DSPC : 24

27.2K 1.4K 26
                                    

Kolam ikan yang merupakan tempat kegemaran mama, Puan Amelia dipandang sepi oleh Ilya Nasuha. Ikan koi yang sedang berenang-renang di dalam kolam itu tampak sungguh ceria berkejaran sesama mereka. Warna-warni ikan koi itu membuatkan dia kagum sendiri. Hatinya kini sedikit terbuai melihatkan ikan koi peliharaan mamanya itu.

'Patutlah mama suka bela ikan ni.'

'Rasa tenang.'

'Tapi kenapa ikan tu macam Ponyo?'

Ilya Nasuha tersenyum sedikit tatkala melihatkan ikan koi mama. Ikan koi yang bewarna merah, oren dan putih itu saling tidak tumpah seperti Ponyo, cerita animasi Jepun yang pernah ditonton sebelum ini.

Nafasnya ditarik lalu dihembuskan lemah. Langkah kakinya yang semakin longlai itu dipaksakan jua untuk melangkah masuk ke dalam rumah. Jika dia terus berlama di luar rumah ini, kemungkinan besar dia akan ikut serta berenang di dalam kolam ikan koi itu.

'Mulai sekarang, kau kena lupakan dia Suha. Sebab apa? Sebab kau syok sendiri selamani.'

'Wake up Suha. Jangan terus delulu sampai takde hala tuju.'

Di saat ini jua, dia harus melupakan jirannya itu yang sedang gembira bertakhta di dalam hatinya ini. Bukan apa, sepertinya hanya dia sahaja yang menginginkan remaja lelaki itu dan menginginkan cinta darinya. Mengapa lelaki itu seakan tidak merasakan apa yang dirasainya?

Jika cinta itu melukakan diri , untuk apa bertahan lagi ? Mungkin ada cinta baru yang sedang menunggu untuk kau sanjungi ?

Iman Naim yang ketika itu sedang menonton televisyen sambil menjamu selera berpaling menghadap adiknya. Makanan yang telah hancur di dalam mulutnya itu pantas ditelannya sebelum dia bersuara pada adiknya. Tidak ke nanti suaranya itu berubah serupa dinasour mengamuk tatkala makanan masih penuh di dalam mulut? Makanan penuh dalam mulut, ada hati juga hendak bersuara?

"Lama!"

"Bagi beg ke date?"

Sempat lagi dia menyeloroh. Dia bukan apa, lama sangat adiknya ini memulangkan beg kepada jiran sebelah. Masakan tidak lama, dia sudah hendak menambah nasi buat kali kedua.

Adakah adiknya itu sebenarnya sedang berdrama sebabak cinta saranghaeyo bersama Isyraf Nazran sebentar tadi? Adakah perkara itu membuatkan adiknya sedikit lama di luar? Untunglah boyfriend sebelah rumah, kalau rindu je boleh teropong.

Ilya Nasuha yang masih setia berdiri di muka pintu itu lambat-lambat menapak ke arah abangnya yang berada di ruang tamu. Abangnya yang sedang menjamu selera itu dikerlingnya sekilas. Pertanyaan abangnya itu pada dirinya sebentar tadi dibiarkan sepi tanpa sebarang jawapan.

"Abang makan tak ajak adik pun." Ilya Nasuha merapati abangnya. Kelihatan Iman Naim sedang leka mengunyah nasi dan lauk sambal petai udang yang dimasak oleh mama mereka.

"Malas aku."

"Diet lah, kau tu gemuk macam badak air!" Balas Iman Naim selamba mungkin. Perkataan badak air di hujung ayatnya itu sengaja ditekannya bagi mengusik adiknya.

Ilya Nasuha terus sahaja membulatkan mata tatkala mendengar kata-kata dari abangnya. Masakan dirinya yang comel ini disamakan dengan badak air. Jika dirinya ini badak air, adakah abangnya itu badak sumbu? Bukankah mereka ini dua beradik? Masakan mereka akan menjadi keluarga badak pula?

Tudung sekolah yang masih elok melitup di kepalanya itu lantas sahaja ditanggalkan sebelum dicampaknya pada abangnya. Dia terus berlalu mendekati abangnya yang sedang duduk di atas sofa.

Tudungnya itu dicampak oleh abangnya ke bawah sofa. Dia terus membuat muka toya, tanda bengang dengan perangai si abang.
Abangnya itu kembali memfokuskan pandangannya pada cerita yang sedang disiarkan.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now