DSPC : 41

23.7K 1.2K 14
                                    

Pintu bilik kesihatan itu dihampiri oleh Isyraf Nazran dengan langkah yang penuh longlai. Pintu bilik kesihatan yang tertutup rapat itu terus dikuaknya dari luar. Tangannya kini sudah terasa kebas yang melampau. Riak wajahnya juga sudah berkerut menahan perit. Kenapa waktu dirinya kena sebentar tadi, dia tidak terasa terlalu sakit. Tapi mengapa bila sudah lama sebegini, baru sakit itu dirasainya sampai hendak pecah kepala sahaja?

Saat dirinya mula menapak masuk ke dalam bilik kesihatan itu, Cik Lyly dengan segera menerpa ke arah dirinya. Jelas sekali terpancar riak keresahan di wajah cik muda itu. Dibawanya pelajar lelaki itu ke bilik pesakit untuk menerima rawatan dengan kadar segera. Sepertinya luka di tangan pelajar lelaki itu sangat parah dan harus dia ubati dengan kadar segera.

"Aiyaaaa, banyak teruk luka kamu."

Katil yang tersedia itu terus menjadi santapan untuk pelajar lelaki itu merehatkan dirinya buat seketika. Peti kecemasan yang berada di atas meja itu terus dicapai oleh Cik Lyly. Lengan pelajar lelaki itu terus sahaja dirawatnya secepat mungkin kerana dia tidak mahu kuman menjangkiti kawasan luka itu. Platlet tolong beri kerjasama yang baik pada waktu ini juga ya.

"Kamu sepatutnya ke hospital atau klinik ma. Luka kamu ni bukan luka biasa, luka dalam loh. Kamu perlu rawatan lebih lagi."
Tutur Cik Lyly dengan pelat cina. Maklumlah, dia merupakan seorang gadis yang berdarah cina.

Luka yang sudah selesai dicucinya itu pantas sahaja dibalutnya dengan berhati-hati. Dia mahu kesemuanya ditutupi dengan sempurna dan rapi agar tidak terdedah lagi. Jika luka yang dicucinya itu tidak dibalut dengan sempurna, risau akan jadi jangkitan kuman pula.

Mungkin para pembaca tertanya siapakah Cik Lyly ini. Cik Lyly ini merupakan cik muda yang bekerja sebagai pembantu di bilik kesihatan ini. Jika ada pelajar sekolah itu yang sakit, pasti akan di hantar ke sini dan dia lah yang akan memberikan rawatan kepada pelajar-pelajar tersebut. Cik Lyly ini boleh dikirakan seperti seorang nurse di dalam SMK Putera Mirzan Syah.

"No, thanks." Ucap Isyraf Nazran.

Tangannya yang berbalut itu ditelitinya lama. Kini kedua belah tangannya itu sudah berparut. First, disebabkan lelaki cilaka yang membaling pasu bunga pada dirinya itu. Siapa lagi jika bukan papanya. Second, budak bangang itu pula menoreh pisau lipat padanya. Terasa dirinya ini sudah serupa mumia padang pasir sahaja, berbalut sana dan sini.

"Pastikan luka itu selalu dibersihkan nanti kuman masuk lagi teruk." Cik Lyly pantas sahaja memberikan peringatan kepada pelajar lelaki itu. Dia tidak mahu luka di tangan itu semakin melarat.

Isyraf Nazran hanya mengangguk kepala seraya menurut sahaja apa yang diperkatakan oleh cik muda itu. Dia hanya diam sambil memerhatikan tingkah laku cik muda itu yang sedang memasukkan ubat-ubatan ke dalam bungkusan plastik putih.

"Ini ubatnya. Lain kali hati-hati ya." Pesan Cik Lyly buat terakhir kali. Bungkusan plastik yang berisi ubat-ubatan itu diletakkan di samping pelajar lelaki itu sebelum dia berlalu ke hadapan.

Isyraf Nazran pantas sahaja melunjurkan badan di atas katil empuk itu setelah Cik Lyly menjauh dari dirinya. Dengan kesakitan yang dialaminya sekarang ini, dia langsung tidak mampu untuk kembali ke kelasnya semula. Ada baiknya juga dia merehatkan dirinya di dalam bilik kesihatan ini.

'Tapi untuk apa aku balik kelas tu balik?'

'Budak-budak kelas tu pun dah buang aku.'

Tangan yang berbalut itu diangkat lalu disilangkan hingga menutupi sedikit wajahnya. Dia cuba untuk tidur buat seketika dek kerana tenaganya sudah banyak hilang. Tidak selang beberapa minit, tangannya itu tiba-tiba sahaja terasa seperti dipegang dan diusap lembut oleh seseorang.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now