DSPC : 6

43.2K 2.1K 22
                                    

Cable Car Langkawi / Gunung Mat Chinchang .

Deruan angin yang kuat menderu di bumi Langkawi itu sesekali menampar pipi cengkungnya. Matanya itu masih setia memerhati akan satu kereta kabel yang sedang bergerak naik ke atas tanpa berkedip.

"Finally, the moment of truth."

Impiannya semasa berumur 5 tahun bakal menjadi kenyataan apabila sesuatu yang dia hajat kini sudah tertunai di hadapan mata. Lengan baju denim yang dilipatnya hingga paras siku itu diperbetulkan lagi agar nampak lebih kemas dan segak bergaya.

Seusai Puan Amelia membuat pembayaran tiket, mereka berempat mula mengorak langkah bagi menaiki kereta kabel yang sedang berada di Base Station. Program kembara cinta Ilya Nasuha yang seterusnya adalah untuk teroka bumi Langkawi dari langit tinggi pula.

Kedua anak-anak mereka begitu teruja sehingga mereka tidak menyedari bahawa mereka berdua sudah pun berada di dalam perut kereta kabel itu.

"Ma, cepat!" Jerit Ilya Nasuha kuat dan serta-merta pintu kereta kabel itu tertutup rapat. Terpanar dirinya tatkala dia terpaksa berduaan remaja lelaki itu. Sudahlah api kemarahannya sebentar tadi masih belum padam.

Ilya Nasuha cuba menenangkan diri.
Situasi sekarang ini bagaikan suatu bencana yang cukup besar pada dirinya ini. Dia bukan sahaja masih marah, namun lebih parah lagi apabila dia teringatkan bahwa dirinya ini fobia akan ketinggian. Atau erti kata lain, dia ini seorang yang gayat.

'Suha, tenang Suha.'

'Jangan panik dan jangan pandang bawah. Kau boleh Suha, kau boleh.'

'Tak apa, jangan takut Suha.'

'Kau jangan gerak. Kau tutup je mata rapat-rapat. Insha'allah everything will be fine, Ilya Nasuha.'

Ilya Nasuha segera menyakinkan dirinya yang semua akan baik-baik sahaja. Bukankah dia bersama dengan remaja lelaki itu? Jadi, untuk apa dia berasa takut jika dia masih bersama dengan seseorang dan bukan berseorangan diri di dalam kereta kabel ini.

Namun entah mengapa, ingin sekali dirinya ini terjun dari kereta kabel itu. Dia ingin berada dekat dengan mama. Dia tidak mahu berada di situasi ini. Situasi yang membuatkan dia merasa janggal dan sukar bernafas.

Adakah dia akan mati di dalam kembara cintanya ini? Adakah dia akan mengalami sad ending di dalam hidupnya ini? Dia tidak mahu. Dia mahu berkahwin, punya anak dan bahagia bersama suami tercinta. Perjalanan hidupnya itu masih panjang berjela.

Puan Amelia dan Aunty Sherlina terkesima apabila pintu kereta kabel yang hendak dinaiki bersama anak mereka tertutup rapat. Ini kes sengaja ke naya ke apa? Ingin sahaja mereka mencabut pintu kereta kabel itu tetapi apakan daya mereka berdua terpaksa jua beratur kembali bagi menunggu giliran. Aduhai, terpaksa mereka beratur di barisan paling belakang apabila pengunjung yang tiba makin ramai.

"Lia, jangan lah risau. Anak aku tak akan apa-apakan anak kau. Aku kenal anak lelaki aku, dia akan jaga anak kau sebaik mungkin." Aunty Sherlina menepuk lembut bahu rakannya itu bagi menghilangkan sedikit rasa tidak keruan. Dia juga seorang ibu dan dia amat memahami sekali perasaan itu.

"Aku bukan apa, tapi anak aku tu gayat sikit, haih aku risau Lina." Mengadu Puan Amelia resah. Jujur, dia sendiri percaya bahwa anak rakannya itu tidak akan mengapa-apakan anaknya. Cuma tatkala mengenangkan anaknya yang gayat itu, hatinya semakin resah.

Adakah anaknya akan sesak nafas jika berada di tempat tinggi? Atau, adakah anaknya itu akan selamat sahaja tatkala berada di sisi remaja lelaki itu? Doa terus dititipnya pada Ilahi agar anakya itu terus dilindungi.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now