjejakkan kaki ke bumi Langkawi buat kali pertama.

"Langkawi! Langkawi! Langkawi!"

"Langkawi, tunggu Suha datang!"

Dirinya sekarang ini saling tidak tumpah dengan lakonan Lisa Surihani yang ingin ke Istanbul Aku datang itu. Keterujaan di dalam dirinya sekarang ini umpama dia akan bercuti di Los Angeles sedangkan dia dan mama hanya akan bercuti ke Langkawi sahaja.

Walaupun begitu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berbangga dengan tanah air kita. Justeru itu, kita seharusnya menyemarakkan semangat Cuti-Cuti Malaysia dan jadilah seperti Ilya Nasuha dan mama. Saya bangga menjadi anak Malaysia. Ulang sekali lagi, saya bangga menjadi anak Malaysia.

Ilya Nasuha melompat dengan lebih riang. Namun lompatan riangnya itu bertukar tragedi apabila kakinya ini tersadung pada bantal yang berselerakkan di atas katilnya. Dia tidak dapat menyeimbangkan diri Dan tidak semena-mena dia jatuh tergolek ke bawah katil.

"Argh sakitnya. Silap hari bulan memang boleh terkehel pinggang ni."

Pinggangnya itu dilurut perlahan. Riak wajahnya lantas berkerut menahan perit. Terasa seperti perit itu sedang menjalar pada segenap urat sarafnya namun tidak selang beberapa minit, dia kembali bangun dan ceria semula. Kesakitan itu akhirnya bertukar menjadi keceriaan kerana dia semakin teruja untuk menikmati Cuti-Cuti Malaysia itu.

Tuala yang berada di penyidai terus dicapainya dengan kadar segera. Sempat lagi dirinya ini bernyanyi-nyanyi riang sewaktu menuju ke bilik air.

Seusai sahaja mandi dan membersihkan diri, Ilya Nasuha keluar dari bilik air itu dengan memakai baju mandi seperti di hotel 5stars.

Baju blouse putih dipadankan pula dengan seluar palazo jeans yang tersangkut di dalam almari dicapai olehnya lantas disarungkannya ke tubuh. Telekung yang berada di ampaian diambil lalu disarung pula pada tubuhnya. Solat subuh ditunaikan dan diakhiri doa sebagai penyudahnya. Setelah selesai menunaikan kewajipan pada Yang Esa, dia kembali mempersiapkan diri.

Rambut ikal mayang itu lantas dikeringkan menggunakan pengering rambut. Rambut itu disikatnya sebelum disanggulkannya tidak terlalu tinggi. Dia tidak mahu menampakkan sebarang bentuk bonggol unta pada kepalanya.

Setelah selesai, dia duduk berhadapan meja soleknya pula. Segala alatan makeup yang berada di atas meja solek itu diambil lalu disapu ke atas wajahnya yang putih bersih.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now