DSPC : 56

21K 1.2K 18
                                    

Tawa syaitan itu cuba ditahan oleh Isyraf Nazran dari pecah. Kang kalau sudah ketawa terbahak-bahak, nanti ada pula yang memandang dirinya seperti dia baru sahaja lepas dari membunuh seekor semut. Jadi lebih baik jika dia hanya menyimpan tawanya di dalam perut sahaja. Mahu dikatakan gadis itu bodoh, nanti dirinya dimarahi pula. Mahu dikata bebal, pasti gadis itu masih juga memarahinya. Jadi mahu dikata apa sekarang ini dengan situasi begini? Perkataan lembap mungkin sesuai dengan gadis itu.

Ilya Nasuha dengan segera terus sahaja menerpa ke arah Risya Rinna. Dipegang erat kedua belah bahu gadis itu yang sudah kepanasan dek tersalah duduk. Riak wajahnya kini jelas sekali menunjukkan rasa keresahan akan kondisi gadis itu.

"Awak okay?" Tanyanya resah.

Gadis itu dikerlingnya lagi dari atas ke bawah beberapa kali. Sudahlah basah lencun dek air sungai tadi. Ini sekarang punggungnya pula terpaksa menahan haba yang datang dari panasnya tungku itu. Kalau kulit gadis itu melecur, tidak ke naya nanti? Hah, baru engkau tahu rasa panasnya api neraka walaupun hanya kecil.

"Ish, pergilah!"

"Tak payah nak tunjuk prihatin kau kat aku. Aku tak perlu semua tu."

Tangan kecil itu yang sedari tadi memegang kejap bahunya segera ditepis oleh Risya Rinna dengan kasar. Mengapa gadis itu seakan mengambil berat tentang dirinya pula? Dia tidak perlukan perhatian dari gadis itu sedikit pun. Dijelingnya tajam gadis itu yang sedikit tergamam akan tingkahnya.

"Maaf." Tutur Ilya Nasuha perlahan.

Dia terus berlalu pergi dari Risya Rinna yang sedang mengimbaskan punggungnya. Dia segera merapati semula kepada Isyraf Nazran. Lelaki itu sedari tadi hanya merenung dirinya dengan tidak berkedip.

Aina Manirah hanya menggelengkan kepalanya dengan perilaku Risya Rinna itu. Mengapa gadis itu perlu beriak bodoh sombong? Dan mengapa Ilya Nasuha perlu berpasukan dengan gadis parasit seperti itu? Ikutkan hatinya yang panas tika ini, ingin sahaja dia mencampakkan Risya Rinna ke tengah-tengah hutan nan tebal ini, biar gadis itu menjadi makanan ular sawa.

"Suha meh sini, bagi bawang ni kat Isy." Segera rakannya itu dipamit agar dirinya segera meninggalkan Risya Rinna. Dia tidak mahu rakannya itu terus menerus dimarahi oleh Brotong.

Isyraf Nazran mula melipatkan lengan baju yang dipakainya itu sehingga paras siku. Ranting kayu lembut itu sesekali dikacaunya di dalam periuk mestin itu. Bawang yang disuakan oleh Ilya Nasuha padanya sebentar tadi telah selamat dimasukkannya sekali. Lauk sardin itu kelihatan mula mendidih di dalam periuk mestin itu. Aroma yang menyelerakan mula menusuk ke rongga hidung mereka semua.

Ilya Nasuha pantas sahaja melabuhkan duduknya di hadapan remaja lelaki itu. Anak matanya merenung lauk sardin yang sedang mendidih itu dengan penuh berminat. Liurnya juga ditelannya beberapa kali kerana dia sungguh berasa lapar ketika ini. Masakan tidak, perutnya itu sudah bergendang kelaparan sejak dari mula lagi.

"Burghhh."

Ilya Nasuha segera memegang perutnya. Dia terus menyeringai memandang Isyraf Nazran yang memandangnya pelik. Rasa malu sudah sampai ke tahap yang paling maksima.

Wahai perut, jika engkau sedang lapar sekalipun, mengapa perlu berbunyi? Sudahlah berbunyi di hadapan Isyraf Nazran lagi! Kalau lelaki ini tiba-tiba sahaja berubah fikiran dan reject dirinya, tidak ke sia-sia sahaja? Mana hendak diletak muka ini nanti? Bunyi perutnya itu sudah seperti dia tidak makan hampir setahun.

"Sorry." Pantas dirinya berkata bagi menutupi rasa malunya itu. Maafkan saya, perut saya terlebih awal ingin meluah kata bahawa dia sedang lapar.

Isyraf Nazran pula sekadar mengangguk mengiyakan. Perutnya juga sama sahaja seperti gadis itu, lapar. Tapi alhamdulillah, belum ada lagi bunyi-bunyian aneh yang terhasil dari dirinya.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now